Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru


Selamat Tahun Baru kepada seluruh rakyat Malaysia..Moga kehadiran tahun baru ini akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju dan sejahtera.

Segala keburukan yang berlaku sepanjang tahun 2010 sama-sama kita jadikan pedoman moga kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Kepada yang sudah jauh terpesong, kembalilah ke pangkal jalan untuk sama-sama menjadikan Malaysia sebuah negara yang benar-benar aman.

Moga tidak akan ada di antara kita yang akan terus memburuk-burukkan negara di mata dunia dan jangan ada lagi anak-anak kecil yang akan terus diseret ke jalanan untuk agenda politik.

Moga tidak akan ada yang mendoakan mana-mana pihak agar pecah perut. Moga tidak ada pihak yang akan mengkafirkan sesama Islam.

Moga masjid dan surau tidak dicemari dengan sebarang kegiatan politik dan jangan ada yang bukan Islam yang sesuka hati mencemarkan rumah ibadat ini.

Jangan ada pihak yang sesuka hati mencemarkan lagu Negaraku dan jangan pula ada pihak yang mencari keburukan sesama kita.

Berjuang atas nama dan nama itulah yang harus kita pertahankan. Kenal lah siapa tuan dan siapa lawan. Jangan jadi duri dalam daging dan gunting dalam lipatan..

Menjunjung Duli Tuanku..Raja lambang kekuatan Melayu.

Selamat Tahun Baru..

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa

Wednesday, December 29, 2010

Tahniah Malaysia!!!!!!!

Tahniah..Tahniah..Tahniah..90 minit yang cukup mendebarkan..90 minit yang cukup menguji mental...

Apa lagi yang mampu kita katakan setelah pasukan bolasepak Malaysia berjaya menjuarai Piala Suzuki buat kali pertama. Pastinya piala dan kejuaraan yang mengubat luka dan penantian peminat bola sepak tanahair.

Sekalung tahniah kepada para pemain kita..Biarpun diasak, ditekan oleh peminat bolasepak Indonesia..jelas pemain kita telah bersedia bukan sahaja dari segi fizikal malah bersedia dari segi mental..Segala tekanan berjaya diserap.

Tahniah kepada penjaga gol kita yang beraksi begitu cemerlang..Safee Sali dan semua pemain kita. Aku kagum dan bangga..Tak terkata..

Biarlah isu sinaran laser atau apa sahaja..Malaysia telah membuktikan kemenangan adalah milik mutlak Malaysia..

Tahniah Rajagopal..Datuk Shabery Cheek dan semua pimpinan FAM..Lu orang memang best dan ajaib....Malaysia Boleh!!!!

Tuesday, December 28, 2010

Setiausaha Politik: Wujudkah lagi?


Orang yang paling kanan di dalam Pejabat Menteri adalah Setiausaha Politik atau gelarannya SUPOL.

Kalau Menteri tidak ada di Pejabat dengan SUPOL lah orang ramai berurusan. Soalnya masih relevankah SUPOL pada masa ini?

Aku masih ingat sewaktu aku kecil di kampung, SUPOL Tan Sri Aishah Ghani, Datuk Basri Bajuri telah melawat kampung aku. Masa itu, seluruh kampung aku riuh memperkatakan tentang Datuk Basri. Dah macam Menteri pula taraf SUPOL pada masa itu. Sehingga ke hari ini aku masih ingat nombor plate,warna dan jenis kereta yang dipandu oleh SUPOL itu. Begitulah gahnya SUPOL pada masa itu. Penuh dengan karisma.

Sekarang ni SUPOL sudah semakin tenggelam. Di dalam Pilihanraya Kecil, penglibatan SUPOL macam hidup segan mati tak mahu. Kalau tak silap aku masa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, SUPOL ada buat 'bilik gerakan' dan aku sempat meninjau bilik gerakan tersebut. Kosong dan longlai tidak ada pengisian dan gerakan.

Jadi apa fungsi SUPOL pada masa ini? Sekadar mengangkat sumpah di hadapan Perdana Menteri? Sekadar menjadi tukang angguk kepada Menteri? Atau sekadar bergaya melaram dengan Perdana V6?

Aku jadi keliru dengan fungsi SUPOL..Tidak pernah kelihatan SUPOL menghiasi pentas-pentas ceramah di dalam mana-mana pilihanraya. Suka tak suka aku kena akui, Ezzam Mohd Nor bekas SUPOL Nuar Berahim memang hebat dan selayaknya menjadi SUPOL. Sayangnya, boss beliau pula hanyut.

SUPOL SUPOL yang lain mana arah tujunya. Persatuan SUPOL masihkah wujud lagi? Kalau boleh, kita minta bapak-bapak Menteri pilihlah individu yang benar-benar layak menjadi SUPOL. Kalau rakyat tidak kenal SUPOL kita masih boleh terima tetapi kalau pengundi kawasan Menteri sendiri tidak kenal SUPOL Menteri tersebut...PARAH!!!

Indon berdemo lagi


Khabarnya penyokong-penyokong bolasepak Indonesia berdemo di hadapan hotel pasukan bolasepak negara menginap di Jakarta. Semuanya gara-gara tidak puashati pasukan mereka dibenam di Bukit Jalil.

Pasal dakwaan sinaran laser mengganggu penjaga gol mereka hanyalah alasan yang sengaja dicipta. Siapa yang tidak kenal dengan Indon yang memang suka berdemo.

Dalam bolasepak mungkinkah seorang penjaga gol tidak bergerak mengejar bola sehinggakan sinaran laser yang sekecil itu mampu mengejar anak mata penjaga gol? Semuanya alasan dan sememangnya Indon memang suka berdemo.

Apabila pasukan bolasepak kita dibelasah dengan jaringan yang cukup besar di Jakarta, anak-anak Indon ini diam seribu bahasa bahkan apabila mereka bertandang di tempat kita, mereka dilayan dengan penuh semangat kesukanan.

Kalau bendera negara kita pun mereka tergamak bakar mana mungkin mereka dapat menerima kekalahan ini. Mungkin benar bila ada orang yang berkata, penyokong mereka lebih rela pasukan mereka tumpas di tangan pasukan lain selain daripada pasukan Malaysia.

Apapun kita harap pasukan negara kita tidak akan lemah semangat dengan provokasi yang tidak ada semangat kesukanan ini.

Sama-sama kita panjatkan doa moga pasukan kita beroleh kejayaan.

Rakyat Malaysia pastinya merestui perjuangan anak-anak muda ini..Malaysia boleh!!!!!

Monday, December 27, 2010

Apa fatwa Nik Ajis?


Satu tamparan yang hebat buat wali selipar kelahiran Kelantan, Nik Ajis bila mana 20 sekolah pondok di Kelantan menolak kepimpinan PAS.

Sekolah pondok adalah suatu institusi yang benar-benar memperjuangkan dan bergerak berlandaskan ajaran Islam yang hak dan tidak sama sekali terbelenggu dengan mana-mana ideologi politik.

Apakah Nik Ajis akan mengeluarkan fatwa mengatakan sekolah pondok terbabit dibeli oleh UMNO? Adakah Nik Ajis akan mengatakan sekolah pondok terbabit tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar?Adakah Islam Nik Ajis dan Islam sekolah pondok tersebut tidak sehaluan?

Adakah Nik Ajis akan mengharamkan sekolah tersebut?

Jelas, Islam yang diperjuangkan oleh PAS hanyalah bersifat kepentingan politik. Lagipun di dalam buku 7 Wali Melayu, nama Nik Ajis tidak termasuk di dalam senarai. Di Kelantan, hanya nama Tok Kenali yang menjadi sebutan dan diiktiraf kealimannya.

Kenapakah Nik Ajis tidak mewar-warkan nama Tok Kenali sebagai wali besar dari Kelantan?

Wali-wali adalah ibarat sebutir permata..Sedangkan ulamak PAS ibarat kaca yang bersepah di tengah-tengah jalan. Justeru, sebab itulah wali-wali besar jarang dikenali orang bahkan mereka tidak mahu diri mereka dikenali umum..berbeda dengan ulamak PAS yang menayangkan wajah mereka di jalan-jalan bahkan di batang-batang pokok sehinggalah ke tong-tong sampah di dalam pilihanraya dengan poster-poster muka mereka yang bertebaran di jalanan.

Mungkin Nik Ajis dan ulamak PAS lupa bagaimana junjungan besar bersabda ..'Barangsiapa diam. dia akan selamat'. Hari ini ulamak palsu PAS lantang bersuara memperjuangkan sesuatu yang cukup kabur termasuklah bersetuju untuk si kafir menjadi Timbalan Perdana Menteri..

Dunia mahu kiamat???

Sunday, December 26, 2010

Tahniah Malaysia


Tahniah kepada skuad bolasepak Malaysia di atas kejayaan membenam pasukan Indonesia dengan jaringan yang besar.

Semangat Malaysia Boleh jelas dijelmakan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Siapa pernah terduga dengan kemerosotan mutu bolasepak negara sebelum ini, Malaysia kini sudah bangkit!!!

Tambah membanggakan, skuad Malaysia 100 peratus anak jati Malaysia dan kita tidak perlu mengambil mana-mana pemain luar dengan memberi taraf kerakyatan.

Sekalung tahniah kepada Menteri Belia dan Sukan di atas kejayaan ini. Lu memang best!!!

Friday, December 24, 2010

1 hari tak perlu 100 hari

Bunyinya macam hebat sangat Pakatan bilamana berkata nak kasi imbuhan sebanyak RM 500 kepada guru-guru. Sampai kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran goyah dengan kenyataan Nuar Berahim berhubung perkara RM 500 ini.

Kenapa nak tunggu sehingga 100 hari..kasi saja sekarang kepada guru-guru yang sedang berkhidmat di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan..kita lihat sama ada kerajaan negeri Pakatan mampu melaksanakan atau tidak perkara yang diwar-warkan ini.

Bila Pakatan kata nak tunggu 100 hari terkenang pulak dengan Nuar Berahim dengan kes liwatnya. Memang suka tangguh-tangguh. Kalau betul anak jantan buat sahaja sekarang tak perlu nak tunggu 100 hari.

Cikgu-cikgu dekat luar sana jangan jadi bodoh nak percaya cakap Pakatan. Lepas beri RM 500 pada guru banyak pulak golongan lain yang akan menuntut RM 500 pada kerajaan. Polis,tentera, bomba, Pertahanan Awam tidakkah berkhidmat kepada negara? Adilkah jika kita sekadar memberi pada guru imbuhan RM 500 itu?

Itu sekadar strategi Pakatan nak menarik perhatian guru-guru. Lepas ini Pakatan akan berjanji pula kepada pihak lain..Beri pada semua pihak sekadar nak tarik undi lama lama memang sah akan bangkrap dan muflis.

Adakah anda di luar sana akan memufliskan negara dengan mendengar janji kosong Pakatan?

Thursday, December 23, 2010

Keretapi vs Menteri..Tahniah


Kasihan dan simpati..Dalam keadaan ada blogger sedang berjuang bermati-matian mencari isu untuk dibawa ke medan perang pilihanraya terutamanya di dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang ada pula blogger kita sendiri yang sedang seakan menahan usaha ini. Tujuan dan matlamat? Aku sendiri tidak tahu.

Dalam dunia siber dan media baru, digemparkan dengan pendedahan, projek dengan isteri orang di dalam koc keretapi..satu tamparan yang hebat kepada pimpinan sebelah sana. Dan pastinya pendedahan isu koc keretapi ini memerlukan usaha yang bukan sedikit. Malangnya..'peluru' yang disediakan ini didatangi pula oleh kereta kebal yang menahan 'peluru' koc keretapi ini dari meletus. Samalah seperti peluru berpandu Scud yang didatangi oleh peluru berpandu Patriot di dalam Perang Iraq-US.

Yang hebatnya di dalam isu ini..Blogger kita yang menyediakan peluru, blogger kita juga yang menahan peluru itu dari terus pergi ke sasaran. Isu koc keretapi berhadapan pula dengan isu Menteri projek dengan pembantu rumah. Keliru atau apa masalahnya aku sendiri sedang menggaru kepala memikirkannya.

Amarah yang marah?Tidak puashati?Hits? Arghhhhhhhh...macam-macam yang sedang berlegar di dalam kepala aku....

Secara peribadi aku berpandangan..siapa jua bebas memberi pandangan..Biar putih tulang, jangan putih mata..malangnya..sahabat-sahabat sendiri yang sedang memutihkan mata kita sendiri!!

Aduhai..bijak memang bijak tindakan ini..Teruskan usaha melawan arus ini kalau itulah yang dirasakan boleh memberi kepuasan hati..Benarlah pepatah orang tua..IKUT NAFSU LESU, IKUT HATI, MATI!!!!

P/s: Wikileaks dengan Wikileaks...rasanya tidak perlu disambut pendedahan tu..busuk bau pekung sendiri siapa nak tolong lubang hidung?Ahmad Nisfu?

Wednesday, December 22, 2010

Antara sebab Tun Mahathir bersara


Semua orang tidak akan lupa bagaimana Tun Mahathir menitiskan airmata ketika mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO sekaligus melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Orang Melayu ketika itu agak bingung memikirkan siapakah yang akan mampu untuk menggantikan wira terulung orang Melayu itu jika beliau melepaskan jawatan.

Di sebalik keperitan pengumuman itu rupanya terkandung sebuah pengorbanan yang cukup besar beliau lakukan untuk orang-orang Melayu.

Semasa menjawat jawatan Perdana Menteri beliau acapkali berkata bahawa orang Melayu terlalu berpaut kepada tongkat atau subsidi dan segala bentuk bantuan yang kerajaan sediakan untuk mengecap kesenangan hidup. Dan akibat dari itulah Melayu menjadi terlalu manja dan berada di zon selesa kerana sering diberikan tongkat. Biarpun sudah senang, Melayu masih mengharapkan tongkat yang kerajaan sediakan apatah lagi yang masih susah kehidupannya.

Di sebalik ingatan Tun Mahathir kepada orang Melayu supaya jangan terlalu bergantung kepada 'tongkat', beliau telah tersedar bahawa beliau ibarat tongkat kepada orang Melayu. Justeru atas sebab itulah beliau telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.

Itulah antara pengorbanan yang beliau lakukan untuk orang Melayu. Melepaskan jawatan semata-mata untuk menyedarkan orang-orang Melayu.

Tetapi hari ini orang-orang Melayu pula bercakaran sesama sendiri. Yang lebih memeritkan apabila ada pula orang Melayu sendiri yang mahu menjahanamkan Melayu. Bukan dikata hendak menyumbang kepada kebajikan Melayu bahkan keistimewaan orang Melayu sendiri hendak dihancurkan. Melayu jenis apa yang sanggup menginjak-injak bangsanya sendiri??

Tidakkah Melayu sedar...Sedar-sedarlah diri tu.!!

-Sumber: Dato' Mukhriz Mahathir

Tuesday, December 21, 2010

Alahai Pakatan Aladdin


Kencing dan kencinglah lagi..Apa pula yang Pakatan janjikan pada rakyat?Janji 100 hari yang diikrarkan di dalam Konvensyen yang entah apa-apa sekali lagi Pakatan menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat.

Nak struktur pelbagai aspek ekonomi dalam tempoh 100 hari setelah menawan Putrajaya? Lawak bodoh apa yang Pakatan sedang dendangkan ini? Tidak ada seorang pakar ekonomi dalam dunia pun yang boleh mencorakkan ekonomi dalam tempoh 100 hari. Tanyalah mana-mana economist atau setidak-tidaknya remisier berhubung perkara ini.

Berapa lama kita ambil tempoh nak bina Lebuhraya Utara-Selatan? Berapa lama kita bina Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang?Berapa lama kita bina Jambatan Pulau Pinang..waimah kes liwat Nuar Berahim pun lebih dari 100 hari.

Apa yang Pakatan dendangkan hanyalah untuk meraih undi rakyat yang semakin berkurangan terhadap mereka. Setidak-tidaknya untuk meraih undi di dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang.

Nak naikkan gaji, nak hapuskan tol..cakap memang murah dan macam tin kosong. Kalau dengan mendapatkan nasihat Penasihat Ekonomi Selangor dengan elaun RM 1 macam inilah kesannya.

Sama sahaja seperti seorang ayah yang bergaji RM 1000 (macam aku) menjanjikan hendak membeli Ferrari kepada anaknya..Sudahnya ayah dan seluruh keluarga mati kebulur tidak makan..

Atau kepada yang muda dan sedang bercinta..semuanya dijanjikan kepada pasangan kekasih..Kekasih nak bunga dibelikan bunga..nak phone baru pun sanggup ditunaikan..Sudahnya, si lelaki makan maggi di rumah..Kononnya kerana sayang..Samalah seperti Pakatan..kononnya sayang pada rakyat..Sudahnya dengan rakyat dengan negara sekali bangkrap..

Mungkin Pakatan akan minta doa dari wali selipar Nik Ajis untuk panggil Aladdin..gosok-gosok lampu, keluar jin maka ekonomi Malaysia akan mampu dicorakkan dalam tempoh 100 hari..Kelakar memang kelakar..jangan gosok keluar koch keretapi pulak sudah...kalau keluar wanita bertuala merah lagi haru..

Pakatan Alladin..memang mengharukan..!!!!!!

Monday, December 20, 2010

Apa kata puak PAS?



Benarkah PAS memperjuangkan Islam? Pengakuan seumpama ini pastinya menarik untuk dinilai sama ada benarkah PAS memperjuangkan Islam? Benarkah mengundi PAS akan masuk syurga?

Siapa Nik Ajis untuk mengatakan Allah telah memaafkan orang yang melakukan perbuatan yang dilarang?

Bolehkan PAS melaksanakan hudud jika beginilah keadaannya?

Benarkah orang yang berkopiah dan berserban sahaja yang akan dikatakan sebagai pejuang Islam?

Benarkah Kelantan serambi Mekah?

Banyak persoalan yang pastinya berlegar di kepala kita..

Jika PAS di pihak yang benar..tidakkah PAS bercadang untuk mengambil tindakan kepada orang yang membuat pengakuan itu?

Tidakkah PAS malu kepada Chua Soi Lek seorang kafir yang mengaku kesalahannya?

Tidakkah rakyat merasa tertipu dengan PAS?

Kita tunggu apa kata puak-puak PAS..harap-harapnya tidak ada fatwa baru berhubung kes ini..

Saturday, December 18, 2010

Mana lebih hawau?





Kecoh PAS Bukit Katil Melaka apabila dikatakan UMNO meletakkan bendera di pagar masjid di Bukit Katil ketika Perdana Menteri hadir merasmikan masjid tersebut.

Pandai pula PAS berkata UMNO menggunakan masjid untuk mencari pengaruh politik. Selama ini, bila kafir lahanat sekutu PAS memberikan ucapan di dalam masjid sambil orang Islam menjadi pendengar setia kepada ucapan itu, PAS diam seribu bahasa bahkan dikatakan tidak ada salahnya dengan tindakan tersebut.

Di dalam demo anti Syabas di ibukota baru-baru ini, kafir-kafir lahanat sekutu PAS bergerak di dalam masjid pun PAS diam seribu bahasa. Dengan membawa sepanduk, menggunakan alat pembesar suara terpekik terlolong bagai orang dirasuk hantu...PAS diam seribu bahasa.

Apabila Teresa Kok berkata, laungan azan adalah membingitkan dan mengganggu tidurnya, PAS diam seribu bahasa.

Soalnya..mana yang lebih mencemarkan masjid?Mengikat bendera di pagar luar masjid atau berceramah di depan jemaah Islam di hadapan mimbar masjid oleh kafir lahanat?

Kalau mahu menegur UMNO berhubung perkara ini, PAS sila-silalah renungkan diri. Jangan jadi ketam mengajar anak berjalan lurus dan belajar-belajarlah untuk mencermin diri sendiri!!!!

Friday, December 17, 2010

Saya Gay, Saya Ok??

Hebat memang hebat..Malaysia boleh!! Terkejut bila aku melihat video ini yang ditunjukkan oleh sahabat blogger politikputramerdeka.

Tanpa segan silu, orang muda ini mengaku bahawa dirinya gay dan mencari kekuatan yang ada di dalam diri seorang gay. Aduh..benarkah dunia sudah mahu kiamat?

Tidak ada apa yang perlu dicari oleh seorang gay sebenarnya..tidak ada sebarang kekuatan yang perlu dicari selain dari kekuatan untuk memohon ampun dan taubat dari Allah s.w.t.

Nabi tidak mengaku umat..Sedangkan isteri sendiri pun dilarang untuk 'didekati' dari belakang inikan pula seorang lelaki 'mendekati' lelaki yang lain..

Apa mahu jadi sebenarnya dengan dunia? Benarlah seperti yang junjungan besar katakan..jahiliyyah pasti akan berulang kembali..Tunggu saja kehadiran dajal...

Aku kelu..nak muntah..loya tekak..naik angin dan macam-macam rasa yang ada dalam kepala aku sekarang...

Jangan jadikan ini sebagai budaya, SAYA GAY, SAYA OK!!! Kalau tidak, percayalah andalah yang sedang mengkiamatkan dunia...!!!!!

Ummi Hafilda

Sudah agak lama tidak bersembang dengan Ummi Hafilda..Mungkin lebih dari 10 tahun..Mengenali Umi secara peribadi semasa di sebuah kolej di ibukota membuatkan aku yakin bahawa Ummi adalah seorang wanita yang tabah dan cekal.

Ummi yang aku panggil Kak Ummi memang seorang wanita yang berfikiran jauh dan penuh dengan wawasan. Kalau tidak silap aku, semasa di kolej lagi beliau telah bercadang untuk menubuhkan Karisma Advertising dan apa yang aku dengar syarikat beliau benar-benar telah ditubuhkan. Sejauh mana perkembangan syarikat itu aku sendiri tidak tahu, maklumlah sudah lama tidak berpeluang bersembang dengan wanita ini.

Ummi yang aku kenal adalah seorang wanita yang serius dan agak pendiam. Susah hendak bersembang dengannya kalau tidak kena pada topiknya. Mungkin aku yang melalut pasal usia baru setahun jagung dan topik yang aku tanyakan agak bodoh pada Ummi membuatkan Ummi cuma tersenyum. Budak hingusan bhai..!!!

Membaca pendedahan Ummi di Utusan Malaysia yang mahu Azmin bertaubat aku rasa Ummi tidak silap membuat percaturan. Ummi yang aku kenal adalah seorang yang berfikir banyak kali sebelum berkata sesuatu termasuklah ketika bertanya soalan kepada pensyarah. Ummi bukan seorang yang mahu dilihat bodoh dengan mengemukakan pendapat tanpa fakta dan asas.

Apapun aku percaya tentunya banyak rahsia yang terkandung di dalam kepala Ummi berhubung Nuar Berahim. Kita tunggu sajalah apa yang akan Ummi dedahkan seterusnya.

Salam ukhwah...

Thursday, December 16, 2010

Parlimen atau tadika?



Kalau beginilah perangai wakil rakyat aku rasa aku ingin menawarkan diri untuk menjadi calon di dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Tak ada standard langsung kalau wakil rakyat berperangai macam budak hingusan.

Konon-kononnya hendak menjadi Perdana Menteri, konon-kononnya hendak menjadi Menteri, kalau amarah dan emosi diri sendiri tidak dapat dikawal, bagaimana hendak menjadi pemerintah? Lagipun, orang yang suka marah-marah ini suka mendengar bisikan syaitan dan iblis. Kalau setakat ujian digantung dari menghadiri sidang parlimen pun tidak terbentung macam mana kalau ujian memerintah negara. Itu belum lagi di dalam kubur.

Rasanya, kalau dialah Perdana Menteri kita, suara rakyat apakah akan didengar? Dalam kelompok yang kecil di dalam Parlimen pun tidak mahu didengar, puluhan juta suara rakyat bagaimana? Adakah dia sentiasa betul? Adakah dia bersifat maksum? Bayangkan kalau orang-orang sebegini mewakili Malaysia ke dalam persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu. Alangkah malunya!!!!

Mereka kata perbuatan menggantung Ketua Pembangkang adalah direka-reka. Tetapi melihat kepada sepanduk yang ada pada masa kekecohan itu, boleh dijangka kemarahan itu sudah siap dirancang. Adakah kemarahan spontan sebegitu boleh disertakan dengan sepanduk?Jadi siapa yang mereka-reka keadaan ini?

Jangan fikir rakyat akan simpati dengan kamu dalam keadaan sebegini. Bahkan rakyat meluat dan malu wakil rakyat mereka berperangai kebudak-budakan.

Jika rasa parlimen sudah tidak dipercayai dan tidak lagi demokratik, jangan sibuk-sibuk menawarkan diri menjadi Ahli Parlimen lagi. Tidak ada orang yang suruh kamu menjadi Ahli Parlimen bahkan kamu sendiri yang terhegeh-hegeh menawarkan diri. Rakyat yang mengundi kamu minta diperjuangkan nasib mereka di Parlimen. Pernahkah kamu menyuarakan masalah pengundi-pengundi di kawasan kamu?

Jangan buat isu baru..isu liwat belum selesai dan isu Wikileaks kamu belum beri jawapan lagi..Aku takkan lupa dengan isu-isu itu. Kalaulah usaha ini sekadar untuk mengalihkan perhatian, lupakan saja.

Apapun tahniah kepada Speaker Dewan kerana tetap dengan keputusannya. Bertindak tegas di masa akan datang pastinya dapat menjamin keharmonian dewan. Jangan biarkan kaduk naik junjung!!!

Wednesday, December 15, 2010

Bulan April Pilihanraya Umum ke 13?

Andaikata Pilihanraya Umum ke 13 diadakan seawal tarikh itu, maka orang yang paling gembira adalah puak-puak Pakatan. Saban hari siang malam mereka berdoa agar pilihanraya umum diadakan seawal mungkin. Kalau boleh esok diadakan pilihanraya lagilah besar manfaat buat Pakatan.

Sebabnya mudah..lebih lewat diadakan pilihanraya umum ke 13, bermacam lagi bentuk pekung mereka yang akan dibongkar. Lebih lewat pilihanraya umum diadakan makin berkuranglah ahli dan rakyat yang akan mengundi mereka. Silap haribulan, mungkin tinggal anak beranak Nuar Berahim, Kit Siang dan Kapal Karam saja yang akan mengundi Pakatan. Bukankah dalam Pakatan ramai anak beranak yang duduk sama bapak mereka di dalam Parlimen..Kroni yang akan menjadi kronik!!

Kita minta pada Perdana Menteri jangan bubarkan parlimen dulu. Biarkan 'ditelanjangkan' satu persatu pekung yang sedang melanda Pakatan. Biarkan dulu sehingga selesai kes liwat Nuar Berahim..biarkan Nik Ajis betul-betul sihat, biarkan Din Puduraya sudah tidak naik bas lagi, biarkan ada 'totey' yang basah akibat permainan di dalam koc keretapi benar-benar kering, biarkan hutan simpan Elli kembali menjadi rahsia, biarkan Azmin menjalani ujian DNA berhubung anaknya, biarkan Nuar menjunjung Quran mengangkat sumpah..fuhh..banyak rupanya perkara yang sedang menjadi taik kepada Pakatan. Semuanya belum selesai dan taik-taik itulah yang menggusarkan Pakatan.

Cukup khuatir dengan keadaan itu maka digesanya diadakan pilihanraya umum ke 13 diadakan dengan seberapa segera yang boleh. Setidak-tidaknya wakil-wakil rakyat Pakatan akan dapat pencen penuh kalau berjaya menjadi wakil rakyat selama dua penggal kerana mereka yakin masih ada segelintir rakyat di luar sana akan mengundi mereka. Pakatan cukup khuatir kerana mereka menjangkakan populariti mereka akan terus melingkup di dalam tempoh setahun dua lagi.

Apapun, tentu saja Perdana Menteri memahami strategi Pakatan. Kita tidak dungu seperti yang mereka jangkakan. Penantian adalah penyiksaan!!!!

Tuesday, December 14, 2010

UMNO kembar PAP?


Tian Chua kata UMNO seperti abang adik dengan PAP di Singapura? Jangan samakan parti keramat orang Melayu dengan parti kafir haram jadah dari Singapura.

Aku tak pernah lupa apabila si tua kutuk dari Singapura Lee Kuan Yew datang ke Malaysia berjumpa si tua kutuk Menteri Besar Kelantan hari tu. Siapa yang jemput Lee Kuan Yew datang ke Malaysia? Kenapa Lee Kuan Yew tak berjumpa Najib atau setidak-tidaknya Mahathir apabila ke Malaysia? Apa perlu datang ke Malaysia kalau tidak diundang oleh pemimpin negara yang pastinya boleh membangunkan ekonomi negara? Berjumpa Nik Ajis untuk apa?Untuk Nik Ajis mengkhatankan Lee Kuan Yew? Kelantan negerinya miskin mundur..bolehkan Singapura menjana ekonomi dari negeri Kelantan?

Aku nak ingatkan Tian Chua atau mana-mana haram jadah dalam negara ini..jangan samakan parti keramat orang Melayu dengan parti kafir haram jadah macam Tian Chua tu.

Teresa Kok kata kalau Pakatan memerintah Malaysia, rakyat boleh diberi air secara percuma. Orang Melayu kau akan kasi secara percuma jugakkah Teresa? Orang Melayu/Islam laungkan azan masa Subuh pun kau kata memekak..aku takkan lupa..Sama macam Namawee jugak..

'Kita akan pertahankan Putrajaya sehingga ke titisan darah terakhir' kata Najib?? Bila Najib cakap macam ni?Ini bukan Najib cakap tapi Sam Ketot dari PKR yang cakap semalam semasa ceramah di Taman Melati. Hello pendek ketot..kami orang-orang UMNO tidak kemaruk kuasa macam kau. Kami tidak pernah suruh orang Malaysia berjemur tengah panas untuk berdemo di jalanraya semata-mata nak capai agenda peribadi kau. Kalau kau menang sekalipun..aku takkan sokong pemimpin yang ketot macam kau ni..kenapa kau ketot sangat? Ada saka dalam badan ke?

Khalid Gereja entah apa yang dia meracau dalam ceramah di Taman Melati malam tadi. Tak ada topik lain ke bila sebut pasal Bung Mokhtar dan Zizie yang gebu? Pergi lantaklah Bung Mokhtar dengan isteri barunya itu..Setidak-tidaknya mereka bernikah dan tidak belasah bini orang di dalam koc keretapi dan Puduraya...!!!!

Nuar Berahim ni aku rasa elok jadi siak dekat masjid je..Setiap kali sebelum ceramah dia punya baca ayat Quran fuhh..macam dialah alim besar..Kang aku bagi kau Quran suruh sumpah kang...Ada bran? Jadi selepas ni aku cadangkan siapa jumpa Nuar Berahim bagi dia Quran suruh sumpah..Tengok dia berani atau tidak!!!

Nuar Berahim jugak kata..jangan aibkan dia dengan fitnah kes liwat pasal dia ada anak cucu..Yang kau tangguh-tangguh kes di mahkamah kenapa? Inilah peluang kau nak bersihkan nama..Tanpa segan silu dia kata UMNO fitnah dia kerana dia bakal Perdana Menteri Malaysia..sah kemaruk Nuar Berahim..!!!

Kes Wikileaks sekali lagi Nuar kata dia dianiaya..Nuar Berahim tak mahu ke saman Wikileaks kalau benda tu fitnah.?Boleh juga dapat duit kalau menang saman..boleh buat modal pilihanraya..!! Tak payah menjerit sana-sini kata kau tu dianiaya saman saja Wikileaks tu..Tapi kalau silap saman, mungkin macam-macam perkara lagi akan didedahkan..Jangan sampai ada video..masak kau Nuar kalau ada video!!

Sudahnya ceramah malam tadi, isu Wikileaks Nuar Berahim tak jawab. Dia cuma edarkan sekeping kertas pada orang ramai yang datang. Kau jangan menyusahkan orang boleh tak Nuar? Setakat nak edarkan kertas kononnya menjawab isu Wikileaks tu elok kau masukkan dalam peti surat rumah je..tak payah menyusahkan orang. Ini ke bakal Perdana Menteri? Wak lu!!!

Untuk cerita penuh baca www.papagomo.com/

Monday, December 13, 2010

Terdedahkah Malaysia pada bahaya?


Jangan terlalu gembira dengan apa yang Wikileaks dedahkan berhubung Nuar Berahim. Jangan terlalu memandang perkara itu sebagai satu kelebihan yang boleh digunapakai yang membolehkan kes Nuar Berahim boleh dilondehkan dengan mudah.

Bertahun lamanya kita telah sedar bahawa Nuar Berahim seorang yang cukup licik dalam permainan politik. Di dalam politik segalanya mungkin. Bertahun lamanya juga Nuar Berahim seperti yang dilaporkan oleh banyak pihak sering ke luar negara menghebahkan pertuduhan kes liwatnya di luar negara. Dan apabila ada pihak luar negara yang tiba-tiba, seperti yang didedahkan Wikileaks 'tahu' dengan apa yang berlaku di dalam negara ini secara 'mendalam' adakah ini boleh dipandang ringan oleh kita?

Bagaimana mungkin Singapura boleh mengatakan Nuar Berahim terlibat di dalam kes liwat itu jika tiada pengamatan dan asas yang kukuh? Sedangkan di dalam Malaysia sendiri pendapat rakyat berhubung kes liwat ini terbahagi dua..

Mungkinkah ada 'agen-agen' luar yang berkeliaran di Malaysia dan menjadi 'James Bond' kepada negara mereka? Jika benarlah perkara ini, ianya pasti menjadi sesuatu perkara yang seharusnya membimbangkan kita.

Terdahulunya, perkhidmatan Blackberry yang didakwa terdedah kepada soal 'kebocoran' rahsia sama ada rahsia peribadi mahupun negara telah menyebabkan kerajaan Malaysia berfikir untuk mengharamkan penggunaan Blackberry di dalam Malaysia. Kalau perkhidmatan telefon pun merungsingkan kita, apakah jika benar banyak 'agen-agen' berkeliaran di dalam Malaysia tidak menjadi kerungsingan dan kebimbangan kita???

Ada pula pihak yang berkata. melihat kepada populariti Nuar Berahim sudah makin menurun di dalam Malaysia, maka ada pihak yang merasakan kebolehbergantungan kepada Nuar Berahim sudah tidak boleh digunapakai...'habis madu sepah dibuang' dan 'sudah dapat gading bertuah, tanduk sudah tidak berguna'.

Langkah sebaiknya, jangan terlalu leka dan mengambil mudah perkara ini. Lama sudah kita sedar bahawa hubungan Malaysia-Singapura tidaklah sentiasa setenang air di kolam. Jerat tidak pernah lupa pada pelanduk...!!!!

Sunday, December 12, 2010

Apa jawapan Azmin?


Lama tak mendengar khabar Umi Hafilda Ali..tiba-tiba muncul dengan permintaan yang merobek hati seorang abang. Begitulah kisah sayangnya seorang adik kepada abang kandung. Mungkin kerana tidak lagi tertahan perilaku abang yang menjolok mata.

Andaikata orang lain yang mahukan supaya Azmin bertaubat mungkin benar kalau dikatakan ada unsur-unsur percaturan politik tetapi jika seorang adik kandung mahukan abangnya bertaubat, mungkin sahaja ada perkara kurang elok yang sedang dilakukan oleh si abang.

Perkataan seperti khianat pada bangsa dan negara adalah ayat yang cukup berat maknanya. Kalau di kampung semasa aku kecil kalau perkataan sebegitulah yang aku lemparkan pada abang kandung aku, mahu saja pelempang jepun hinggap di muka aku.

Mungkin Azmin tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang pada Umi Hafilda kerana carik-carik bulu ayam pasti bertaut semula dan air dicincang takkan putus.

Setidak-tidaknya Azmin kenalah menafikan apa yang Umi Hafilda dedahkan. Tetapi sudah banyak hal yang Azmin mengambil sikap mendiamkan diri. Suatu ketika dulu bloggers mencabar Azmin untuk buat ujian DNA berhubung soal anak. Apakah dalam soal ini Azmin akan bersuara mempertahankan dirinya?

Rasanya Azmin hanya akan bersuara kepada perkara-perkara yang boleh menggugat kepentingan politiknya di dalam PKR dan hanya akan bersuara mempertahankan Nuar Berahim.

Kita cabar saja Azmin bersumpah menafikan apa yang Umi Hafilda telah dedahkan. Soalnya, beranikah Azmin atau mungkinkah Azmin akan mendiamkan diri dan membuat pelbagai helah seperti mana isu sumpah yang dicabar kepada bossnya, Nuar Berahim?

Atau mungkinkah ayat lazim dengan mengatakan ini adalah konspirasi jahat UMNO akan terus dilagukan oleh Azmin untuk mencari jalan keluar mudah?

Rakyat tidak sebodoh dahulu dan tentunya ayat yang keluar dari mulut Umu Hafilda akan membuatkan rakyat berfikir 2 kali untuk terus menolak apa yang Umi Hafilda telah dedahkan.

Rasanya, Azmin tidak akan dibuai mimpi indah malam ini!!!