Showing posts with label subsidi. Show all posts
Showing posts with label subsidi. Show all posts

Friday, June 24, 2011

Negara Berkebajikan: Antara realiti dan angan-angan

Tindakan PAS mengangkat agenda membangun negara berkebajikan memperlihatkan parti itu bukan sahaja hilang arah dalam mengerakkan agenda membangunkan negara Islamnya, tetapi juga terpaksa menurut kehendak rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk menjadi juara rakyat.


Membangun negara kebajikan tafsiran PAS ini lanjutan daripada dasar Buku Jingga yang dilancarkan PR sebelum ini – menjanjikan banyak manfaat kepada rakyat jika mereka berjaya mengambil alih kuasa dari kerajaan Barisan Nasional.


Sama ada Buku Jingga atau membangun negara kebajikan, ia bukan satu perkara baru. Sejak merdeka sehingga ke hari ini, dasar membangunkan negara berkebajikan sudah dilaksanakan kerajaan. Cuma kali ini ia diangkat dalam bentuk sedemikian rupa oleh PAS bagi menunjukkan seolah-olah apa yang dilakukan kerajaan selama ini tidak memberi atau membawa apa-apa makna kepada rakyat.


Untuk membangun negara berkebajikan seperti mana impian PAS bukan mudah. Malah tidak mungkin dilaksanakan oleh mana-mana negara di dunia sekali pun kerana beban yang akan ditanggung negara bukan sedikit. Memberi terlalu banyak penekanan kepada kebajikan boleh menjerat negara seperti yang berlaku di beberapa buah negara Eropah yang kini dilanda inflasi dan beban hutang sehingga boleh terjerumus ke arah kemuflisan.


Apakah usaha yang dilakukan kerajaan hari ini tidak cukup untuk membela dan membantu rakyat? Sebagai sebuah negara yang banyak bergantung kepada import barangan makanan seperti gula, tepung gandum, beras, minyak masak dan lain-lain, kerajaan sudah melakukan yang terbaik untuk kepentingan rakyat dan pengguna.


Apakah dengan memberikan subsidi yang besar kepada barangan keperluan utama masih tidak menepati tafsiran membangunkan negara kebajikan seperti diinginkan PAS? Malah jika dibuat perbandingan atas tanggungan subsidi kerajaan, rakyat negara ini masih dikira beruntung kerana harga barangan keperluan utama di pasaran jauh lebih murah berbanding negara-negara tetangga.


Untuk 2010 sahaja, kerajaan memperuntukkan RM10.32 bilion sebagai subsidi barangan keperluan asas. Jumlah ini dijangka mencecah RM20.6 bilion pada 2011.


Subsidi RM10.32 bilion tersebut termasuk subsidi RM789 juta untuk gula, RM 89 juta untuk tepung gandum, RM813 juta untuk minyak masak, RM486 juta untuk beras, RM3.13 bilion untuk petrol (RON 95), RM3.5 bilion untuk diesel, RM1.43 bilion untuk LPG.


Ini bermakna, kerajaan menanggung kos 30 sen bagi setiap kilogram gula, 45 sen setiap kilogram tepung gandum, RM1 bagi setiap kilogram minyak masak, RM4 setiap kampit beras berat 6 kilo, 43 sen setiap liter petrol RON 95, RM27.02 sen bagi setong LPG.


Walaupun kerajaan menyedari subsidi dan peruntukan berbilion ringgit semata-mata untuk memastikan kestabilan harga barangan keperluan utama dan mengelakkan pembantutan pertumbuhan ekonomi dalam tempoh jangka panjang, langkah itu terpaksa diteruskan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan pada masa sama terpaksa menggunakan pendekatan subsidi secara lebih berhemah.


Menjanjikan sesuatu memang mudah tetapi realitinya cukup sukar untuk dilaksanakan, lebih-lebih lagi ketika Malaysia berusaha untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi dalam tempoh tidak sampai 10 tahun. Tidak dapat dielakkan bagi merealisasikan matlamat itu , sudah tentu ia memerlukan kadar pertumbuhan ekonomi yang dinamik. Pemberian subsidi secara berlebihan semata-mata untuk menjadi popular hanya akan mendatangkan mudarat kepada negara dan rakyat secara jangka panjang.


Apabila kerajaan mengatur rancangan menstrukturkan semula subsidi pada masa akan datang, banyak pihak yang mendakwa langkah tersebut hanya akan membebankan rakyat. Walaupun akan berlaku kenaikan kepada barang-barang keperluan asas ini, kerajaan sudah memberikan jaminan, kepentingan dan kebajikan rakyat tetap terbela, terutama golongan berpendapatan rendah. Lebih penting, penstrukturan semula subsidi ini bertujuan memastikan hanya mereka yang benar-benar layak mendapat manfaatnya.


Memberi terlalu banyak juga tidak baik untuk negara dan rakyat. Apabila segalanya diberikan percuma dan disokong subsidi, rakyat akan jadi malas. Malah sikap ini bertentangan dengan ajaran Islam yang sememangnya menggalakkan kita berusaha untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik tanpa terlalu bergantung kepada orang lain.


Satu lagi adalah mengenai sikap. Banyak subsidi yang diberikan kerajaan sering disalahgunakan sama ada dijual atau diseludupi ke luar. Ia akhirnya merugikan duit rakyat apabila subsidi berbilion ringgit jatuh kepada tangan mereka yang tidak sepatutnya menerima.


Apa yang ingin dilakukan oleh PAS atau pun melalui pelaksanaan dasar Buku Jingga mereka, atas kertas ia nampak cantik dan memang ia boleh membuatkan rakyat terpedaya, tetapi hakikatnya pelaksanaan bukan semudah apa yang diucap.


-malaysiaaktif.my-

Wednesday, May 25, 2011

Menteri berkenaan tolonglah lebih bijak






Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana tidak menaikkan harga petrol RON 95.


Biarpun tidak ada kata putus oleh kerajaan bahawa harga bahan mentah itu pasti dinaikkan tetapi kenyataan oleh Menteri berkenaan tempoh hari jelas meresahkan dan menyemakkan kotak minda rakyat Malaysia.


Kenaikan harga bahan mentah itu adalah perkara yang amat menggerunkan rakyat Malaysia dan kesannya tidak seburuk kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilo tempoh hari.


Kenyataan Menteri berkenaan tempoh hari telah menyebabkan kecalaran kepada momentum keyakinan rakyat kepada kerajaan.


Kenapa harus diwar-warkan berita kemungkinan kenaikan harga bahan mentah itu sedangkan keadaan yang sepatutnya wujud dahulu adalah mengkaji dan menilai kesediaan rakyat untuk berhadapan dengan kenaikan harga bahan mentah itu.


Ketidaknaikkan harga bahan mentah yang diumumkan oleh kerajaan semalam bukanlah 'satu bonus' kepada rakyat kerana rakyat telah terbelenggu mindanya apabila Menteri berkenaan mewar-warkan kemungkinan harga bahan mentah itu dinaikkan.


Rakyat sudah terbiasa dengan mainan persepsi yang saban hari di didik oleh Pakatan Rakyat. Dan percayalah bahawa biarpun harga bahan mentah ini tidak dinaikkan tetapi Pakatan pasti akan menanamkan minda di kepala rakyat bahawa kenyataan Menteri itu adalah suatu penipuan kepada rakyat.


Dan lebih daripada itu, rakyat yang terpengaruh dengan persepsi ini akan berterima kasih kepada Pakatan kerana seolah-olah atas desakan dan kuasa politik Pakatan lah harga bahan mentah itu tidak dinaikkan.


Sayugia, biarlah kita sarankan kepada Menteri berkenaan. 'Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar'. Jangan sudah roboh baru hendak dicari di mana reputnya.


Jika tidak luka kenapa harus ditoreh dan dihiris..Aduhai Mail Sabri...

Wednesday, December 22, 2010

Antara sebab Tun Mahathir bersara


Semua orang tidak akan lupa bagaimana Tun Mahathir menitiskan airmata ketika mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO sekaligus melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Orang Melayu ketika itu agak bingung memikirkan siapakah yang akan mampu untuk menggantikan wira terulung orang Melayu itu jika beliau melepaskan jawatan.

Di sebalik keperitan pengumuman itu rupanya terkandung sebuah pengorbanan yang cukup besar beliau lakukan untuk orang-orang Melayu.

Semasa menjawat jawatan Perdana Menteri beliau acapkali berkata bahawa orang Melayu terlalu berpaut kepada tongkat atau subsidi dan segala bentuk bantuan yang kerajaan sediakan untuk mengecap kesenangan hidup. Dan akibat dari itulah Melayu menjadi terlalu manja dan berada di zon selesa kerana sering diberikan tongkat. Biarpun sudah senang, Melayu masih mengharapkan tongkat yang kerajaan sediakan apatah lagi yang masih susah kehidupannya.

Di sebalik ingatan Tun Mahathir kepada orang Melayu supaya jangan terlalu bergantung kepada 'tongkat', beliau telah tersedar bahawa beliau ibarat tongkat kepada orang Melayu. Justeru atas sebab itulah beliau telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.

Itulah antara pengorbanan yang beliau lakukan untuk orang Melayu. Melepaskan jawatan semata-mata untuk menyedarkan orang-orang Melayu.

Tetapi hari ini orang-orang Melayu pula bercakaran sesama sendiri. Yang lebih memeritkan apabila ada pula orang Melayu sendiri yang mahu menjahanamkan Melayu. Bukan dikata hendak menyumbang kepada kebajikan Melayu bahkan keistimewaan orang Melayu sendiri hendak dihancurkan. Melayu jenis apa yang sanggup menginjak-injak bangsanya sendiri??

Tidakkah Melayu sedar...Sedar-sedarlah diri tu.!!

-Sumber: Dato' Mukhriz Mahathir

Tuesday, August 31, 2010

Melayu: Semakin tak waras

Tadi dengan sedikit rezeki yang lebih yang dianugerahkan pada aku dapat juga akhirnya membawa keluarga aku berbuka puasa di luar. Bukan di hotel mewah tapi di pasaraya yang agak besar di Selangor. Rezeki keluarga bulan Ramadhan dan rezeki anak anak. Terima kasih Tuhan atas rezeki yang kau berikan pada aku.

Selepas berbuka puasa, aku memandang keluar dari pusat membeli belah tu. Dan seperti lazim malam malam yang semakin hampir dengan hari raya dan tambahan pula malam merdeka, aku dapat lihat kilauan bunga api menerangi awan malam. Bukan sedikit jumlahnya. Rasanya, pertunjukan bunga api percuma tu berlangsung sekitar 10 minit. Banyak wang yang dibakar. Kaya pulak Melayu dengan pesta bunga api.

Aku sengeh sendirian bila kenangkan sikap Melayu. Gula naik 20 sen sekilo, Melayu menjerit macam nak kiamat esok. Agaknya dengan pembakaran bunga api sebanyak tu, berapa ratus ringgitlah yang dibelanjakan. Melayu bersorak kegembiraan dengan bunga api tu. Tidak ada langsung rungutan walaupun membakar wang ratusan ringgit.

Kalau dikirakan nisbah kenaikan harga gula dengan pesta bunga api tu, rasanya akan melibatkan ratusan kilogram gula. Petrol naik 5 sen, Melayu menjerit lagi..Alangkah sempitnya fikiran kita dengan merungut pada benda yang tak sepatutnya sedangkan bergembira pada benda yang membazir. Ada pula puak yang 'menyiram minyak' pada kemarahan Melayu berhubung kenaikan harga gula sebanyak 20 sen dan petrol sebanyak 5 sen. Nak serah memorandum, nak suruh rakyat tukar kerajaan lah..macam macam benda yang tak waras.

Kenapa puak puak pemertintah di Selangor tidak menasihatkan supaya orang orang Selangor tidak membazir wang dengan pembakaran bunga api yang melibatkan ratusan ringgit? Kenapa kerajaan Selangor tidak terus memberi subsidi kepada rakyat Selangor sekiranya mengatakan tindakan kerajaan pusat menstruktur semula subsidi sebagai satu langkah yang silap? Harga barang di Selangor tetap sama macam di negeri lain. Kita mahu lihat pimpinan Selangor jangan hanya mencari salah orang lain tetapi tidak mengambil sebarang langkah untuk membantu rakyat Selangor. Kepimpinan melalui teladan. Jangan cakap saja berdegar degar tetapi macam tin kosong.

Rakyat Selangor pasti akan membawa perubahan di dalam pilihanraya ke 13 kelak. Tunggu dan lihat sajalah. Mata yang memandang kadangkala membawa kekhilafan, justeru dacing akan pasti menjadi penimbang yang sebaiknya.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Thursday, August 12, 2010

Mana kebajikan rakyat?

Kalau aku bertanya pada kawan-kawan yang tak ambil tahu pasal politik, dia orang akan cakap malas nak ambil tahu pasal politik. Dia orang kata dulu politik untuk menjaga keharmonian negara tetapi politik sekarang dah jadi lain..politik untuk isi perut..politik yang dah menghuru harakan minda rakyat.

Mana tidaknya, ahli politik bercakar sama sendiri. Masing-masing nak tunjuk bagus walhal tak ada apa pun yang di buat. Semua yang dibuat hanya untuk karier politik masing-masing. Karier politik bermakna periuk nasi dia orang.

Keadaan jauh berbeza dengan zaman Tun Mahathir. Macam-macam yang dibuat oleh Tun Mahathir untuk negara. Siapa yang lupa dengan kemegahan KLCC, KLIA, Sepang F1 Circuit dan macam-macam lagi. Semuanya untuk Malaysia. Sekarang apa yang kita boleh banggakan?

Bangsa Melayu makin berpecah..Nak disatukan pun ada Melayu yang kata tak payah. Pasal kalau bersatunya Melayu, maka akan ada pemimpin Melayu yang miss periuk nasi. Soalnya, mana yang lebih penting?Nasib bangsa Melayu atau nasib seorang pemimpin Melayu?

Kesian tengok Perdana Menteri. Bersusah payah nak bangunkan negara yang majoritinya Melayu tetapi Melayu jugak yang jadi penghalang. Harga barang makin naik..rakyat dah mula mengeluh. Biarpun kita faham ada sebab tertentu kenapa harga dinaikkan.

PAS kata nak buat negara kebajikan. Itu manifesto masa pilihanraya. Di Selangor, Pakatan memerintah. Takkan PAS nak buat negara kebajikan, Selangor sebagai rakan politik tak mahu memberi kebajikan pada rakyat Selangor. Ini menjadi kayu pengukur. Tapi bila fikirkan balik, dah nama pun orang politik, cakap memang murah. Harga ayam dah naik RM 7 sekilo. Kerajaan Selangor tak nak beri subsidi ke pada rakyat Selangor kalau kata tindakan kerajaan Barisan Nasional pasal subsidi ni salah? Air macam mana di Selangor?Air di Selangor dah macam belacan rasanya. Ada yang kata jumlah klorin tak cukup masa penyulingan air pasal syarikat bekalan air tak mampu nak tampung jumlah pemberian air percuma?Mana yang betul aku pun tak tahu. Kepala otak aku makin lama makin buntu.

Sudah-sudahlah dengan politik. Rakyat jangan terus dibiarkan tertekan. Orang politik mungkin tak tahu dengan kesusahan yang dihadapi rakyat sekarang. Orang politik gaji dan kantungnya besar tak macam rakyat marhaen yang terpaksa fikirkan semua benda. Raya pun dah hampir..orang politik rasa ke debar seperti mana yang kami rakyat rasakan? Anak-anak dah mula menadah tangan minta dibelikan baju raya. Kalau orang politik tak mahu fikirkan ini semua, elok berhenti je jadi pemimpin.

Kita harap Barisan Nasional akan lebih tegas dalam hal politik. Jangan biarkan puak sebelah sana buat sesuka hati. Kalau dah diberi kuasa tapi tak gunakan kuasa, itu salah guna kuasa juga namanya.

Sunday, July 18, 2010

Subsidi: Mana ada benda free dalam dunia

Harga petrol dan beberapa barang lain telah dinaikkan berikutan penstrukturan semula subsidi oleh kerajaan. Kali ni petrol naik tak banyak cuma 5 sen per liter. Tak macam zaman Pak Lah dulu yang naik amat mendadak sampai hampir menjadikan Malaysia seperti 'kiamat' kecil. Nampaknya Najib lebih rasional dalam memperjuangkan nasib rakyat.

Kau orang dekat luar sana, jangan nak melenting membuta tuli dengan kenaikan sebanyak 5 sen ni. Kalau kau orang tak keberatan nak mengundi untuk rancangan realiti TV sebanyak 50 sen per sms, apalah sangat dengan kenaikan harga petrol sebanyak 5 sen. Kalau kau orang pergi karaoke dan mampu bayar beratus ratus ringgit apalah sangat dengan kenaikan harga petrol sebanyak 5 sen. Kalau mampu beli rokok yang dah hampir 10 ringgit sekotak untuk mempercepatkan kau orang mati, apalah sangat petrol naik sebanyak 5 sen untuk isi tangki minyak kereta kau orang untuk bawa keluarga pergi bersiar- siar.

Dalam dunia tak ada benda yang free. Ada ke Santa Claus yang suka suka bawa guni kasi hadiah? Nak kawin pun kena bayar..Nak berak kat Puduraya pun kena bayar?Konsep dia..Kalau tak mau bayar, berak je kat rumah..Itu pun masih kena bayar bil air walaupun Selangor janji nak kasi air free tapi haram tak ada.

Aku setuju sangat rakyat Malaysia ni disedarkan dengan penstrukturan semula subsidi. Dah berpuluh tahun rakyat Malaysia terlalu menjadi rakyat yang hanya tunggu untuk disuap. Berdikarilah sikit sampai bila nak harapkan kerajaan. Kalau rasa tak mampu elok ubah cara hidup. Tak perlu nak befoya foya dan membazir kalau rasa kenaikan 5 sen membebankan. Tak perlu duduk dekat restoran mamak berjam jam setiap malam kalau riuh rendah bising dengan kenaikan harga gula.

Pembangkang bising dan tunjuk handal macam lah dia boleh tadbir sebaik kerajaan Barisan Nasional. Di Selangor masa buat manifesto pilihanraya 2008 macam macam janji, sudahnya rakyat tetap ke Pejabat Pos bayar bil, tetap terbeban dengan perbelanjaan yang tinggi. Cakap memang mudah dan murah.

Bahasa mudah...tak ada benda yang free dalam dunia..Ini cuma masalah masa, lama lama dah biasa taklah memekak macam sekarang..Dulu pun hantaran kawin cuma 5 ribu ringgit, sekarang dah jadi 10 ribu. Tapi kalau dah rasa kemaruk nak kawin 20 ribu ringgit hantaran pun langgar je..Kalau dah nama keperluan, perlu kita hadapi apa jua keadaan.

p/s: Pimpinan parti politik baik kerajaan dan pembangkang, jangan pandai bercakap. Sama samalah sesuaikan diri dengan keadaan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.