Sunday, July 18, 2010

Subsidi: Mana ada benda free dalam dunia

Harga petrol dan beberapa barang lain telah dinaikkan berikutan penstrukturan semula subsidi oleh kerajaan. Kali ni petrol naik tak banyak cuma 5 sen per liter. Tak macam zaman Pak Lah dulu yang naik amat mendadak sampai hampir menjadikan Malaysia seperti 'kiamat' kecil. Nampaknya Najib lebih rasional dalam memperjuangkan nasib rakyat.

Kau orang dekat luar sana, jangan nak melenting membuta tuli dengan kenaikan sebanyak 5 sen ni. Kalau kau orang tak keberatan nak mengundi untuk rancangan realiti TV sebanyak 50 sen per sms, apalah sangat dengan kenaikan harga petrol sebanyak 5 sen. Kalau kau orang pergi karaoke dan mampu bayar beratus ratus ringgit apalah sangat dengan kenaikan harga petrol sebanyak 5 sen. Kalau mampu beli rokok yang dah hampir 10 ringgit sekotak untuk mempercepatkan kau orang mati, apalah sangat petrol naik sebanyak 5 sen untuk isi tangki minyak kereta kau orang untuk bawa keluarga pergi bersiar- siar.

Dalam dunia tak ada benda yang free. Ada ke Santa Claus yang suka suka bawa guni kasi hadiah? Nak kawin pun kena bayar..Nak berak kat Puduraya pun kena bayar?Konsep dia..Kalau tak mau bayar, berak je kat rumah..Itu pun masih kena bayar bil air walaupun Selangor janji nak kasi air free tapi haram tak ada.

Aku setuju sangat rakyat Malaysia ni disedarkan dengan penstrukturan semula subsidi. Dah berpuluh tahun rakyat Malaysia terlalu menjadi rakyat yang hanya tunggu untuk disuap. Berdikarilah sikit sampai bila nak harapkan kerajaan. Kalau rasa tak mampu elok ubah cara hidup. Tak perlu nak befoya foya dan membazir kalau rasa kenaikan 5 sen membebankan. Tak perlu duduk dekat restoran mamak berjam jam setiap malam kalau riuh rendah bising dengan kenaikan harga gula.

Pembangkang bising dan tunjuk handal macam lah dia boleh tadbir sebaik kerajaan Barisan Nasional. Di Selangor masa buat manifesto pilihanraya 2008 macam macam janji, sudahnya rakyat tetap ke Pejabat Pos bayar bil, tetap terbeban dengan perbelanjaan yang tinggi. Cakap memang mudah dan murah.

Bahasa mudah...tak ada benda yang free dalam dunia..Ini cuma masalah masa, lama lama dah biasa taklah memekak macam sekarang..Dulu pun hantaran kawin cuma 5 ribu ringgit, sekarang dah jadi 10 ribu. Tapi kalau dah rasa kemaruk nak kawin 20 ribu ringgit hantaran pun langgar je..Kalau dah nama keperluan, perlu kita hadapi apa jua keadaan.

p/s: Pimpinan parti politik baik kerajaan dan pembangkang, jangan pandai bercakap. Sama samalah sesuaikan diri dengan keadaan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

2 comments:

  1. Kat negara maju, pakaian, makanan, rumah dan kereta (barang keperluan) sungguh murah supaya rakyat mampu memilikinya tetapi yang mahal adalah barang kehendak seperti rokok, beg tangan, kayu golf (barangan ini dicukai dengan tinggi untuk set off dengan barang keperluan). Di Malaysia??? Dah lah public transportation hampeh, tak de kerja lain, nak naik harga gula, tepung, minyak, ayam... Pastu compare plak dengan minyak kat singapore (yang di convert dalam RM). Udah ler...ingat rakyat tak paham ker bab convert duit ni... Kalau cam tu, convert sekali ler gaji maid & tukang sapu singapore yang pabila di convert, kalah gaji cikgu graduate kat malaysia.

    ReplyDelete
  2. Maaf tuanpunya blog sebab lari tajuk,
    Saya masih lagi dengan penutupan IKYS tumpang letak dalam topik terbaru tuan.

    Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang IKYS sila ke blog saya di http://tendangterajang.blogspot.com/2010/07/ikys-rugi-atau-nak-cari-untung-pintas.html
    Luahan hati bapa saudara kepada salah seorang pelajar IKYS

    aku yang bingai

    ReplyDelete