Heboh satu Malaya bilamana sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa wujudnya seorang KSU yang maha berkuasa di dalam sebuah kementerian. Pun begitu tidak pula disebutkan secara terperinci KSU yang dimaksudkan. Baguslah jika benar sekalipun seperti apa yang dilaporkan oleh akhbar tempatan tersebut tetapi mengambil pendekatan untuk tidak menyebut nama KSU yang dimaksudkan. Sebaik-baik tindakan adalah apabila tidak mendedahkan aib seseorang.
Tidak cukup dengan berita akhbar tersebut, para blogger telah memetik berita tersebut dan membawa kepada suatu perbincangan isu tersebut secara terbuka. Dan di sinilah bermulanya episod sama ada isu yang diperkatakan itu benar atau palsu. Aku sendiri mengambil pendekatan untuk berdiam diri kerana aku sendiri kurang pasti dengan apa yang dibincangkan berhubung isu KSU yang berkuasa ini. Pendirian aku mudah, jika aku tidak tahu lebih elok aku mendiamkan diri kerana fitnah adalah lebih tajam dari mata pedang.
Suka aku nasihatkan para blogger untuk lebih cenderung untuk memperjuangkan bangsa dari terus membicarakan aib orang yang belum tentu silapnya. Soal jika ada kekhilafan yang dilakukan oleh orang yang dimaksudkan kita serahkan pada Allah. Sebagai manusia, tidaklah elok untuk kita menjatuhkan hukum kepada mana mana pihak.
Di dalam masa yang semakin hampir untuk menghadapi PRU ke 13 elok kiranya kita mencaturkan hala tuju Barisan Nasional. Pastinya Pakatan sedang bertepuk tangan bila melihat rangkaian bloggers pro Barisan Nasional sedang meninggalkan landasan perjuangan dengan membicarakan sesuatu isu yang menguntungkan Pakatan.
Eloklah kita kembali kepada landasan perjuangan asal dan janganlah terlalu menuding jari dan meninjau ninjau kesalahan orang lain tanpa asas yang kukuh. Aku tidak mahu menerjunkan diri aku di dalam kancah yang tidak aku ketahui mana betul dan mana salahnya. Kepada Allah kita berserah.
No comments:
Post a Comment