Tuesday, July 13, 2010
Tak susah jadi Yang Berhormat
Mereka yang ke kawasan peranginan Bukit Belacan di hujung kawasan Ampang pasti akan melalui kawasan penempatan ini.Ia dikenali sebagai Desa Dato Mufti.
Sejarah bagaimana kawasan kampong ini dibuka untuk memberi lot rumah kepada penduduk sekitar adalah sesuatu yang diketahui oleh semua mereka yang menikmati faedah itu.
Ia adalah hasil usaha bekas Ketua UMNO Bahagian Ampang,Allahyarham Dato Mufti Shuib.
Namun kawasan yang teretak di kawasan Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya di Ampang itu kini diwakili oleh ADUN Khasim Abdul Aziz yang menewaskan Ketua UMNO Bahagian Ampamng Dato Ismail Kijo semasa pilihanraya umum ke 12 yang lalu.
Kawasan parlimennya pula diwakili oleh Zuraida Kamaruddin.
Pada ketika usaha pembangunan pakatan pembangkang sejak lebih dua tahun memerintah Selangor belum nampak sangat – salah satu yang menimbulkan persoalan kalangan penduduk tempatan ialah perbuatan ‘ mencilok’ usaha pembangunan yang dilaksanakan oleh pimpinan BN.
Makanya kalau dulu ia dikenali sebagai Desa Dato Mufti kini nama tempat berkenaan sudah bertukar kepada Kampong Bukit Seputeh.
Pertukaran namanya dibuat oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pada Jun 2009 tidak lama selepas pilihanraya umum bulan Mac tahun itu.
Ada kalangan penduduk di situ melihatnya tidak lebih sebagai usaha untuk memadam jasa pemimpin BN yang bersusah payah membuka kawasan berkenaan.
“Kerja mudah…datang rasmi tukar nama saja.Usaha yang orang lain buat boleh main padam begitu saja.Kalau hebat sangat buatlah pembangunan sendiri untuk cari nama,”kata seorang penduduk tempatan yang tidak mahu namanya disebut mengenai hal berkenaan.
Baginya pakatan rakyat memang ‘ masuk bawa beg saja’ ke Selangor kerana banyak pembangunan sudah dilaksanakan di negeri itu sejak merdeka.
“Kalau setakat macam tukar nama kampong dan masuk buat sikit sebanyak tak payahlah…tunggu kita tukar balik masa pilihanraya umum akan datang,”katanya.
-agendadaily.com
Labels:
Ampang,
BN,
Pakatan Rakyat,
PAS,
PKR lembik,
Selangor,
UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERANGAI PUAK FUCKATAN NI X TAU MALU BROO!. SETAKAT AMIK NAMA JEK. BAK PEPATAH ORG2 TUA VERSI MODEN "ORG LAIN PECAHKAN RUYUNG..ORG LAIN YG DPT SAGUNYE!"...HARKK PTUIHH!!
ReplyDeleteMARILAH BERSATU DENGAN TALI ALLAH
ReplyDelete1. Secara umumnya , melayu adalah bangsa yang menganut ajaran Islam . Islam pula adalah ajaran yang mengajar supaya seluruh ummatnya bersatu padu dan jangan berpecah belah . Antaranya apa yang difirmankan oleh Allah swt di dalam surah Aali Imran ayat 103 - 105 .
dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah [ Islam ] dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah swt kepada kamu ketika kamu bermusuh - musuhan lalu Allah menyatukan diantara hati kamu [ sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam ] , maka jadilah kamu dengan nikmat Allah swt itu bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di jurang api neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari neraka itu . Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat - ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjukNya .
dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan yang mengajak ke arah kebaikan , menegakkan yang makruf [ syariat ] dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan .
dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka keterangan - keterangan yang jelas nyata. mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar .
2. Mengambil iktibar dari ayat di atas , kita sewajarnya insaf bahawa Allah menyuruh kita berpegang teguh dan bersatu padu dengan Tali Allah [ Islam ] yang kukuh dan utuh . Tanpanya ummat akan binasa . Justeru itu saya tidak nampak sebab kenapa orang melayu yang rata - ratanya beragama Islam tidak boleh bersatu di atas nama Islam .
3. Orang melayu mesti kembali kepada agama Islam dengan segala syariat dan syiarnya . Tinggallah faham nasionalis [ perkauman ] dan berhijrahlah jasad , pemikiran dan aqidah [ keyakinan ] kepada Islam agama yang dianuti bersama . Islamlah yang menjadikan kita mulia dan hebat . Tanpa Islam maka apalah ertinya melayu . Aslim Taslam [ Islamlah nescaya kamu selamat ]
4. Perpaduan yang dibina diatas premis material , perkauman yang sempit dan pengaruh serta kuasa adalah perpaduan yang rapuh dan tidak mendapat restu Allah swt tuhan yang mencipta kita . Ambillah premis Islam sebagai asas perpaduan yang dicari agar kita kukuh , hebat dan berdaulat serta Allah swt meredhai kita . Harta dan kuasa tidak boleh menyatukan manusia sebaliknya hati manusia hanya boleh diikat dengan Islam . Lihat bagaimana penegasan Allah swt di dalam firmanNya [ surah al Anfaal. Ayat 64 ] :
dan dialah yang menyatupadukan diantara hati - hati mereka . Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi , nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan diantara hati mereka . akan tetapi Allah swt telah menyatukan padukan diantara hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha bijaksana .
5. Islam tidak pernah menghalang kita berbangga dengan bangsa dan bahasa kita malah Nabi saw juga sangat menyintai bangsa dan bahasanya , namun apa yang penting ialah bangsa dan bahasa itu ditegakkan di atas nilai Islam yang suci sebagai agama yang diturunkan oleh Allah dan Islam menjadi platform perjuangannya .
6. Negara kita Malaysia hanya mempunyai sebuah platform atau parti [ UMNO ] yang berjuang untuk menegakkan dan mendaulatkan AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU, NEGARA ISLAM . Objektif perjuangannya adalah untuk menegakkan keadilan , kesejahteraan dan kedamaian sebagaimana ia menjadi sebahagian dari nilai Islam yang diperjuangkan . Tanpa saya menafikan kebaikan orang lain , saya menyeru kepada seluruh ummat melayu dalam negara ini , marilah kita bersama dan bersatu dengan perjuangan Islam [ Tali Allah ] ini sebagai platform yang kukuh dan diredhai oleh Allah swt . Ingatlah Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah Ayat 258 :
ReplyDeleteTiada paksaan untuk menganut agama Islam , kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam dari kesesatan . Oleh itu , sesiapa yang mengkufurkan [tidak percayakan] thaghut dan ia beriman pula kepada Allah swt , maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh dengan simpulan tali Allah yang kukuh yang tidak akan putus . dan ingatlah , Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .
7. Perjuangan ummat melayu yang tidak berasaskan Islam hanya akan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan mungkar . Melanggar perintah Allah swt lalu terperangkap dalam penyelewengan , penyalahgunaan kuasa serta penindasan ke atas golongan yang lemah . Lantaran mereka tidak mempunyai pertimbangan dosa dan pahala , mereka senantiasa dijurang kemurkaan Allah swt. Tanpa segan silu dan rasa bersalah , mereka melakukan rasuah , berjudi , minum arak , mendedahkan aurat , bergaul bebas , berzina , menggelapkan wang , peras ugut dan 1001 kefasadan .
8. Persoalannya kenapa susah sangat kita orang melayu untuk kembali kepada Islam ? apakah kerena kita meletakkan ideologi yang dicipta oleh manusia itu lebih tinggi dari wahyu Allah swt ? lalu sayang untuk meninggalkan ideologi tersebut ? Jika semua pihak ikhlas dan jujur mahu mencari masa depan yang baik untuk ummat melayu , agar melayu menjadi hebat , mulia dan terpandang maka satu - satu jalan yang ada dihadapan kita hari ini ialah Islam .
9. Hari ini , ada orang pertikaikan kemana hilangnya kuasa politik orang melayu ? bagaimana nasib orang melayu yang kian terpinggir di kampung - kampung dan desa ? kenapa melayu mesti bercakaran sesama sendiri ? apakah selamanya mereka tidak boleh bersatu ? . Menjawab kepada semua persoalan itu , saya gesa kepada seluruh pemimpin - pemimpin melayu khasnya supaya kembali kepada ajaran dan amalan Islam , agama yang dianuti oleh mereka dan agama yang mempunyai Tuhan yang satu , Kitab yang satu , Nabi yang satu , Kiblat yang satu .
10. Apabila ummat melayu bersatu diatas premis yang kukuh ini iaitu Islam , maka perpaduan itu menjadikan mereka kuat dan utuh . Mereka akan miliki kuasa politik . Nasib mereka akan terbela dengan amalan kebajikan dan takaaful yang disyariatkan oleh Islam . Mereka akan menjadi mulia dengan kemulian akhlak Islam yang menghiasi diri mereka . Mereka akan bersatu dan berdamai dengan plan ukhuwwah serta toleransi yang disyariatkan oleh Islam . Ertinya Islam menjadikan melayu hebat dan mulia
Anonymous,
ReplyDelete"parti [ UMNO ] yang berjuang untuk menegakkan dan mendaulatkan AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU, NEGARA ISLAM"
Mendaulatkan Islam?? - Kenapa UMNO tak laksanakan hudud? Adakah undang-undang ciptaan manusia lebih baik daripada undang-undang Allah? Apakah rambut mengerbang isteri Perdana Menteri (presiden UMNO) adalah mengikut ajaran Islam? Apakah menghalalkan Judi yang tetap haram itu tuntutan Islam?
Mendaulatkan Bangsa Melayu??? - Apa lagi hak istimewa org Melayu yang ada? Mana hak pengajian percuma orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan? Apakah MARA yang sememangnya hak melayu, harus juga menaja bangsa bukan melayu di MRSM?
Patutlah dalam TV kecoh cari keburukan Selangor dua tiga hari ni...rupa-rupanya nak cover segala subsidi yang ditarik dan kenaikan harga minyak.... Sudahlah.... jangan ingat orang Melayu sekarang masih bodoh dan boleh ditipu dengan berita-berita palsu dan putar belit....mungkin UMNO yang semakin bodoh...yang merasakan melayu masih bodoh macam dulu.
Eh..kenapa plak nak berbaik-baik dgn PAS?? Apakah UMNO kini sudah tenat hinggakan terpaksa mencuba talian hayat dengan PAS???
SElamat Tinggal UMNO...(Dulu dan kini sungguh berbeza..)