Showing posts with label PKR lembik. Show all posts
Showing posts with label PKR lembik. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

Parti politik Malaysia hanya hebat di gelanggang sendiri


Adakah Malaysia perlu mempunyai rakyat seperti ini?

Kalau menyentuh hal-hal politik, parti-parti politik yang tuannya adalah orang-orang Melayu a.k.a Melayu Islam sanggup menyinsing lengan baju menjadi jantan gagah mempertahankan manifesto perjuangan parti politik mereka.

Seksualiti Merdeka 2011 jelas menunjukkan bahawa parti politik Melayu hanya berani berkata-kata tanpa berani mengambil tindakan menghalang daripada program itu terus berlangsung.

UMNO kata tidak setuju? Tapi di mana tindakan sebagai menunjukkan TIDAK SETUJU yang datang daripada parti pemerintah? Adakah cukup sekadar dengan mengeluarkan kata TIDAK SETUJU secara automatiknya program itu akan terbatal?

Ahli-ahli PAS a.k.a rakyat PAS setelah diasak mengeluarkan kata bahawa mereka akan mengadakan demo untuk membantah program itu. Sekali lagi adakah cukup hanya dengan bantahan program itu akan terbatal dengan sendirinya?

Kita boleh terima jika rakyat kita hanya berdemo di jalan untuk menunjukkan tanda protes kekejaman Israel terhadap Palestin kerana jaraknya adalah jauh dan kita tidak mahu mencampuri urusan negara lain. Tetapi program Seksualiti Merdeka 2011 ini berlangsung di dalam negara kita sendiri. Adakah kita sekadar berpeluk tubuh mengharapkan tentera dari langit turun untuk membatalkan program itu daripada berlangsung tanpa sebarang tindakan yang munasabah daripada rakyat kita yang majoritinya beragama Islam?

Ke mana perginya anak-anak sabung Parti Keadilan Nasional (PKR)? Tidak perlu komen panjang tentang tindakan PKR kerana ianya akan menjadi seperti ketam mengajar anak berjalan lurus..Siapa yang ketam?

Tuesday, October 11, 2011

Semua rakyat Malaysia ber 'bin' kan Altantuya



Dek kerana kemaruknya seorang yang bernama Dato' Seri Omega Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri jika boleh semua orang yang cuba menghalang kemahuan gila itu akan dilabel dan digelar Altantuya.

Hanya secara kebetulan, Perdana Menteri sekarang, Dato' Sri Najib menjadi Perdana Menteri maka bibir Dato' Seri Omega tidak lekang daripada 'berzikir' dengan sebutan Najib Altantuya. Jika Tun Mahathir masih lagi menjadi Perdana Menteri pada hari ini, tidak boleh kita nafikan jika nama Mahathir pula disebut dengan Mahathir Altantuya.

Nama Altantuya hanya digunakan untuk kepentingan politik. Jika Guan Eng menyertai MCA dan menghalang kemahuan gila Dato Seri Omega Ibrahim, Guan Eng pasti menjadi Guan Eng Altantuya. Semuanya hanya kerana mahu memberikan  label yang cukup buruk kepada sesiapa jua yang menghalang keinginan Datuk Seri Omega itu.

Najib sudah bersumpah yang dia tidak ada hubungan dengan Altantuya, Yang Berhormat Zulkifli Nordin juga sudah menceritakan kronologi berhubung isu Altantuya, trio Datuk T sudah menayangkan video lakonan Datuk Seri Omega Ibrahim dan rakyat Malaysia hanya menunggu satu sahaja detik iaitu detik Datuk Seri Omega Ibrahim menjunjung Quran menafikan dirinya adalah pelaku di dalam video seks itu.

Jika keinginan gila Datuk Seri Omega Ibrahim itu tidak tercapai, janganlah kita terkejut jika semua rakyat Malaysia akan dilabel sebagai ALTANTUYA dan GOMO Altantuya masih ternanti-nanti bila Datuk Seri Omega Ibrahim mahu menyamannya. Bilakah video kedua akan dikeluarkan oleh GOMO Altantuya?

Wednesday, September 28, 2011

DAPigs hadiah 'peluru' kepada HamPAS



DAPigs sudah diuji kekuatannya dan sayapnya jelas berjaya menerbangkan roket ke angkasa dengan didokong oleh pengundi-pengundi Cina. Lihat saja bagaimana DAPigs berjaya menawan Sibu semasa Pilihanraya Kecil tempoh hari dan lihat bagaimana DAPigs terus mendominasi kerusi yang ditandinginya di dalam Pilihanraya Negeri Sarawak. Pendek kata, nama DAPigs sudah terpahat kemas di dalam jiwa pengundi Cina yang terkesima dengan permainan politik DAPigs yang secara jelas seolah-olah menjadi hero kepada kaum Cina. MCA harus mengimbangi perkembangan kemampuan politik DAPigs.

Untuk tidak melupakan sumbangan sekutu di dalam Pakatan, DAPigs memberikan batu kepada HamPAS supaya batu itu boleh menjadi bom yang akan meletus dan menyedarkan pengundi-pengundi Melayu dan batu itu adalah pelaksanaan hukum hudud. Di dalam tidur dan di dalam jaga, Nik Ajis sedar bahawa dalam apa jua keadaan HamPAS tidak akan mampu melaksanakan hudud . Justeru, HamPAS hanya mengambil hudud atas dasar nama. Hudud boleh diguna pakai oleh HamPAS sebagai satu daya tarikan kepada pengundi Melayu untuk kembali menyokong HamPAS. Dengan melaungkan untuk melaksanakan hudud, HamPAS tampak seperti sebuah parti pejuang Islam dan HamPAS tahu pengundi Melayu di Malaysia yang beragama Islam amat sensitif dengan persoalan agama. Lantaran, hudud sebagai satu daya penarik kepada pengundi HamPAS  untuk melihat HamPAS sebagai satu platform yang membawa ke syurga.

PKR yang terus diasak dengan masalah moral mengambil pendekatan mudah untuk 'membasuh' pekung yang semakin terpalit ke muka mereka dan pendekatan mudah itu adalah dengan menyokong hudud. Minda pengundi disogokkan dengan persoalan bagaimana mungkin orang yang menyokong hudud melakukan hubungan seks luar tabie dan melanggan pelacur Cina seperti yang didakwa. Hudud, ibarat serampang dua mata yang dapat membantu HamPAS dan PKR menarik perhatian pengundi Melayu.

Agenda dan susunan perjalanan cerita hudud ini adalah suatu skrip yang terancang dan diolah dengan begitu baik menjelang Pilihanraya umum ke 13 nanti. Jika kaum Cina sudah memahat dan memaku minda untuk menyokong DAPigs , hudud pula mungkinkah akan dapat menarik perhatian kaum Melayu untuk cenderung kepada HamPAS dan PKR yang tumpang sekaki dalam menyokong hudud?

Akhir kepada pengolahan skrip itu adalah, jika sekalipun BN tidak dapat ditumbangkan, majoriti 2/3 BN sekali lagi akan terusik. Itu adalah matlamat terakhir yang dirancangkan di dalam pertelingkahan lidah antara DAPigs dan HamPAS berhubung hudud.

Barang perlu diingat bahawa pertelingkahan  HamPAS dan DAPigs ibarat carik carik bulu ayam, pasti bertaut semula. Jika hati Cina sudah didakap dan hati Melayu sudah dipopok, apapun yang berlaku tidak akan mengubah pendirian pengundi untuk mengundi Pakatan. Ular menyusur akan tidak akan hilang bisanya.

Ini adalah harapan Pakatan di dalam merencana perjalanan ke Putrajaya atau setidak-tidaknya mempertahankan negeri yang sedang diperintah.

Sunday, April 10, 2011

Betul punya marah orang itu



Apa kena mengena jam Omega dengan isu ini? Kenapa tak jawab saya tak pernah ada jam Omega..maksudnya kau adalah jam Omega ye?

Kenapa saya perlu jawab? Pasal kau adalah orang yang semua orang gambarkan di dalam video itu..takkan nak tanya pada Barrack Obama pulak..

Berani kamu tanya penglibatan tentang pembunuhan Altantuya? Dia dah pernah bersumpah kata tak kenal Altantuya pun..kau tu bila nak bersumpah?

Azizah dah jawab? Jawab tanpa menunjukkan jam itu masih ada dalam simpanan semua orang boleh..samalah macam anak yang dapat keputusan teruk di dalam peperiksaan tanpa menunjukkan slip keputusan kepada bapaknya..

Bayangkan sahaja kalau calon SPM yang menduduki ujian lisan Bahasa Malaysia memberikan jawapan seperti ini?

Maka jangan hairan kalau suatu nanti, bila seorang anak memberikan jawapan kepada soalan ayahnya..1 campur 1 jawabnya 11...maka si ayah akan memberikan soalan, dari mana kamu belajar maka si anak akan tenang beri jawaban...saya belajar dari orang itulah...

Kenapa kau tak jadi Perdana Menteri? Ada kau tanya Tuhan kenapa Tuhan tak mahu berikan kau jawatan itu?

Friday, March 11, 2011

Apasal lah mamat ni


Sumpah tak mahu..DNA pun tak mahu..habis sebenarnya dia nak apa? Nak jadi Perdana Menteri pun kena angkat sumpah..sumpah juga..kenapa kalau jadi Perdana Menteri kena angkat sumpah dia ok pulak? Terlupa pula dengan kata are you ok?

Soal anak siapa dicabar buat ujian DNA juga dia menolak..Habis apa sebenarnya yang dia mahu?
Biasanya untuk membersihkan nama, manusia akan lakukan apa sahaja. Tetapi mamat ni lain pula pegangannya..Kalau aku semua aku akan serahkan untuk buktikan yang aku tak bersalah.

Kalau pakai bomoh amacam? Tetapi bomoh pulak dikatakan tak betul nanti..Habis mamat ni nak apa sebenarnya? Nanti dikatakan pula bomoh tu guna kemenyan yang UMNO bekalkan..lagi pusing alam.

Kita sama-sama tengok apa kesudahan isu sumpah dan DNA ni..

Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Sumpah dan DNA tolong berikan

Monday, January 3, 2011

Sam Ketot Merapu lagi

Panglima Perang PKR, Sam Ketot yang gagah berani merapu lagi. Kali ini beliau mahu menjadikan tahun baru 2011 sebagai tahun Pemulihan Malaysia.

Apa yang tidak kena dengan Malaysia sehingga mahu menjadikan tahun ini sebagai Tahun Pemulihan?

Yang kita harapkan tahun baru ini, Malaysia harus dipulihkan kestabilan politiknya tanpa ada sebarang demonstrasi jalanan yang bodoh, tidak berkembang budaya gay di Malaysia, tidak ada doa pecah perut yang ditujukan kepada orang Islam yang lain, tidak ada Melayu yang mempertikaikan hak Sultan dan ketuanan Melayu dan perkara-perkara yang memburukkan Malaysia oleh pihak sebelah sana.

Aku pula sekadar mengharapkan, tahun 2011 ini, Sam Ketot akan berjaya dipulihkan, setidak-tidaknya untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Hehehe..

Tuesday, July 13, 2010

Tak susah jadi Yang Berhormat



Mereka yang ke kawasan peranginan Bukit Belacan di hujung kawasan Ampang pasti akan melalui kawasan penempatan ini.Ia dikenali sebagai Desa Dato Mufti.

Sejarah bagaimana kawasan kampong ini dibuka untuk memberi lot rumah kepada penduduk sekitar adalah sesuatu yang diketahui oleh semua mereka yang menikmati faedah itu.

Ia adalah hasil usaha bekas Ketua UMNO Bahagian Ampang,Allahyarham Dato Mufti Shuib.

Namun kawasan yang teretak di kawasan Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya di Ampang itu kini diwakili oleh ADUN Khasim Abdul Aziz yang menewaskan Ketua UMNO Bahagian Ampamng Dato Ismail Kijo semasa pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Kawasan parlimennya pula diwakili oleh Zuraida Kamaruddin.

Pada ketika usaha pembangunan pakatan pembangkang sejak lebih dua tahun memerintah Selangor belum nampak sangat – salah satu yang menimbulkan persoalan kalangan penduduk tempatan ialah perbuatan ‘ mencilok’ usaha pembangunan yang dilaksanakan oleh pimpinan BN.

Makanya kalau dulu ia dikenali sebagai Desa Dato Mufti kini nama tempat berkenaan sudah bertukar kepada Kampong Bukit Seputeh.

Pertukaran namanya dibuat oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pada Jun 2009 tidak lama selepas pilihanraya umum bulan Mac tahun itu.

Ada kalangan penduduk di situ melihatnya tidak lebih sebagai usaha untuk memadam jasa pemimpin BN yang bersusah payah membuka kawasan berkenaan.

“Kerja mudah…datang rasmi tukar nama saja.Usaha yang orang lain buat boleh main padam begitu saja.Kalau hebat sangat buatlah pembangunan sendiri untuk cari nama,”kata seorang penduduk tempatan yang tidak mahu namanya disebut mengenai hal berkenaan.

Baginya pakatan rakyat memang ‘ masuk bawa beg saja’ ke Selangor kerana banyak pembangunan sudah dilaksanakan di negeri itu sejak merdeka.

“Kalau setakat macam tukar nama kampong dan masuk buat sikit sebanyak tak payahlah…tunggu kita tukar balik masa pilihanraya umum akan datang,”katanya.

-agendadaily.com

Wednesday, April 14, 2010

Hulu Selangor: Pesta jual temberang

Lopong...lopong...ternganga boleh masuk lalat mulut orang kampung dengar ceramah Nuar Berahim di Hulu Selangor. Kalau ikut jadual sampai hari pengundian si pemegang password Mokhtar ni akan berada di Hulu Selangor. Berapa punya kuat dia keje...Belum dapat jawatan Perdana Menteri ye tak..kalau dah dapat bayang pun tak nampak..

Malam ni di Batang Kali si Nuar Berahim jual ubat...Penjual ubat mana yang nak kata ubat yang di jualnya tak bagus kan...Semuanya nampak macam malaikat..Macam dalam Malaysia ni dah tak de orang yang lebih layak jadi Perdana Menteri melainkan dia sorang...Agaknya kalau dia dah tak ada dalam mukabumi ni pun dia rela bangun dari tempat persemadian dan kata orang yang baru jadi Perdana Menteri tu tak bagus macam dia..Dia sorang je yang bagus dari dunia sampai akhirat..

Aku rasa kau orang semua dah tahu apa isu yang dia akan mainkan di Hulu Selangor..Dalam poket je cerita tu semua..Agaknya kalau pusing satu Malaya pun dia akan cerita benda yang sama..Nak tunjuk dia maksum lah tu...Kalau bawak Quran malam ni suruh dia bersumpah laknat dia ada berani ke? Takkan dia takut nak bersumpah kalau dalam ceramah malam ni dia ada baca ayat-ayat Quran siap dengan terjemahan..Dia cakap UMNO terlalu racist dan korup..Ha...kan aku dah cakap...isu isu lazim Nuar dalam ceramah dia ialah akan kata UMNO ni korup dan racist. Yang menarik tentang Nuar ialah sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan elaun bulanan sebanyak 1 ringgit dia mampu pakai kereta mewah..Ada ke dalam Malaysia ansuran bulanan kereta mewah sebanyak 50 sen sebulan...Dah macam ayah Pin pun ada...Itulah kelebihan syurga PAS. Ada juga dia sebut tentang AP..dia tanya pada orang ramai yang datang pada ceramah malam tadi siapa yang dapat AP...tak mau pulak dia sebut sebagai ahli Parlimen dia layak mendapat AP...masak kena kencing orang kampung dengan si Nuar Berahim..

Nuar Berahim jugak cakap tentang isu liwat...Dia kata mana ada 'bocor'..doktor dah periksa dan kata mana ada 'bocor'..Dokumen PUSRAWI lah tu...Dia kata dia di aib...Kalau betul aib kenapa sibuk nak tangguh perbicaraan. Kalau akulah..tengah berak pun aku berenti kalau diberi peluang bersihkan nama aku...

Lagi isu apa yang dia pusingkan dalam ceramah dia?Kau orang pun dah boleh fikir..Buat apa aku nak sebut kat sini..Buat memenat aku menaip je..Semua cerita sama..cuma pusing kanan pusing kiri..lagipun siri ceramah dia akan berlanjutan sampai 24hb ni sikit-sikitlah kita keluarkan...

Harap-harap esok Nuar Berahim akan tanya pada orang yang datang dengar ceramah dia...How are you? Can I f**k u today?...Jaga-jaga cik Salmah...

Monday, April 12, 2010

Hulu Selangor: Nujum PKR sekadar Nujum Pak Belalang

Pakatan Rakyat akan umumkan calonnya malam ni 13hb April sedangkan Barisan Nasional hanya akan umumkan calonnya pada 15hb April ni..apa yang ada pada tarikh-tarikh tu?Tidak ada apa sebenarnya cuma yang ada jelas menunjukkan pembohongan PKR. Hari tu PKR kata akan letak Zaid sebagai calon sekiranya Barisan Nasional letak Dato' G sebagai calon untuk bertanding di dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor. Barisan Nasional masih tak umumkan calonnya tapi Pakatan dan ambil pendekatan untuk umumkan calonnya yang dikatakan Zaid. Kalau ikut rakan blogger ohpolitik.blogspot.com MK Presiden Pakatan dah sebutkan nama Zaid sebagai calon. Macam nujum pulak Pakatan kerana awal-awal lagi dah pilih Zaid sebagai calon kerana Barisan Nasional hanya akan umumkan calonnya pada 15hb.

Sebenarnya, pemilihan Zaid adalah agenda Pakatan semata-mata. Tidak ada suara dari pengundi Hulu Selangor yang mahukan Zaid. Pencalonan Zaid hanyalah untuk memberi hayat politik kepada Zaid. Zaid bukan anak jati Hulu Selangor jadi apa yang relevannya letak Zaid di Hulu Selangor?Kalau ikut Nik Aziz dia dulu pernah kata nak beri ruang kepada anak-anak Kelantan untuk bertanding di Kelantan..Katanya senang berkhidmat kepada rakyat..jadi kenapa Pakatan cakap tak senada dengan Nik Aziz. Adakah tidak ada calon yang layak dari Pakatan untuk diletakkan sebagai calon di Hulu Selangor atau adakah pemilihan Zaid sebagai calon di Hulu Selangor dengan mengharapkan kemenangan yang mana akan melahirkan pengganti Nuar Berahim sekiranya kes liwat tidak menyebelahi Nuar Berahim?

Benar, Zaid keluar dari kepompong UMNO..begitu juga Nuar Berahim..tapi bila kecewa kerana gagal mendapatkan apa yang diinginkan sama-sama menyertai Pakatan...Adakah Pakatan hanya sebagai platform kepada mereka yang kecewa di dalam mengejar agenda politik? Secara ringkasnya.."ZAID DIUTAMAKAN, AGENDA POLITIK DIDAHULUKAN...RAKYAT HULU SELANGOR DIANAKTIRIKAN'.

Begitu jerihnya anak-anak Hulu Selangor yang inginkan pemimpin yang boleh membela nasib mereka. Adilkah pengundi Hulu Selangor kepada tanah Hulu Selangor sekiranya memilih Zaid anak Kelantan sebagai wakil rakyat mereka?Adakah Zaid akan sentiasa berada di Hulu Selangor tanpa pulang ke Kelantan?Bagaimana nasib anak-anak Hulu Selangor sekiranya Zaid bertanding untuk kerusi parlimen Kota Bahru pada pilihanraya umum ke 13 nanti justeru menampakkan apa yang akan dijanjikan oleh Pakatan pada kempen di Hulu Selangor nanti adalah satu retorik kerana Zaid tidak akan selamanya mahu menjadi wakil rakyat di Hulu Selangor yang bukan tanah kelahirannya.

Yang terbaik....calon Barisan Nasional seperti kata Tan Sri Muhyiddin adalah dari kalangan anak jati Hulu Selangor yang sentiasa akan ada bila diperlukan oleh anak-anak Hulu Selangor..Perlu diingat oleh anak-anak Hulu Selangor biarpun CALONNYA DARI MIC TAPI INDUKNYA ADALAH UMNO..PENDUKUNG MELAYU...

Thursday, February 4, 2010

Liwat dan Ali Baba Bujang Lapok

Nyang isong matek ajik semarang inseng (Jebat tak tahulah betul ke tidak tapi lebih kurang cam tulah bunyinya)...lepas sebut ayat tu pintu gua mesti terbukak..Itu dalam cerita P.Ramlee..alahai cerita Ali Baba Bujang Lapok tu..
Itu cerita dulu-dulu bai..cerita yang semua orang ingat sampai bila bila..Dalam tahun baru 2010 ni sebuah cerita baru pulak telah timbul..cerita dah lama siap cuma asyik tangguh pasal copyright owner kata tangguhlah dulu takut tak laku..Sudahnya dah dekat setahun, barulah filem ni di mainkan..

Jalan cerita dia hampir sama..dah kaya tapi masih tamak nak jadi Perdana Menteri ala macam Kassim Baba lah harta dah banyak masih nak mencuri lagi...cuma yang agak berbeza ialah cara sebutan untuk bukak pintu tu..Kalau dulu cakap Jawa..sekarang ni cakap dah kena guna Bahasa Malaysia moden sejajar dengan Gagasan Satu Malaysia...'Mokhtar' dan pintu pun terbukak..Sesuai dengan zaman alaf baru ni..kalau dulu Ali Baba kini Ali BABI (Brader Nuar bin Berahim)...
'MOKHTAR'..Jebat akan cuba sebut password ni tiap kali nak bukak pintu..tak kiralah pintu jamban ke pintu kereta ke..apa yang boleh bukak Jebat akan cuba guna password ni..Manalah tau kot-kot boleh jadi..Cuma Jebat takut satu benda je...sebut sebut kalau terbukak lubang jubo amacam? Ada Bran?


Tuesday, December 1, 2009

Tak Perlu Buat Rayuan?



Pepatah Melayu memang terbukti kebenarannya.."Tepuk air di dulang terpercik muka sendiri". Itulah antara pepatah melayu yang betul betul kena pada batang hidung Anwar Ibrahim.

Tak berapa lama selepas dia mencabar UMNO/BN untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah yang mengarahkan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong sekaligus menolak keputusan SPR kali ni Anwar Ibrahim pula yang berada di dalam keadaan yang serupa. Selepas mahkamah menolak permohonan Anwar Ibrahim untuk mengenepikan dan menggugurkan pertuduhan liwatnya terhadap Shaiful, peguam peguam Anwar tanpa segan silu akan menfailkan rayuan untuk terus mengenepikan pertuduhan liwat ini. Kalau untuk kes DUN Kota Siputeh Anwar begitu angkuh mencabar UMNO untuk tidak membuat rayuan kenapa bila terkena batang hidung sendiri dia sibuk untuk menfailkan rayuan?
Ternyata apa yang Anwar buat hanya untuk kepentingan sendiri dan cakap tidak serupa bikin.

Apa yang takut sangat untuk berdepan dengan proses keadilan di mahkamah jika tidak bersalah. Sekali lagi pepatah Melayu menjelaskan keadaan 'Berani kerana benar, takut kerana salah'. Tidak perlu berasa goyah sekiranya di pihak yang benar.

Mana Nik Aziz di dalam kes ni?Apakah doa Nik Aziz yang dianggap ulamak oleh orang orang PAS tidak makbul lagi untuk membantu Anwar?Seperti yang Jebat nukilkan di dalam artikel terdahulu tiada 'masinnya' doa Nik Aziz..Tidak ada apa yang perlu digusarkan.

Sama sama kita tunggu perbicaraan Anwar-Shaiful nanti..Kenyataan pasti tergambar di sana..Apa yang Shaiful dan Anwar bayangkan sekarang pastinya cukup berbeza..Yang pasti kenangan antara mereka berdua pasti mengerikan. Kenangan antara Sungai Buloh dan dubur yang tertusuk!!

Tuesday, November 17, 2009

Maka Bankraplah Selangor



Budak Permatang Pauh tu akan jadi penasihat ekonomi Selangor pulak..Macam kata Tun Mahathir apa yang budak tu tau pasal ekonomi..Budak tu kalau bab bab sastera dan bahasa bahasa bombastik ni dia taulah.

Si Khalid gagap tu apasal sampai nak ambik penasihat ekonomi? Dah tak percaya dengan kemampuan sendiri untuk mentadbir atau memang tak tau mentadbir? Atau dah tak yakin dengan bayangan Azmin Ali (budak yang baru didedahkan kaya raya tu) yang khabarnya akan duduk kat kerusi empuk Menteri Besar di SUK Selangor..Dah le Khalid gagap elok ko berenti je..Nampak sangat ko tak mampu nak tadbir Selangor.Negeri yang semua orang anggap sebagai lombong mas pun kau tak boleh nak jaga inikan pulak nak jadi menteri pusat kalau budak Permatang Pauh tu jadi Perdana Menteri. Alamat melingkup Malaysia ni.

Budak Permatang Pauh tu pun dah diuji kebodohan dia kata Tun Mahathir..Sibuk dengan IMF masa kemelut ekonomi dulu..Kalau tak kerana kebijaksanaan Tun Mahathir melingkup dah Malaysia. Rakyat Selangor dah bersiap sedia ke sebelum Selangor tergadai?

Penasihat dan Menteri Besau sama sama bodoh jawabnya MELINGKUP!!!

Saturday, July 25, 2009

Ayuh PAS kita sama sama tenggelamkan PKR



Aduhai tersentak lagi dengan harapan terbaru yang Nik Aziz suarakan tentang kerjasama antara PAS dan UMNO. Mungkin bunyinya agak janggal tetapi ianya tampak menjurus kepada kerajaan perpaduan sepertimana yang pernah disuarakan oleh Hadi Awang dan Nasharudin. Tidak kira sama ada ianya benar benar ikhlas dari hati kecil Nik Aziz atau hanya mainan politik tetapi harapan pasti ada.

Benar, memang PAS dan UMNO sering bertelagah di dalam mempertahankan ideologi masing masing di dalam politik tetapi untuk dan demi kesejahteraan umat Melayu idea dan suara yang Nik Aziz lontarkan ini wajarlah disambut dengan dada yang lapang oleh kita orang orang UMNO. Kita sama sama harapakan agar apa yang disuarakan oleh Nik Aziz ini datangnya dari suara hati kecil beliau dan tidak sekadar menanam dan membeli jiwa Melayu untuk kepentingan politik PAS. Tidak mengapalah kita terima idea dan suara hati ini tanpa prejudis.

Anwar Ibrahim pastinya gusar dan keluh kesah dengan apa yang Nik Aziz suarakan ini. Kata orang ibarat sudah jatuh di timpa tangga. Dengan kes mahkamahnya yang semakin kusut dan kini ditambah pula dengan saranan Nik Aziz untuk bekerjasama dengan UMNO. Anwar tampak seperti hilang dahan tempat bergantung. Semua orang tahu PKR tidaklah sekuat mana tanpa bantuan dari PAS. Dan sememangnya PKR tidak boleh hidup tanpa bantuan PAS. Yang peliknya, Anwar Ibrahim tanpa segan silu berkata yang dia mahukan jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mentadbir kerajaan Persekutuan. Inilah parasit yang ada di dalam jiwa Anwar Ibrahim. Sudahlah menumpang kekuatan yang ada PAS tetapi mudah lupa diri apabila tanpa segan silu menawarkan dirinya untuk menjadi Perdana Menteri. Kenapa tidak Nik Aziz mahupun Hadi Awang? Cerminlah diri sikit..hidung tak mancung pipi tersorong sorong budak Permatang Pauh ini.

Tapia pa nak dihairankan kalau dah biasa masuk pintu belakang pasti akan sesat jalan. Ayuh rakan rakan di dalam PAS dan UMNO kita sama sama robekkan istana palsu yang sedang dibina oleh Anwar Ibarhim. Kita mahukan Melayu tulen di dalam PAS dan UMNO untuk kesejahteraan umat Melayu. Mari kita berganding bahu dan lengan untuk sama sama ganyang PKR. Takbir !! Syabas Tuan Guru Nik Aziz.