Showing posts with label Tuan Guru Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Tuan Guru Nik Aziz. Show all posts

Sunday, May 23, 2010

Pancut tanda akil baligh?

'Akil baligh ini bukan saja semestinya dari segi umur seseorang tapi dalam politik pun ada akil baligh juga. Orang yang lompat parti dan masuk parti politik lain adalah mereka yang tidak akil baligh dalam politik' - Tuan Guru Nik Aziz.

Yang terjadi:

  • Kenapa PAS menyerahkan kerusi Parlimen Pasir Mas kepada YB Ibrahim Ali yang terkenal dengan sikap suka melompat parti?
  • Kenapa Pakatan menerima Zaid Ibrahim dan Chua Jui Meng yang melompat keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Pakatan?Tidak cukup dengan itu Zaid Ibrahim diletakkan sebagai calon di dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor yang baru lalu. Adakah Pakatan menerima wakil wakil rakyatnya di kalangan mereka yang tidak akil baligh di dalam politik?
  • Tidak ada istilah akil baligh pada masa perencanaan pelan 16 September bila mana Anwar Berahim dengan angkuh mendakwa ada ahli ahli Parlimen Barisan Nasional yang akan melompat parti dan menyertai Pakatan.
Soalan: Siapa yang tidak akil baligh di dalam politik??

Tuesday, May 4, 2010

Siapa nak mengaku taik di tengah jalan

Kickdefella yang dah kena kick dari kem puak hijau terus menghentam puak hijau. Semua cerita dia telanjangkan sampai berasap punggung pimpinan puak hijau. Tapi wali selipar masih mendiamkan diri. Kalau kena batang hidung, hadith ke mana Al Quran ke mana..senyap dan sunyi..Nilah kelebihan yang ada pada wali selipar yang kuat makan kek ni...ilmu mendiamkan diri. Lebih kurang sama hebatnya dengan budak Permatang Pauh yang lebam mata dan kemaruk nak jadi Perdana Menteri tu. Kalau wali selipar ni punyai kehebatan mendiamkan diri, budak Permatang Pauh ni pulak kehebatan tangguh-menangguh. Tangguh punya tangguh 10 Mei dah dekat..jangan buat-buat lupa pulak.

Puak hijau siap buat sidang akhbar nak kasi tau pasal dakwaan Kickdefella..Sidang akhbar semata-mata nak spin isu ke?Kalau ikut tradisi puak hijau...dakwa mendakwa dialah juara. Tapi bila kena hentam dengan Kickdefella, senyap terus jadi macam anak dara sunti yang nak kena pinang. Bagus puak hijau...cepat belajar dari budak Permatang Pauh yang kena londeh seluar masa dalam mahkamah hari tu..Apa nama password tu? Mokhtar? Puak hijau dah tahu kalau dia dakwa Kickdefella lagi macam-macam cerita akan keluar dan lagi busuk jadinya puak hijau. Ada tak ada kena sabar banyak-banyak puak hijau kalau tak boleh jadi Incredible Hulk dibuatnya.

Jadi strategi mudah yang puak hijau gunakan untuk tepis dakwaan Kickdefella ialah dengan katakan pada rakyat Malaysia 'TAIK SIAPA TENGAH JALAN NI'..Taik ahli syurga puak hijau wangi ke agak-agak kau orang? Kalau makan kek yang harganya mahal mungkinlah wangi kot..

Wednesday, December 30, 2009

PAS sibuk berpolitik, remaja sibuk berkhalwat



Hebat Kelantan sekarang ini. Bukan sahaja soal politik PAS yang tiada surut-surutnya, soal sosial remaja dan muda mudi di negeri yang diperintah parti yang kononnya berlandaskan Islam itu sama rancaknya juga.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin PAS lain selama ini bangga dengan Kelantan kerana jolokan negeri Serambi Mekah.

Mursyidul Am PAS itu juga selama ini semakin hebat kerana dapat menentukan siapa masuk syurga dan neraka.

Barangkali kerana sudah jadi Serambi Mekah dan boleh jamin siapa masuk syurga, soal sosial keterlaluan, haram dan dosa tidak perlulah Nik Aziz sebagai pemimpin negeri fikirkan lagi.

Maka tidak hairanlah, bila 30 pasangan, termasuk 15 pasangan muda di tangkap kerana berkahwat malah ada antara mereka sedang berbogel ketika diserbu penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan sepanjang bulan ini.

Seperti biasa kalau tanya soalan ini pada Tok Guru, beliau kata di negeri lainpun ramai kena tangkap khalwat, kenapa nak sibuk-sibuk pasal Kelantan?

Betul tu Tok Guru tetapi bukankah Kelantan negeri parti Islam PAS dan negeri Serambi Mekah?

Inilah kesannya kalau sepanjang masa beliau dan pemimpin lain sibuk berpolitik menyalahkan orang lain terutama kerajaan khususnya UMNO hingga tidak pedulikan soal-soal lain.

Ada ramai yang bertanya, sejauh mana PAS sebagai parti yang kononnya memperjuangkan Islam membimbing remaja-remaja mahupun beliau soal agama, memantap solat dan sebagainya.

Apakah kursus-kursus bercorak keagamaan yang kerajaan Nik Aziz sudah sediakan kepada belia-belia sejak sekian lama mentadbir Kelantan?

Sebagai ulama besar, harap beliau jujur menjawab perkara ini.

Kes tangkap khalwat ini pastinya memalukan Tok Guru dan pemimpin PAS Kelantan lain.

Barangkali kalau dicari angka jenayah lain membabitkan rakyat Kelantan, pasti angkanya juga tinggi tetapi kes-kes yang berkaitan perlakuan sumbang ini cukup menconteng arang ke muka Menteri Besar Kelantan itu.

Kesemua mereka yang berusia antara 15 hingga 44 tahun itu mengaku bersalah terhadap tuduhan berkhalwat dalam prosiding di hadapan Hakim Syarie, Nik Najib Che Hasan, manakala pendakwaan oleh Pendakwa Syarie, Farazeila Mat Soud,Isnin.

Mereka termasuk pelajar, buruh, penuntut kolej, kakitangan kerajaan dan swasta, peniaga serta duda dan ibu tunggal di pelbagai lokasi mulai tengah malam hingga awal pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 9(1)(2) Kanun Acara Jenayah Syariah Kelantan No 2/1985 kerana berkhalwat yang boleh didenda maksimum sehingga RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-dua sekali.

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan, ada antara pasangan itu ditahan ketika berbogel bersama pasangan mereka dalam bilik hotel yang diserbu.

Berikutan pengakuan bersalah mereka, beberapa remaja yang didenda antara RM300 hingga RM350 seorang terpaksa mendapatkan bantuan dan jaminan ibu bapa masing-masing untuk membayar denda bagi mengelak daripada merengkok dalam penjara.

Pengajaran daripada kes-kes seumpama ini memerlukan Tok Guru bermuhasabah diri dan sedar bahawa sebagai seseorang yang diberikan amanah memimpin negeri, beliau bertanggujawab terhadap segala kebaikan mahupun kerosakkan.

Nik Aziz juga perlu buka mata dan sedar, politik PAS ketika ini bukan sehebat atau segagah ketika pimpinan allahyarham Datuk Fadzil Nor.

PAS kini hanya hebat kerana bersekongkol dengan DAP yang menolak negara Islam manakala PKR pula parti yang dipimpin oleh mereka yang dipersoalkan moralnya.

-agendadaily-

Monday, December 7, 2009

Bala yang tertimpa



Alfatihah buat mangsa yang terbunuh di dalam kejadian di KB Mall Kelantan. Agak pelik bagaimana kereta itu boleh merempuh masuk ke dalam KB Mall. Tetapi Jebat yakin dengan ketentuan Allah s.w.t. Kalau itu yang ditakdirkan begitulah jadinya. Jebat ucapkan takziah kepada keluarga mangsa semoga tabah dengan ujian Allah.

Benar pepatah Melayu 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. Tidak sesekali Jebat mahu mempolitikkan kejadian ini kerana ianya melibatkan nyawa dan kesedihan orang lain cuma alangkah eloknya Nik Aziz mendoakan kesejahteraan rakyat Kelantan daripada terus mendoakan kecelakaan kepada Perdana Menteri.

Jebat tidak mahu berbicara panjang isu ini kerana tidak mahu menyentuh kesedihan hati keluarga mangsa dan tidak mahu mempolitikkan isu ini cuma Jebat minta kita semua renungkan adakah tindakan Nik Aziz mendoakan bala itu tertumpah kepada dirinya sendiri? Allah maha adil dan bijaksana..Alfatihah..

Monday, November 30, 2009

Adakah ulamak mendoakan musibah??



Dari dulu sudah Jebat katakan bahawa Nik Aziz bukanlah ulamak sebenar..dan Jebat tidak pernah menganggap Nik Aziz sebagai ulamak..Banyak peristiwa dan tingkahlaku Nik Aziz yang menggambarkan bahawa dia bukanlah ulamak..Jebat selalu pusing satu Malaya berjumpa dengan orang orang yang diakui alimnya..cuma untuk penulisan di sini tidak perlulah didedahkan nama nama orang yang diakui alimnya kerana Jebat rasa orang orang yang diakui alimnya itu tidak mahukan publisiti kerana sepanjang Jebat berjumpa dengan orang orang tersebut tidak sekali pun kedengaran di telinga Jebat yang mereka mengakui kealimannya sebaliknya banyak merendah diri dan memuji muji kealiman orang lain.

Berbeza benar tingkahlakunya dengan Nik Aziz yang semacam sudah terlalu riak dan angkuh dengan ilmu agama yang di pelajarinya..Dan sekarang Nik Aziz mendoakan kebinasaan Perdana Menteri Malaysia..Kita tolak tepi soal politik cuma kita sama sama renungkan yang Nik Aziz doakan kebinasaannya adalah seorang pemimpin negara dan lebih dari itu yang Nik Aziz doakan kebinasaannya adalah seorang ISLAM.

Jika benar Nik Aziz itu ulamak sudah barang pasti dia tidak akan berdoa sedemikian rupa sebaliknya haruslah mendoakan kesejahteraan pemimpin. Dan apakah Nik Aziz lupa yang dia bukanlah Tuhan yang boleh menjatuhkan hukum dan membinasakan orang lain?

Jika benar Nik Aziz ulamak sudah berapa kali dia mendoakan kehancuran UMNO dan BN tetapi sehingga artikel ini ditulis UMNO dan BN masih lagi menjadi parti pemerintah. Doa orang yang tidak dimakbulkan Tuhan sudah barang pasti ada yang tidak kena dengan orang berdoa itu. Semua orang tahu keadaan ini. Tidak adakah karamah pada Nik Aziz yang dianggap ulamak oleh orang orang PAS kerana sudah beberapa kali berdoa tetapi doanya tidak dimakbulkan Allah.

Jika benar Nik Aziz ulamak dan alim adalah lebih baik dia mendoakan Kelantan agar jauh dari bencana banjir yang boleh mengancam kesejahteraan rakyat Kelantan..Atau adakah doa Nik Aziz hanya tertumpu kepada doa mencari kedudukan di dalam politik?

Marilah kita mendoakan kesejahteraan Malaysia dan para pemimpinnya diberi hidayah oleh Allah untuk terus memimpin dengan sebaik mungkin..Percayalah Allah jua yang maha mengetahui dan Nik Aziz tidak punya upaya untuk membinasakan makhluk Allah..Ajal maut adalah ketentuan Allah dan tidak perlu kita gusar dengan doa Nik Aziz tersebut..

Monday, October 5, 2009

Bagan Pinang:Buta mata atau buta hati??



APABILA MATA HATI DIKAWAL SYAITAN!!

Apa nak jadi dengan puak puak komplot pakatan jahat ni? Kalau di Bagan Pinang ni mendongak ke langit kita pasti akan dapat melihat kapal terbang dah macam teksi sibuknya. Semuanya pasal Bagan Pinang terletak tak jauh dari KLIA.

Bangga aku lihat dengan kemajuan Malaysia dan membuatkan Malaysia duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara negara maju lain. Semuanya hasil usaha dan penat lelah pemimpin pemimpin terdahulu dan sekarang di dalam membangunkan Malaysia.

Cuma aku agak hairan kerana puak puak komplot pakatan jahat ni pulak yang nak hancurkan apa yang telah lama kita dirikan. Bukan hendak terus membantu membangunkan negara tetapi apa yang ada pulak hendak dirobohkan. Keamanan, pembangunan, perpaduan dan semua bentuk kebaikan yang Barisan Nasional usahakan selama ni hendah dihancurkan?

Soalnya?? Butakah mata puak puak pakatan gila ni hingga tak boleh melihat apa yang telah negara kecapi di bawah kerajaan Barisal Nasional?

Sebabnya?? Kalau hati di penuhi dengan kebencian, irihati dan sering mendengar bisikan syaitan inilah jadinya. Pemimpin komplot pakatan gila sebenarnya hanya iri hati dengan pemimpin pemimpin BN yang ada..Kalau boleh pemimpin komplot pakatan gila ni nak menduduki kerusi empuk yang dimiliki oleh BN.

Semuanya kerana disebabkan perasaan tamak, tidak tahu bersyukur dan sifat cemburu yang menyebabkan komplot pakatan gila ni jadi sedemikian rupa.

Yang pelik..tukang salak puak komplot pakatan gila ni seolah olah telah dibutakan mata mereka daripada melihat segala bentuk pembangunan dan kemajuan yang telah BN dirikan.

Bila hati dipenuhi bisikan syaitan, pasti mata juga menjadi'buta'..melihat gunalah mata hati dan bukan emosi yang sering terdorong dengan permainan syaitan!!

Bagaimana Nik Aziz?? Hati dipenuhi syaitan???

Monday, August 31, 2009

UMNO bukan Islam?

Dalam ruangan komen di dalam blog kitaanakmelayu.blogspot.com ada seorang tukang komen yang bernama addin di dalam artikel bertajuk Malaysiakini dok promote komunis lagi kata UMNO merosakkan Islam. Nama addin (agama maksudnya tu) tapi bangang dan bahalol macam setan.

Agaknya dah berapa tahun addin ni duduk Malaysia. Ada ke dia lahir dalam keadaan buta dan pekak? Dia tak nampak ke dekat Malaysia ni ada berapa juta masjid, berapa juta jemaah haji yang pergi ke Mekah tiap tiap tahun, berapa ramai yang kena tangkap bila berjubo (termasuk budak gila Permatang Pauh tu) dan macam macam yang kerajaan buat semata mata untuk menegakkan Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Memang dia tak nampak pasal dalam hati tu kalau dah penuh setan memang akan buruk budi pekerti. Kau pegi tokong je lah addin weh..

Kalau dah bapak setan anak pun setan jugak!!!

Tuesday, July 28, 2009

Ikhlas atau munafik?




Apa yang akan terjadi seterusnya apabila Nik Aziz berkata yang kerajaan negeri Kelantan sedia menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan dan PAS ingin melupakan sengketa politik dengan UMNO. Sebagai orang Melayu dan seorang Islam seharusnya kita menerima idea dan saranan ini sebaik mungkin dan mengambil pendekatan tidak berburuk sangka sesame Islam tetapi apabila mengambil kira percaturan dan tipu helah yang mungkin terselit di sebalik idea ini mungkin ramai yang menggaru kepada yang tidak gatal dan mungkin juga ramai yang berkerut dahi memikirkan yang tersirat di sebalik idea ini. Yang tersuratnya mudah iaitu penyatuan Melayu tetapi yang tersirat terus menyemakkan kepala untuk difikirkan.

Beberapa andaian yang dibuat oleh beberapa tokoh UMNO mengenai idea ini termasuk oleh mantan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ada logik dan asas yang kukuh apabila Tun mengandaikan yang ini hanyalah suatu sandiwara yang cukup terancang tetapi amat mudah di baca oleh bijak pandai politik seperti Tun. Tetapi jika kita terus menerima andaian Tun ini bulat bulat maka mungkinkah PAS akan mengatakan yang UMNO amat berburuk sangka pada mereka? Tetapi jika kita menerima idea yang diutarakan oleh Nik Aziz ini mungkinkah akan menghumban UMNO ke kubang kehancuran?

Jadi apa kesudahan dengan dolak dalik yang masih tidak terungkai ini. Di dalam agenda ini iaitu penyatuan umat Islam dan Melayu Malaysia sebaiknya kita serahkan pada Allah yang Maha Mengetahui. Kita pasti akan dapat jawapan kepada permasalahan ini dan merungkai antara yang ikhlas dan munafik.

Saturday, July 25, 2009

Ayuh PAS kita sama sama tenggelamkan PKR



Aduhai tersentak lagi dengan harapan terbaru yang Nik Aziz suarakan tentang kerjasama antara PAS dan UMNO. Mungkin bunyinya agak janggal tetapi ianya tampak menjurus kepada kerajaan perpaduan sepertimana yang pernah disuarakan oleh Hadi Awang dan Nasharudin. Tidak kira sama ada ianya benar benar ikhlas dari hati kecil Nik Aziz atau hanya mainan politik tetapi harapan pasti ada.

Benar, memang PAS dan UMNO sering bertelagah di dalam mempertahankan ideologi masing masing di dalam politik tetapi untuk dan demi kesejahteraan umat Melayu idea dan suara yang Nik Aziz lontarkan ini wajarlah disambut dengan dada yang lapang oleh kita orang orang UMNO. Kita sama sama harapakan agar apa yang disuarakan oleh Nik Aziz ini datangnya dari suara hati kecil beliau dan tidak sekadar menanam dan membeli jiwa Melayu untuk kepentingan politik PAS. Tidak mengapalah kita terima idea dan suara hati ini tanpa prejudis.

Anwar Ibrahim pastinya gusar dan keluh kesah dengan apa yang Nik Aziz suarakan ini. Kata orang ibarat sudah jatuh di timpa tangga. Dengan kes mahkamahnya yang semakin kusut dan kini ditambah pula dengan saranan Nik Aziz untuk bekerjasama dengan UMNO. Anwar tampak seperti hilang dahan tempat bergantung. Semua orang tahu PKR tidaklah sekuat mana tanpa bantuan dari PAS. Dan sememangnya PKR tidak boleh hidup tanpa bantuan PAS. Yang peliknya, Anwar Ibrahim tanpa segan silu berkata yang dia mahukan jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mentadbir kerajaan Persekutuan. Inilah parasit yang ada di dalam jiwa Anwar Ibrahim. Sudahlah menumpang kekuatan yang ada PAS tetapi mudah lupa diri apabila tanpa segan silu menawarkan dirinya untuk menjadi Perdana Menteri. Kenapa tidak Nik Aziz mahupun Hadi Awang? Cerminlah diri sikit..hidung tak mancung pipi tersorong sorong budak Permatang Pauh ini.

Tapia pa nak dihairankan kalau dah biasa masuk pintu belakang pasti akan sesat jalan. Ayuh rakan rakan di dalam PAS dan UMNO kita sama sama robekkan istana palsu yang sedang dibina oleh Anwar Ibarhim. Kita mahukan Melayu tulen di dalam PAS dan UMNO untuk kesejahteraan umat Melayu. Mari kita berganding bahu dan lengan untuk sama sama ganyang PKR. Takbir !! Syabas Tuan Guru Nik Aziz.