Wednesday, November 18, 2009

Pakatan Rakyat:Cabar BN biarkan kota DUN Kota Siputeh Kosong??



Jebat petik ambil tajuk tersebut dari harakahdaily yang mana Pakatan mencabar UMNO membiarkan DUN Kota Siputeh kosong. Kenyataan dibuat oleh budak Permatang Pauh sambil ditemani oleh Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

Wah..suka suka cakap je budak Permatang Pauh cabar UMNO untuk tidak membuat rayuan di mahkamah..

Apa cerita kes mahkamah budak Permatang Pauh tu dengan Shaiful? Dah lama sangat tertangguh..Nak mintak macam macam bukti dan masa kes liwat dia yang dulu dengan Sukma dan beberapa nama lagi pandai pulak dia merayu.

Inilah kata orang..apabila kena batang hidung sendiri benda yang salah pun nampak betul tapi apabila kena batang hidung orang lain yang betul pun nampak salah. UMNO cuma sekadar menggunakan saluran perundangan yang betul dan rayuan di mahkamah adalah satu proses yang sememangnya telah digariskan di dalam sistem perundangan Malaysia. Budak Permatang Pauh ni jangan pulak nak menidakkan perkara ni. Apa kata kita cabar budak Permatang Pauh tu untuk ikut je apa keputusan mahkamah berhubung kes liwat dia dengan Shaiful dan jangan guna apa apa cara untuk menidakkan perintah mahkamah dan jangan nak melambatkan proses perbicaraan tersebut..

Cakap memang murah dan mudah..Buka pekung di dada sendiri nampaknya budak Permatang Pauh ni..

Tuesday, November 17, 2009

Maka Bankraplah Selangor



Budak Permatang Pauh tu akan jadi penasihat ekonomi Selangor pulak..Macam kata Tun Mahathir apa yang budak tu tau pasal ekonomi..Budak tu kalau bab bab sastera dan bahasa bahasa bombastik ni dia taulah.

Si Khalid gagap tu apasal sampai nak ambik penasihat ekonomi? Dah tak percaya dengan kemampuan sendiri untuk mentadbir atau memang tak tau mentadbir? Atau dah tak yakin dengan bayangan Azmin Ali (budak yang baru didedahkan kaya raya tu) yang khabarnya akan duduk kat kerusi empuk Menteri Besar di SUK Selangor..Dah le Khalid gagap elok ko berenti je..Nampak sangat ko tak mampu nak tadbir Selangor.Negeri yang semua orang anggap sebagai lombong mas pun kau tak boleh nak jaga inikan pulak nak jadi menteri pusat kalau budak Permatang Pauh tu jadi Perdana Menteri. Alamat melingkup Malaysia ni.

Budak Permatang Pauh tu pun dah diuji kebodohan dia kata Tun Mahathir..Sibuk dengan IMF masa kemelut ekonomi dulu..Kalau tak kerana kebijaksanaan Tun Mahathir melingkup dah Malaysia. Rakyat Selangor dah bersiap sedia ke sebelum Selangor tergadai?

Penasihat dan Menteri Besau sama sama bodoh jawabnya MELINGKUP!!!

Monday, November 16, 2009

Bukti Azmin kaya raya




1. Rundingan malam tadi sukses! Informer telah menyerahkan dua salinan dokumen pemilikan saham Azmin dan Shamsidar serta keluarga yang bernilai hampir setengah juta RM. Semuanya jelas atas nama Azmin dan isterinya.

2. Salinan dokumen adalah pada tahun 1992. Ketika ini AnWAR adalah Menteri Kewangan dan sedang mendaki tangga TPM. Semasa menjadi Menteri Kewangan AnWAR juga adalah Pengerusi J/K Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan yang sekretariatnya ialah Badan Pencegah Rasuah (BPR). Apakah moral AnWAR sebagai ketua sedangkan pegawainya Azmin, Setiausaha Sulitnya MAMPU membeli saham bernilai hampir setengah juta RM.

3. Azmin ketika itu masih baru dalam perkhidmatan kerajaan dan gaji pegawai muda sepertinya ketika itu tidak melebihi RM2200. Sebagai penjawat awam, Azmin juga wajib mengisytiharkan harta yang dimiliknya. Adakah beliau berbuat demikian? Jika beliau berbuat demikian, adakah pemilikan saham bernilai jutaan RM ini diisytiharkan? (Difahamkan akan ada lagi pemilikan saham yg lain bernilai lebih dari ini).

4. Menurut sumber BPR, salahlaku Azmin berkaitan rasuah dan salahguna kuasa pernah diadukan kepada mereka. Namun aduan ini tidak kemana. Apakah AnWAR campurtangan menghalang siasatan ke atas Azmin? Apakah kes ini yang dimaksudkan? Kita tidak tahu, AnWAR dan Azmin perlu tampil menjelaskan keadaan!

5. Menurut informer, ada lagi pemilikan saham-saham atas nama Shamsidar jyang bernilai jutaan RM. TAktik apakah ini? Apakah ia sebagai proksi atau imbuhan? Dan menurut sumber itu lagi, beliau sudi untuk memberikan salinan dokumen yang dimaksudkan kepada blogmaster selepas ini. Pasti 'lakonan' AnWAR dan Azmin menafikan semakin menarik. Sama-sama kita nantikan salinan dokumen seterusnya.....


sumber dari x-pkr