Wednesday, December 30, 2009

PAS sibuk berpolitik, remaja sibuk berkhalwat



Hebat Kelantan sekarang ini. Bukan sahaja soal politik PAS yang tiada surut-surutnya, soal sosial remaja dan muda mudi di negeri yang diperintah parti yang kononnya berlandaskan Islam itu sama rancaknya juga.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin PAS lain selama ini bangga dengan Kelantan kerana jolokan negeri Serambi Mekah.

Mursyidul Am PAS itu juga selama ini semakin hebat kerana dapat menentukan siapa masuk syurga dan neraka.

Barangkali kerana sudah jadi Serambi Mekah dan boleh jamin siapa masuk syurga, soal sosial keterlaluan, haram dan dosa tidak perlulah Nik Aziz sebagai pemimpin negeri fikirkan lagi.

Maka tidak hairanlah, bila 30 pasangan, termasuk 15 pasangan muda di tangkap kerana berkahwat malah ada antara mereka sedang berbogel ketika diserbu penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan sepanjang bulan ini.

Seperti biasa kalau tanya soalan ini pada Tok Guru, beliau kata di negeri lainpun ramai kena tangkap khalwat, kenapa nak sibuk-sibuk pasal Kelantan?

Betul tu Tok Guru tetapi bukankah Kelantan negeri parti Islam PAS dan negeri Serambi Mekah?

Inilah kesannya kalau sepanjang masa beliau dan pemimpin lain sibuk berpolitik menyalahkan orang lain terutama kerajaan khususnya UMNO hingga tidak pedulikan soal-soal lain.

Ada ramai yang bertanya, sejauh mana PAS sebagai parti yang kononnya memperjuangkan Islam membimbing remaja-remaja mahupun beliau soal agama, memantap solat dan sebagainya.

Apakah kursus-kursus bercorak keagamaan yang kerajaan Nik Aziz sudah sediakan kepada belia-belia sejak sekian lama mentadbir Kelantan?

Sebagai ulama besar, harap beliau jujur menjawab perkara ini.

Kes tangkap khalwat ini pastinya memalukan Tok Guru dan pemimpin PAS Kelantan lain.

Barangkali kalau dicari angka jenayah lain membabitkan rakyat Kelantan, pasti angkanya juga tinggi tetapi kes-kes yang berkaitan perlakuan sumbang ini cukup menconteng arang ke muka Menteri Besar Kelantan itu.

Kesemua mereka yang berusia antara 15 hingga 44 tahun itu mengaku bersalah terhadap tuduhan berkhalwat dalam prosiding di hadapan Hakim Syarie, Nik Najib Che Hasan, manakala pendakwaan oleh Pendakwa Syarie, Farazeila Mat Soud,Isnin.

Mereka termasuk pelajar, buruh, penuntut kolej, kakitangan kerajaan dan swasta, peniaga serta duda dan ibu tunggal di pelbagai lokasi mulai tengah malam hingga awal pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 9(1)(2) Kanun Acara Jenayah Syariah Kelantan No 2/1985 kerana berkhalwat yang boleh didenda maksimum sehingga RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-dua sekali.

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan, ada antara pasangan itu ditahan ketika berbogel bersama pasangan mereka dalam bilik hotel yang diserbu.

Berikutan pengakuan bersalah mereka, beberapa remaja yang didenda antara RM300 hingga RM350 seorang terpaksa mendapatkan bantuan dan jaminan ibu bapa masing-masing untuk membayar denda bagi mengelak daripada merengkok dalam penjara.

Pengajaran daripada kes-kes seumpama ini memerlukan Tok Guru bermuhasabah diri dan sedar bahawa sebagai seseorang yang diberikan amanah memimpin negeri, beliau bertanggujawab terhadap segala kebaikan mahupun kerosakkan.

Nik Aziz juga perlu buka mata dan sedar, politik PAS ketika ini bukan sehebat atau segagah ketika pimpinan allahyarham Datuk Fadzil Nor.

PAS kini hanya hebat kerana bersekongkol dengan DAP yang menolak negara Islam manakala PKR pula parti yang dipimpin oleh mereka yang dipersoalkan moralnya.

-agendadaily-

Monday, December 28, 2009

Susahnya menjadi timun



Kes duta Malaysia yang dipanggil balik tu mendapat reaksi yang berbeza dari kacamata masyarakat. Pada Jebat tak payahlah nak dipolitikkan isu tersebut pasal ianya melibatkan hubungan dua negara dan yang lebih membimbangkan jika dilihat dari sudut keselamatan.

Tidak timbul isu kita tunduk pada mana mana pihak. Jebat percaya apa yang kerajaan buat adalah yang terbaik untuk negara. Ibarat timun kita tidak mampu berbuat apa apa. Biarlah pada kacamata orang kita nampak seperti pengecut dan seakan tunduk pada kuasa besar. Tetapi itulah yang termampu kita buat dan benarlah seperti kata Perdana Menteri 'rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan'. Yang paling penting kita utamakan di dalam hal ini ialah kesejahteraan rakyat. Mengalah bukan kalah.

Jebat tidak mahu menyalahkan mana mana pihak kerana pada Jebat keselamatan negara dan rakyat yang paling penting. Jangan kerana keegoaan kita dan bertindak seperti bodoh sombong akan mengundang celaka dan sekali sekala puak sebelah sana fikirlah tentang keharmonian negara dan bersetuju dengan apa yang betul yang dilakukan oleh kerajaan. Di dalam hal ini perlulah kita bersatu sebagai rakyat Malaysia dan bersepakat semoga politik tidak sampai menggadai negara.

Saturday, December 26, 2009

Bagaimana Najib terlepas pandang??



Macam tulah tajuk yang Harakahdaily gunakan di dalam kes kehilangan enjin kapalterbang semasa Najib menjadi menteri pertahanan.

Jebat pula nak gunakan tajuk 'Bagaimana seluruh rakyat Kelantan dan seluruh pengikut PAS terlepas pandang' semasa Nik Aziz melantik menantu kesayangannya menjadi CEO?

Seorang menteri mungkin terlepas pandang di dalam menjaga segala inventori yang berjumlah beribu ribu unit malah mungkin berpuluh ribu unit di kementeriannya tetapi bagaimana mungkin seluruh rakyat negeri Kelantan dan ratusan ribu penyokong PAS terlepas pandang apabila Nik Aziz melantik menantunya, orang yang begitu hampir dengannya menjadi CEO.

"Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak" aduhai..ramai yang buta..Tak hairan kalau setakat buta mata tetapi buta mata hati lebih merungsingkan..

Wednesday, December 23, 2009

Antara bodoh dan buat buat bodoh



Rumah Nik Aziz dimasuki perompak? Rumah Husam Musa dimasuki pencuri?Jadi apa tindakannya? Tindakannya ialah: Hadi Awang kena letak jawatan!! Macam bodoh dan tak ada akal punya jawapan..

Itulah perumpamaan yang Jebat simpulkan daripada kes kehilangan enjin jet pejuang milik TUDM. Belum pun hilang penat Jebat setelah dari menguruskan perkahwinan anak sedara kini Jebat penat pulak memikirkan kebodohan yang kadang kadang nampak terlampau yang PAS dan sekutunya lontarkan pada Perdana Menteri di atas kehilangan enjin pesawat tersebut.

Enjin tu hilang satu hal tapi apa kena mengena Perdana Menteri dalam hal kehilangan enjin tersebut?Kenapa Nik Aziz tak letak jawatan dan PAS tak gesa orang tua tu letak jawatan masa kes kereta jatuh di KB Mall? Aduhai..ni berapa punya berat aksi kebodohan orang orang PAS?Jangan esok lusa kalau anak anak dia orang tak lulus periksa dia mintak Menteri Pelajaran pulak letak jawatan..Masuk akal ke tak?Tak masuk akal pun tapi orang orang PAS ni memang suka bertindak tak ikut akal pasal tu sampai sanggup baring tengah jalan..eh siuman ke kalau macam tu?

Tak apalah Jebat akan sarankan lepas ni mana mana penerbangan atau apa apa tindakan rakyat Malaysia kena maklumkan pada Perdana Menteri waimah nak berak sekalipun kena maklumkan pada Perdana Menteri kot kot jatuh ke dalam lubang jamban tu senanglah kita gesa Perdana Menteri letak jawatan...Boomm....cukup cukuplah jadi bodoh tu!!

Monday, December 14, 2009

Bila Melayu nak sedar dan bersatu??



Petikan dari facebook sahabat blogger:

Bila Melayu nak sedar dan terus terusan berpecah belah sesama sendiri? Sampai bila si tua kutuk Nik Aziz nak memesongkan fikiran orang orang Melayu dengan mengatakan berkawan dengan DAP kafir lagi mulia dari UMNO? Murshit!!!

PAS akan lancarkan kempen 'UMNO Pengkhianat Rakyat'??



PAS akan melancarkan kempen 'UMNO Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010..Wah teruk sangat tuduhan dan propaganda yang PAS lontarkan pada UMNO. Tetapi bila Jebat fikirkan balik tidak ada apa yang perlu dihairankan dengan tuduhan dan propaganda PAS ini kerana sejak dari dulu lagi PAS memang terkenal dengan segala bentuk fitnah dan propaganda. Lagipun apabila teruk dan busuk hatinya Nik Ajis sebagai kepala PAS maka tidak hairanlah kalau kerbau kerbau tambatan PAS turut bersikap seperti Nik Ajis. Pepatah Melayu ada mengatakan 'Kalau cikgu kencing berdiri, anak murid pasti kencing berlari'. Jadi apa nak dihairankan kalau beginilah tingkahlaku PAS yang tidak segan silu mengaku memperjuangkan Islam.

UMNO tidak pernah berlaku jahat kepada rakyat Malaysia malah memperjuangkan dan memberikan segala bentuk kemudahan kepada rakyat Malaysia dengan izin Allah tetapi kenapa PAS beria benar mahu menghukum UMNO? Chin Peng, kepala dan bapak kepada komunis pun tidak dibenci sedemikian rupa oleh PAS malah PAS dan sekutunya beria benar hendak membawa pulang Chin Peng ke Malaysia. Tidakkah PAS sedar Chin Peng telah menyebabkan ramai wanita menjadi balu dan anak anak menjadi yatim?

Jebat sedar dan cukup sedar agenda yang PAS lakukan sekarang hanyalah untuk menunaikan kemahuan pemimpin pemimpin mereka yang sentiasa dahagakan dan kemaruk kuasa untuk kemewahan..Tetapi mengapa pengikut pengikut dan tukang salak PAS seperti terkena 'air kangkang' pemimpin pemimpin mereka ini?Sesekali Jebat terfikir mungkin kerana terikat dengan bai'ah talak tiga mereka terpaksa mengikut telunjuk pemimpin pemimpin PAS.

Mendongak ke langit Jebat terpandang kepada keindahan KLCC dan segala bentuk kemajuan yang telah diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional dan UMNO untuk rakyat Malaysia. Malaysia mampu untuk setanding kuasa kuasa besar di dunia. Jadi di mana silapnya UMNO dan Barisan Nasional?. UMNO itu parti politik dan yang menggerakkan UMNO adalah manusia biasa yang terkadang khilaf di dalam tindak tanduk. Jika benar PAS ikhlas dalam memperjuangkan Islam kenapa tidak berbincang dengan baik dengan UMNO, yang seagama dengan orang orang PAS? Kenapa terus terusan mahu menghukum dan menfitnah UMNO? Mengapa pintu untuk kerajaan perpaduan di tutup rapat oleh PAS? Ini persoalannya.

Mudah mudahan rakyat Malaysia akan sedar permainan PAS ini hanyalah untuk menjadikan pemimpin tertinggi PAS sebagai orang yang berkuasa dan pemerintah.Hasilnya belum tentu dan janganlah kita sampai memperjudikan nasib negara kepada puak yang belum teruji kebolehannya tetapi telah diuji KEBUSUKKAN HATINYA. Bayangkan apa akan jadi kepada Malaysia apabila diperintah oleh orang yang busuk hatinya dan banyak menfitnah..UMNO adalah Melayu dan orang orang Melayu harus mempertahankan Melayu..

Sunday, December 13, 2009

Ceramah 40 hari tanpa henti?




PKR mengadakan siri ceramah jelajah negara selama 40 hari tanpa henti?. Pusing Malaya nak memutar belitkan fakta atau rasa tertekan dengan kekuatan yang UMNO/BN ada sekarang di bawah kepimpinan Perdana Menteri atau nak bersihkan nama nama pemimpin PKR dan isu Pakatan Gila yang semakin menggila sekarang?

Adakah tidak cukup ruang di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri untuk berbahas dan membincangkan apa yang perlu? Atau Yang Berhormat Yang Berhormat dari Pakatan Gila ni sudah tidak ada kerja atau sudah tidak ada idea untuk menyumbang pada pembangunan negeri dan negara. Khabarnya di ketuai oleh budak dari Permatang Pauh tu..ala kalau diketuai oleh budak Permatang Pauh tu Jebat tak hairan pun kerana seperti kata Tun Mahathir dia bukan pandai sangat pasal ekonomi. Maka tak hairanlah kalau budak Permatang Pauh, Nuar Berahim ni terpaksa jual dan jaja air liur nak cari publisiti. Nak guna kepandaian tak ada jadi terpaksa lah jual tin kosong. Yang memberi ceramah tu bodoh dan yang mendengar ceramah tu pun akan jadi orang bodoh.

Jelas, selama 40 hari pusing Malaya ni, Yang Berhormat Yang Berhormat Pakatan Gila ni tak menjalankan tugas sebagai Yang Berhormat di kawasannya. Jangan gunakan rakyat untuk lunaskan kemahuan kau orang untuk menjadi Perdana Menteri dan Menteri di kerajaan pusat. Jebat sebagai rakyat yang membayar cukai tidak akan menghalalkan sesen pun sekiranya Pakatan Gila ni menjadi pemerintah.

Friday, December 11, 2009

Melayu yang akan hancurkan Melayu?



Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM-sebuah pertubuhan pelajar yang tidak mendapat kelulusan penubuhannya yang ditunjangi Cina dan Melayu menjadi Pak Turut) seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily mendakwa mempunyai rakaman suara yang boleh mengiakan bahawa kursus Biro Tatanegara mempunyai unsur unsur perkauman dan politik.

Jebat tidak mahu menyentuh tentang modul yang dijalankan oleh pihak yang mengendalikan BTN tetapi ingin mempersoalkan adakah pelajar Melayu sudah bodoh dan tidak berpandangan jauh? Apa tindakan yang perlu Melayu ambil terhadap keceluparan pelajar Melayu yang seperti membuka pekung di dada sendiri dan ibarat 'menyapu tahi di muka sendiri'?

Tidak perlu dipersoalkan bahawa Melayu adalah tuan punya tanah bumi Malaysia. Sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka semua kita telah tahu bahawa Melayulah tuan punya tanah. Tapi benar macam dalam cerita P. Ramlee dalam ramai ramai tuan punya tanah ada juga tuan punya tanah yang digelar 'tuan tanah kedaung'.

Hancurnya Kesultanan Melayu Melaka angkara kehebatan Melayu yang membuka pintu pertahanan Melaka dan wujudnya si kitol yang belot pada tanahair sendiri. Zaman telah berlalu dan apakah wujudnya si pembelot dan si kitol di dalam masyarakat Melayu sekarang ini dan tidak mustahil sekiranya hancurnya Melayu adalah disebabkan Melayu sendiri..Aduhai!!!

Monday, December 7, 2009

Bala yang tertimpa



Alfatihah buat mangsa yang terbunuh di dalam kejadian di KB Mall Kelantan. Agak pelik bagaimana kereta itu boleh merempuh masuk ke dalam KB Mall. Tetapi Jebat yakin dengan ketentuan Allah s.w.t. Kalau itu yang ditakdirkan begitulah jadinya. Jebat ucapkan takziah kepada keluarga mangsa semoga tabah dengan ujian Allah.

Benar pepatah Melayu 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. Tidak sesekali Jebat mahu mempolitikkan kejadian ini kerana ianya melibatkan nyawa dan kesedihan orang lain cuma alangkah eloknya Nik Aziz mendoakan kesejahteraan rakyat Kelantan daripada terus mendoakan kecelakaan kepada Perdana Menteri.

Jebat tidak mahu berbicara panjang isu ini kerana tidak mahu menyentuh kesedihan hati keluarga mangsa dan tidak mahu mempolitikkan isu ini cuma Jebat minta kita semua renungkan adakah tindakan Nik Aziz mendoakan bala itu tertumpah kepada dirinya sendiri? Allah maha adil dan bijaksana..Alfatihah..

UMNO takut pada Nik Aziz?



Kelakar dan tersenyum apabila Jebat membaca artikel yang ditulis oleh Perakite di ruangan surat pembaca di Harakahdaily. Angkuh benar benarnya bunyinya dan gah sangat digambarkan Nik Aziz si pendoa bala oleh penulis Perakite.

UMNO tidak pernah gentar dan takut pada Nik Aziz bahkan Nik Aziz dipersilakan untuk terus mendoakan dan mengeluarkan fatwa yang karut marut. UMNO tidak pernah gentar dan takut pada Nik Aziz. Sesungguhnya, apa yang disarankan oleh UMNO untuk Nik Aziz meletakkan jawatan adalah semata mata untuk kebajikan negara Malaysia. Setiap pandangan yang dilontarkan kepada Nik Aziz bukanlah kerana benci pada Nik Aziz secara individu tetapi teguran kerana sikap yang ditunjukkan oleh Nik Aziz sebagai seorang Islam. Tidak dapat diterima oleh akal mana mungkin seorang yang mengaku ulamak mendoakan perkara yang tidak baik terhadap seorang Islam yang lain. Ini persoalan dan isu yang dibangkitkan oleh UMNO yang bertujuan untuk keberkatan ummah. Tidak ada isu lain dan tidak timbul isu gentar UMNO pada Nik Aziz dan UMNO tidak pernah minta dan mengatakan bahawa PAS gentar pada Perdana Menteri.

Isu takut dan gentar pada individu adalah diluar tabie seorang Islam kerana seorang Islam hanya perlu takut disamping kasih dan penuh kecintaan pada Allah semata mata..Siapalah Nik Aziz seorang makhluk yang lemah...

Sunday, December 6, 2009

Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang kata UMNO akan mati tanpa wang



Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang yang juga anak Hadi Awang (eh kroni rupanya) kata 'nyawa' UMNO bergantung pada wang ringgit dan tanpa wang UMNO akan susah..itu kata dia..

Anak Hadi Awang ni kata macam ni masa dia buat sumbangan di Marang Terengganu..Jebat nak tanya dia kalau wang ringgit tu tak penting apa perlu dia buat sumbangan dalam majlis tu..Tak cukupkah kalau dia sekadar buat doa minta kesejahteraan rakyat Marang..Lagipun bukan ke PAS pakar dalam buat doa dan juga dah sediakan syurga untuk rakyat. Kalau UMNO buat seumbangan PAS akan kata sebagai gula gula politik jadi Jebat nak tanya kalau PAS buat sumbangan nak panggil apa?

Kalau wang ringgit tu tak penting apa perlunya si tua kutuk Nik Aziz sibuk mengharapkan royalti minyak dari kerajaan persekutuan..biarpun berbuih mulut kerajaan persekutuan terangkan pada dia tentang isu royalti minyak tu dia tetap berkeras nak kan royalti tu sampai doakan bala pada Perdana Menteri kalau tak kasi..Aduhai..siapa yang berani kata tidak pentingnya wang ringgit? Benar iman dan nikmat Islam itu penting dan Jebat tidak mahu sanggah pendapat itu cuma disebalik itu wang ringgit juga penting untuk kehidupan di dunia..

Kalau wang tak penting..takkan MENANTU DIPILIH SEBAGAI CEO!! Satu Malaya dah tahu..

PAS cakap tidak serupa bikin!!

Friday, December 4, 2009

Perhimpunan Sokong Nik Aziz: Sokongan atau proses membersihkan nama?



Bukan main bangga lagi PAS kata sepuluh ribu orang rakyat Kelantan datang menyertai perhimpunan untuk menyokong kepimpinan Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan membantah gesaan UMNO/BN supaya Nik Aziz melepaskan jawatan. Sebegitu besar negeri Kelantan adakah dengan kehadiran sepuluh ribu orang di dalam perhimpunan itu menggambarkan suara keseluruhan rakyat Kelantan?Lagipun Jebat tidak pernah hairan dengan perkara ini kerana PAS memang terkenal dengan kebolehan untuk berarak di tengah jalan dengan menarik semua golongan termasuklah kanak kanak yang tidak tau langsung soal politik negara. Tanpa mengambil kira faktor faktor ini PAS dengan angkuh mengatakan semua rakyat Kelantan menyokongnya. Aduhai..rakyat Kelantan relakah diperbodohkan sehingga tiupan sangkakala?

Dalam perhimpunan itu, menantu Nik Aziz yang terbijak di Kelantan sehinggakan tiada orang lain di dalam Kelantan yang boleh dilantik sebagai CEO oleh bapak mertuanya wali keramat tahi kucing turut hadir dan mengatakan perhimpunan ini merupakan satu signal kepada UMNO yang PAS akan terus mentadbir negeri Kelantan! Bahasa mudah untuk CEO menantu kesayangan bapak mertua ni....PUSING CERITA! Sayang betul bapak mertua kepada menantu hingga dianjurkan perhimpunan yang boleh memberi ruang kepada si anak menantu untuk membersihkan nama..serampang dua mata..membersihkan nama sendiri dan nama si bapak mertua..

Bapak mertua yang di gesa oleh Hadi Awang dan rombongannya supaya si menantu meletakkan jawatan sebagai CEO nampaknya gagal membendung perasaan kecintaan kepada menantu. Si menantu dengan bangga kata akan melepaskan jawatan itu pada 23 Mac 2009 selepas perlu memberi notis 3 bulan? Macam tak iklhas je si bapak mertua suruh menantu kesayangan melepaskan jawatan? Benar..perlu ada notis tetapi sepatutnya atas dasar kebertanggungjawaban si bapak mertua boleh memecat si menantu 24 jam kalau dia mahu dan ikhlas dan membayar gantirugi kepada si menantu?Soalnya kenapa tak buat? Macam perlu ada ruang yang diberi kepada si menantu....ADA KERJA KERJA PEMBERSIHAN YANG PERLU DIBUAT DI PEJABAT CEO ITU KE?

Thursday, December 3, 2009

Harakahdaily:UMNO perlu mencontohi DAP dengan minta maaf?




----PERANGAI MACAM NI YANG HARAKAHDAILY SURUH UMNO CONTOHI? KIRIM SALAM......

Kenapa harus UMNO meminta maaf? Apa salah besar yang UMNO telah lakukan hinggakan harus memohon maaf secara terbuka seperti yang disarankan oleh Harakahdaily?Kenapa harakahdaily katakan yang UMNO harus mencontohi DAP?

Kenapa harus disalahkan UMNO dengan insiden kepala lembu di SUK Selangor dan kenapa harus disalahkan UMNO dengan membakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang? Mengapa sesuka hati menfitnah UMNO dengan insiden insiden yang melibatkan pemimpin pemimpin Pakatan Sewel? Mengapa tidak menyalahkan pemimpin pemimpin Pakatan Sewel yang terang terangan memijak gambar ADUN ADUN Bebas dalam keadaan cukup jelas gambar yang mereka memijak gambar ADUN ADUN itu? Mengapa UMNO perlu disalahkan?

Mengapa tidak disarankan agar Pakatan Sewel memohon maaf kepada bekas bekas tentera dan balu balu bekas tentera yang menentang komunis dengan kemahuan mereka membawa pulang Chin Peng??Mengapa tidak disarankan kepada Pakatan Sewel untuk mencontohi UMNO kerana ketegasan menentang idea untuk membawa kepala komunis tersebut ke Malaysia?

Jebat ingin sarankan kepada Pakatan Sewel untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia termasuk Baginda Sultan Perak kerana Pakatan Sewel telah banyak mencetuskan keadaan huru hara di Malaysia. Adakah UMNO yang perlu meminta maaf apabila ahli Pakatan Sewel baring di tengah jalan menghalang kereta Tuanku di Perak?

Apa kata Pakatan Sewel meminta maaf kepada UMNO dan mengucapkan terima kasih kepada UMNO kerana jasa mereka kepada Malaysia. Kedamaian dan segala kemudahan di dalam Malaysia yang turut dinikmati oleh Pakatan Sewel dan kuncu kuncunya adalah usaha UMNO dengan berkat dan keizinan Allah jua..Apa sumbangan Pakatan Sewel terhadap Malaysia??

Wednesday, December 2, 2009

Mahfuz kata tohmahan pada Nik Aziz ada agenda tertentu



Naib Presiden PAS, Mahfuz kata seperti yang dilaporkan di dalam Harakahdaily tohmahan dan fitnah yang dilemparkan pada Nik Aziz (ulamak pendoa bala) adalah agenda UMNO dan BN untuk mengkucar-kacirkan PAS.

Jebat hairan dengan kenyataan Mahfuz ini kerana sebelum ini bahkan sejak dari dulu lagi PAS dan Pakatan Sewel inilah yang telah lama melemparkan tohmahan dan fitnah kepada pemimpin pemimpin UMNO dan BN. Jadi apakah agenda yang cuba dilakukan oleh PAS kerana sering melemparkan tohmahan dan fitnah kepada UMNO dan BN?Adakah ianya suatu tindakan suka suka dan tidak mempunyai agenda tersendiri?

PAS sering melemparkan tohmahan sehinggakan menyamakan UMNO dengan syaitan dan macam macam lagi tohmahan jahat tetapi apabila UMNO cuba menyedarkan Nik Aziz untuk tidak mendoakan bala sesama Islam, PAS mengambil pendekatan dengan mengatakan bahawa nasihat yang diberikan oleh UMNO itu sebagai suatu tohmahan untuk mengkucar-kacirkan PAS. Double standard ke PAS ni?

Jelas di sini perjuangan PAS dan Pakatan Sewel ni hanya untuk kepentingan sendiri dan sekiranya mereka berkuasa suara dan pandangan rakyat pastinya akan ditolak mentah mentah dan akan dianggap sebagai tohmahan dan fitnah.

Jika suara dari pimpinan tertinggi negara pun PAS tidak mahu dengar apatah lagi suara dari rakyat marhaen!! Rakyat Malaysia tidak sebodoh yang PAS sangka..

Persoalan:Mengapa UMNO bimbang sangat dengan doa Nik Aziz?



Saya sebagai pembaca setia Harakah ingin mencetuskan perasaan peribadi saya terhadap isu doa laknat najib yang sedang hangat dikatakan didalam media BN.

Walaupun saya bukan cerdik agama dan akademik, saya masih mempunyai kewarasan fikiran atas dasar sentiasa membaca. Saya pada mulanya merasa hairan jika benar Tuan Guru Nik Aziz ingin memanjat doa kepada Allah untuk melaknati Najib atau media bn sengaja mengada2kan cerita seperti yang mereka selalu lakukan.

Sekiranya benar Tuan Guru mahu berdoa seperti itu, mengapa Najib begitu teruja sangat? Adakah beliau merasakan bahawa doa Tuan Guru akan dimakbulkan memandangkan Tuan Guru seorang ulama yang benar dan sudah banyak dianiayai oleh orang BN!

Selalunya doa orang dianiayai akan dimakbulkan oleh Allah, insyaAllah. Saya sendiri sudah mual dan meluat dengan permainan hipokrit Najib dan sekutunya dan orang yang terdahulu daripada mereka yang telah banyak menzalimi rakyat.

Najib fikir dia dan keluarganya yang telah pergi Mekah mengerjakan umrah dan haji tanpa mendapat musibah boleh selamat. Dia terlupa yang Allah maha berkuasa dan maha pengampun.

Mungkin Najib diberi peluang untuk bertaubat dan memperbetulkan kesalahan-kesalahannya. Namun, saya percaya bahawa sekiranya Najib serta keluarganya dan mereka yang berkuasa masih menzalimi rakyat dalam apa jua sekali pun akan mendapat balasan yang setimpal di dunia dan akhirat.

Jangan pula mereka ini tidak akan diterima tanah kelak apabila tiba masanya. Bukan Tuan Guru sahaja yang mendoakan laknat itu keatas mereka, kami rakyat yang dizalimi kecuali kuncu-kuncu dan kroni-kroni mereka, pun akan membuat begitu.


Kata kata di atas Jebat petik dari Harakahdaily untuk renungan kita semua. Penulis tersebut mengenalkan dirinya sebagai Ros Melaka (orang kampung Jebat dari Melaka).

Jebat cuma tertarik dengan tajuk yang Ros Melaka tulis berkenaan doa musibah Nik Aziz ke atas Perdana Menteri dan Ros Melaka seolah olah menggambarkan yang UMNO cukup resah dengan doa yang Nik Aziz panjatkan. Soalnya benarkah UMNO resah?

Benar UMNO resah dengan keadaan ini (bukan resah dengan doa Nik Aziz) cuma yang UMNO dan secara peribadi Jebat sendiri resah kerana ada di kalangan orang Islam yang mendoakan kebinasaan saudara seagamanya dan yang lebih meresahkan ramai orang seperti Ros Melaka yang menyokong doa tersebut. Keadaan ini yang sebenarnya meresahkan UMNO dan tidak ada kena mengena dengan doa Nik Aziz. Sudah tentunya UMNO resah kerana UMNO tidak pernah mendoakan kebinasaan saudara seagama sebaliknya mendoakan kesejahteraan ummah.

Untuk pengetahun Ros Melaka, UMNO tidak pernah resah dengan doa Nik Aziz tersebut kerana Nik Aziz bukanlah ulamak sebenar. Itu yang pasti. Mungkin Ros Melaka turut terkeliru di dalam mentafsir siapa Nik Aziz. Tidak ada yang 'masinnya' di dalam doa Nik Aziz bahkan Nik Aziz sendiri tidak mampu mendoakan kesejahteraan Kelantan. Kelantan antara negeri yang teruk di landa banjir dan bermacam jenis musibah. Jika benar Nik Aziz ulamak besar sudah tentunya setiap doa Nik Aziz akan dimakbulkan. Mungkin Ros Melaka terlepas pandang keadaan ini.

Ros Melaka juga mungkin terlepas pandang dengan apa yang rakyat Melaka kecapi sekarang ini. Melaka menjadi antara tempat yang sentiasa mendapat pujian pelancong baik pelancong dalam negara mahupun pelancong luar negara. Mungkin juga Ros Melaka seorang yang anti sosial mengakibatkan beliau terlepas pandang dengan apa yang ada di Melaka. Ros Melaka turut mengatakan yang rakyat sudah terlalu teruk dizalimi?Suka Jebat bertanya pada Ros Melaka sejak bila rakyat dizalimi oleh kerajaan?Jebat tidak pernah merasakan yang Jebat dizalimi oleh kerajaan kerana sejak dari zaman persekolahan hinggalah universiti Jebat dibantu dengan sebaik mungkin oleh kerajaan. Sebagai seorang anak petani di kampung Jebat rasa cukup bersyukur dengan apa yang kerajaan telah lakukan terhadap Jebat. Mungkin Ros Melaka merasai nikmat yang sama cuma disebabkan sikap tamak dan irihati pada kejayaan orang lain membuatkan Ros Melaka lupa pada semua budi yang telah kerajaan taburkan. Sikap irihati ini antara faktor yang membuatkan UMNO resah.

Di perenggan terakhir Ros Melaka mengatakan 'jangan sampai tidak diterima tanah' adalah suatu yang amat berat. Bolehkah Jebat mengatakan mungkin Ros Melaka tidak akan diterima tanah kerana mendoakan kehancuran negara dan pemimpinnya? Jebat tidak sekejam itu untuk mendoakan Ros Melaka sedemikian rupa kerana pada Jebat setiap inci terhadap perkara ini adalah urusan Allah semata mata. Sebagai manusia tiadalah daya kita untuk mencampuri urusan Allah.

Jebat harap Ros Melaka sedar dan jangan kerana Ros Melaka semua rakyat Melaka akan ditimpa musibah dan balasan dari Allah. Jika Ros Melaka rasa yang beliau masih lagi di pihak yang benar silalah terus berdoa dan ingatlah UMNO tidak pernah gusar dengan doa itu kerana pada Jebat Allah maha adil dan maha mengetahui. Jebat cuma mendoakan kesejahteraan pemimpin agar diberi hidayah untuk memimpin negara ke arah kesejahteraan. Amin...

Tuesday, December 1, 2009

Tak Perlu Buat Rayuan?



Pepatah Melayu memang terbukti kebenarannya.."Tepuk air di dulang terpercik muka sendiri". Itulah antara pepatah melayu yang betul betul kena pada batang hidung Anwar Ibrahim.

Tak berapa lama selepas dia mencabar UMNO/BN untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah yang mengarahkan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong sekaligus menolak keputusan SPR kali ni Anwar Ibrahim pula yang berada di dalam keadaan yang serupa. Selepas mahkamah menolak permohonan Anwar Ibrahim untuk mengenepikan dan menggugurkan pertuduhan liwatnya terhadap Shaiful, peguam peguam Anwar tanpa segan silu akan menfailkan rayuan untuk terus mengenepikan pertuduhan liwat ini. Kalau untuk kes DUN Kota Siputeh Anwar begitu angkuh mencabar UMNO untuk tidak membuat rayuan kenapa bila terkena batang hidung sendiri dia sibuk untuk menfailkan rayuan?
Ternyata apa yang Anwar buat hanya untuk kepentingan sendiri dan cakap tidak serupa bikin.

Apa yang takut sangat untuk berdepan dengan proses keadilan di mahkamah jika tidak bersalah. Sekali lagi pepatah Melayu menjelaskan keadaan 'Berani kerana benar, takut kerana salah'. Tidak perlu berasa goyah sekiranya di pihak yang benar.

Mana Nik Aziz di dalam kes ni?Apakah doa Nik Aziz yang dianggap ulamak oleh orang orang PAS tidak makbul lagi untuk membantu Anwar?Seperti yang Jebat nukilkan di dalam artikel terdahulu tiada 'masinnya' doa Nik Aziz..Tidak ada apa yang perlu digusarkan.

Sama sama kita tunggu perbicaraan Anwar-Shaiful nanti..Kenyataan pasti tergambar di sana..Apa yang Shaiful dan Anwar bayangkan sekarang pastinya cukup berbeza..Yang pasti kenangan antara mereka berdua pasti mengerikan. Kenangan antara Sungai Buloh dan dubur yang tertusuk!!