Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Wednesday, November 6, 2013

Berapa panjangkah kemaluan orang tua ini?

Kalau kail panjang sejengkal..Itupun kalau cukup sejengkal..Kah Kah Kah...

PAS sudah banyak kali tenggelam punca dek kerana keangkuhan dan kelantangan DAP.

Isu perlaksanaan hudud PAS jadi seperti ayam berak kapur apabila disergah DAP.

Isu kalimah Allah, PAS menjadi seperti anak ayam hilang ibu bila DAP terlolong mengatakan kalimah Allah boleh digunapakai oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama. PAS angguk macam burung belatuk.

Kini, DAP mengatakan bahawa parti yang memperjuangkan bangsa dan agama tertentu tidak wajar diadakan dan wajar dibatalkan pertubuhannya.

Adakah PAS berani untuk berdepan di dalam soal perjuangan menegakkan Islam seperti yang di momokkan oleh PAS kepada rakyat? Beranikah PAS menyanggah kenyataan Karpal Singh di dalam soal ini?

Pimpinan PAS sudah mula bersuara mempertikaikan kenyataan Karpal tetapi umum dan kita sedar suara PAS biasanya akan tenggelam apabila pimpinan DAP mula menyeringai menampakkan taring. Lumrahnya, PAS akan tersipu malu dan akhirnya menjadi burung belatuk yang sentiasa mengangguk.

Jika benar PAS membawa dasar Islam sebagai asas perjuangan adakah PAS bersedia untuk berdepan dengan DAP kali ini waimah sekalipun terpaksa meninggalkan Pakatan Rakyat. Atas nama perjuangan Islam seperti yang selalu di dakwa PAS seharusnya PAS sudah bersedia untuk mengumumkan untuk menarik diri daripada Pakatan haram yang selalunya tidak memihak kepada PAS.

Semua mata sedang menilai adakah PAS akan meletakkan asas perjuangan agama sebagai teras atau selamanya akan menggadai agama untuk terus bernafas di platform politik biarpun menjadi seperti bayi yang menagih susu daripada DAP?

Beranikah PAS dan para penyokongnya menunjukkan kemaluanya sebagai tanda protes kepada DAP sebagaimana berani dan jijiknya penyokong PAS menunjukkan kemaluan kepada Wanita UMNO di Sungai Limau?

Monday, September 23, 2013

Harga Melayu cuma 50 sen di dalam DAPigs?


Siapa kata DAP sebuah parti yang yang turut mewakili kaum India dan Melayu?

Lebih ramai kaum India daripada Melayu di dalam DAP tetapi sekadar atas nama. Sekadar mengaburi mata rakyat untuk menggambarkan seolah-olah DAP adalah sebuah parti yang memperjuangkan nasib semua bangsa. Boleh jalanlah...!!!

DAP sebenarnya adalah sebuah parti TOTOK CINA a.k.a Cinabeng.

Tidak ada seorang pun di kalangan India yang memegang jawatan kanan di dalam DAP. Ahmad Nor adalah satu-satunya Melayu yang diberikan kedudukan itupun di peringkat pertengahan dan bukan Kolonel di dalam DAP.

Hanya Benggali yang diizinkan melebarkan sayap di dalam DAP itupun selagi Karpal Singh ada dan pasti DAP akan menjadi parti TOTOK CINA a.k.a Cinabeng setelah 'kewafatan' (bahasa bebal Hishamuddin Rais) Karpal Singh.

Baca STOP THE LIES untuk penjelasan mendalam bagaimana dapat menjelaskan bahawa DAP adalah parti totok CINA. 

p/s: Woi Melayu..jangan jadi buta dan tongong sangatlah!!!

Wednesday, August 14, 2013

Steady KJ..Bangangkan aje!!

khairy-dapsarawak513
 
kj-daptweet
 
 
"Ya, saya sengaja bagi rumah saya dirompak sebab nak kembalikan EO. Bodoh punya DAP. (Sorry bahasa tapi justified)"
 
Steady KJ. Memang DAPigs bodoh. So what? Ada sesiapa yang rasa DAPigs bijak?
 
Kes pembunuhan yang semakin meningkat di Malaysia adalah disebabkan oleh kerajaan ingin menggubal undang-undang bagi menggantikan Ordinan Darurat.

Itu dakwa pemimpin DAPigs Sarawak.
 
Ahh!! Memang bodoh cinabeng ni.
 
Kita sudah muak  menjadi 'punching bag'. Kita sudah muak apabila menjadi tempat buangan sampah oleh Pakatan. Sudah sampai masa kita memberikan respond kepada mereka yang menganggap kita lemah.
 
Biar mereka tahu bahawa kita punya telur dan jantan.
 
Kita perlu lebih ramai Zahid Hamidi..Kita perlu lebih ramai Khairy Jamaluddin dan kita perlu lebih ramai Shafie Apdal.
 
Kita tidak mahu pemimpin bacul dan sekadar menghisap cerut di hotel mewah. Kita mahu pemimpin yang tahu membela bangsa dan negara.
 
Cinabeng sudah terlalu dimanjakan. Sebab itu mereka besar kepala. Cakap sesuka hati mereka.
 
Tidak ada sebab mengapa KJ perlu menggunakan perkataan 'maaf' di dalam twitternya terhadap penggunaan perkataan bodoh itu.
 
Pernah kita dengar mereka memohon memaaf apabila membangangkan kita dengan tindakan mereka?
 
Kalau kita tidak berani 'membodohkan' mereka seperti KJ jangan pula kita berkata 'Ah bodohnya KJ kerana menggunakan perkataan itu. Emosi.'
 
Kalau ada sesiapa yang merasakan KJ tidak layak menjawat jawatan Ketua Pemuda sarankan sahaja pada mana-mana individu untuk mencabar KJ di Perhimpunan Agong UMNO nanti. Demokrasi.

p/s: Kita tidak mahu sekadar bercakap tanpa tindakan kerana sikap seperti itulah yang menyebabkan orang beranggapan kita sememangnya bodoh.
 

Sunday, May 26, 2013

Kau hairan ke kalau Anuwar menipu?


Blogger JUST READ di dalam artikel terbarunya ada menulis berhubung penipuan yang dilakukan oleh Anuwar Ibrahim.

Artikel yang diolah dengan sebegitu baik jika yang membacanya menggunakan akal fikiran yang waras untuk berfikir tentulah akan setuju dengan apa yang JUST READ nukilkan.

Tetapi umum sudah tahu akan gelagat penyokong totok Anuwar. Tunjukkanlah bukti sebaik mana dan sesahih mana sekalipun totok totok Anuwar akan pasti menolak dakwaan itu. Bagi Anuwar jawapan yang pasti digunakan ialah INI ADALAH KONSPIRASI UMNO  TERHADAP KARIER POLITIK SAYA.

Bukan sekali dua kita mendengar alasan yang sama digunakan oleh Anuwar untuk meloloskan diri daripada dakwaan sebegitu. Itulah kelebihan yang ada pada Anuwar. Magik atau totok Anuwar yang terlalu bodoh?

Pendedahan yang dilakukan oleh blogger JUST READ itu jelas menampakkan bagaimana kebodohan totok Anuwar. Calon DAP yang bertanding di dalam PRU ke 13 yang lalu sendiri telah menjelaskan bahawa TIDAK ADA BLACKOUT seperti yang didakwa Anuwar. 

Tetapi Anuwar masih pusing Malaya mendakwa itu dan ini. Dan yang lebih menghairankan totok Anuwar tetap terpesona dengan dendangan lagu tipu Anuwar. 

Kata orang Melaka..Anuwar ni muka seposen!!!

Baca DI SINI tentang apa yang sahabat Blogger JUST READ nukilkan berhubung temberang Anuwar. 

Percaya atau tidak biar otak anda jadi penentu!!

p/s: Jebat tak pernah hairan kalau yang menipu tu namanya Anuwar Berahim!!! Kalau dia bercakap benar itu yang Jebat akan hairan..Video yang tertayang kote bengkok pun boleh dinafikan inikan pulak kalau sekadar artikel..

Wednesday, May 8, 2013

Siapakah lelaki ini? Siapa kenal tolong jelaskan!!

b_p25Harmandar

Secara jujurnya Jebat katakan yang Jebat tidak kenal siapa lelaki di dalam gambar ini. Beliau bukanlah nama besar di dalam arena politik tanahair.

Tetapi setelah membaca sebuah blog yang mendakwa lelaki ini sebagai perancang kepada perjalanan politik DAPigs, Jebat tertarik untuk mengetahui kebolehan lelaki ini kerana jika benarlah beliau bertindak sebagai perancang kepada percaturan propaganda politik DAPigs tentulah boss boss di dalam DAPigs mengakui akan kehebatan lelaki ini kerana jelas DAPigs telah berjaya menarik sokongan besar pengundi Cina untuk memangkah roket.

Soalnya adakah lelaki ini merencana propaganda politik dengan cara yang benar-benar sahih dan beretika atau sekadar menabur fitnah? 

'He should be investigated by the MACC and police for all the hate SMS messages that’s going around. Is he responsible for the picture showing a mock altar of the PM with joss sticks?  He should be checked.'

Kenyataan di atas Jebat cedok daripada blog Stop The Lies yang jelas menggambarkan bahawa sesungguhnya tindakan tegas harus di ambil terhadap lelaki ini jika benarlah dakwaan blogger Stop The Lies.

Untuk cerita selanjutnya berkenaan lelaki ini BACA DI SINI

Thursday, November 15, 2012

Aspan Alias: Awak pun tua juga



URA-URA yang mengatakan sahabat blogger Aspan Alias akan bertanding di dalam PRU ke 13 nanti tampaknya semakin jelas dan bersuluh. Aspan semakin ligat menghentam pimpinan pimpinan UMNO yang ramai di antara mereka adalah sahabat Aspan semasa berada di dalam UMNO.

Tetapi dek kerana jodoh tak panjang atau mungkin ada rajuk dan terguris hati Aspan membuat keputusan untuk keluar dari UMNO. Bukanlah satu keputusan yang memeranjatkan kerana ramai di antara kita orang-orang UMNO yang keluar dari UMNO kerana rajuk dan keluh kesah kerana tiada tempat dan platform di dalam UMNO. UMNO bukan ketandusan pemimpin seperti dakwaan sesetangah pihak termasuklah Aspan. Dek kerana persaingan merebut jawatan dan tempat di dalam UMNO itulah mereka yang kecewa dan rajuk akhirnya membuat keputusan meninggalkan UMNO. Mencari dahan baru yang setidak-tidaknya masih ada harapan untuk membawa mereka terbang ke langit biru mengejar impian untuk berkuasa dan berupaya dari segi ekonomi. Benarkah semasa hayat mereka berada di dalam UMNO mereka berjuang? Aspan tentunya boleh menjawab pertanyaan ini. 

Kalau benar pejuang tentulah tidak akan tersipu malu untuk berterus terang apa yang telah sama ada UMNO atau sahabat di dalam UMNO telah membantu Aspan. Sekali sekala alangkah manisnya jika Aspan memberitahu pada umum apa yang telah UMNO bantu beliau. Ramai di kalangan sahabat di luar sana yang ada bercerita perihal UMNO membantu Aspan. Mudah-mudahan akan terbuka hati Aspan untuk mengucapkan terima kasih kepada UMNO.

11 November, di dalam artikelnya Aspan menggunakan ayat yang kurang manis kepada Rais Yatim. Jebat tidak mahu mengolah ayat yang dilemparkan oleh Aspan kepada Rais kerana pada Jebat orang setua Aspan semoleknya tahu untuk menggunakan ayat yang lebih bersopan kepada Rais jika sekalipun tidak cinta. Kalau tidak tentu sahaja loghat Kelantan sesuai dilemparkan kepada Aspan "SIO SIO..TUO SAJO". Jika Aspan merasakan Rais sudah terlalu tua untuk dikekalkan sebagai Menteri atau calon di dalam PRU 13, Aspan juga perlu sedar bahawa beliau bukanlah 'terlalu muda' untuk menggelarkan Rais seperti itu. Kalau Aspan berusia sekitar 20an mungkinlah boleh kita terima jika dia menggelarkan seseorang itu tua. Kalau sesiapa yang ada modal lebih rasanya bolehlah menghadiahkan cermin kepada Aspan pada harijadinya kelak. Cermin untuk apa? Sendiri mahu ingatlah.

Tapi yang mudahnya, kehebatan Rais di Jelebu sudah lama dihidu oleh gerombolan Pakatan di Negeri Sembilan. Justeru. kehebatan itu harus disentap dahulu daripada minda orang-orang Negeri Sembilan supaya di dalam PRU ke 13 nanti akan lebih memudahkan Pakatan menyelinap masuk ke Negeri Sembilan. Ini teori murah dan berulang kali digunakan. Takkanlah setua tua Aspan tiada modal baru yang hendak digunakan. Takkanlah di dalam parti baru Aspan tidak berjaya mengolah suatu pendekatan baru yang boleh menampakkan beliau lebih cerdik semasa berada di dalam UMNO.

Rais terlalu hebat di Jelebu dan keadaan ini pastilah menggusarkan gerombolan Pakatan kerana ramai di antara kita sedar dan tahu bahawa gerombolan Pakatan beria menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri di bawah pemerintahan mereka di dalam PRU ke 13 nanti. Suka tak suka, kehebatan dan nama besar Rais di Jelebu harus dirobekkan dan tidaklah kita hairan jika Aspan menghiris hiris nama Rais kerana sebagai hero yang baru hendak dilonjakkan oleh gerombolan Pakatan di Negeri Sembilan kita sedar benar mengapa Aspan menulis sedemikan rupa.

Tak mengapalah itu pandangan peribadi Aspan. Sama juga seperti Jebat yang melontarkan pandangan peribadi terhadap penulisan Aspan. 

Mudah-mudahan Aspan akan dicalonkan nanti dan kalau Aspan rasa yang dirinya masih muda berbanding Rais apa kata Aspan bertanding di kerusi Parlimen Jelebu nanti. Barulah masuk gelanggang namanya. 

Sama sama tua dan kita nak lihat siapa yang lebih popular nanti. Amacam Aspan? Ada bran?


Sunday, February 19, 2012

Wali besar sudah datang



Ini wali besar daripada mana pulak? Kalau tengok cara dia bercakap rasanya  Nik Ajis kena serah jawatan sebagai pemegang kunci syurga.

Iman tu apa apek? Iman itu adalah kepercayaan. Rukun Iman ada 6 perkara dan satu pun apek ni tak percaya tiba-tiba pandai pulak bercakap pasal iman.

Yang mendengar ceramah tu sila-silalah ingatkan diri anda bahawa anda sedang mendengar hakikat Islam diperlekehkan oleh si kafir dan anda masih mampu gelak sakan mendengar hakikat Islam dipermainkan?

Antara pendengar dan si apek siapa yang lebih beriman?

Intai-intai dalam seluar dan kain..antara pendengar dan apek siapa yang 'kulup' dan siapa pula sudah berkhatan?

Thursday, January 5, 2012

Pulau Pinang: Hebat projek DAP..Melayu undilah DAP lagi




PULAU PINANG 5 Jan. - Sebuah lagi kampung tradisi di negeri ini bakal lenyap atas faktor pembangunan.

Kali ini, Kampung Melayu Batu Uban di Gelugor dekat sini akan mengalami nasib sama seperti Kampung Buah Pala iaitu 'hilang' dari peta Pulau Pinang apabila kerja-kerja pembinaan kawasan perumahan baru sedang dilaksanakan.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar berkata, perkembangan tersebut merupakan satu perkara yang menyedihkan di negeri itu.

"Sekarang apa yang boleh kita lakukan ialah memohon kepada kerajaan negeri supaya menjadikan kawasan itu sebagai kampung tradisi tanpa dimajukan.

"Jika pembangunan diteruskan, maka kampung itu yang merupakan penempatan orang Melayu tertua di negeri ini akan lenyap. Apa yang lebih merisaukan saya, di situ juga terdapat sebuah masjid tertua di negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai projek perumahan berkembar tiga tingkat mengandungi lapan unit di Batu Uban yang telah bermula apabila sebahagian daripada kawasan itu dipagar.

Berdasarkan maklumat pada papan tanda, pemilik projek tersebut ialah sebuah syarikat yang beralamat di negeri ini manakala syarikat kontraktor pula berpangkalan di Sungai Petani, Kedah dan tanah itu dimiliki oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Projek itu dikatakan bermula pada 30 Mac 2011 namun tidak dinyatakan tarikh siap serta kerja pembinaan belum bermula.

Monday, January 2, 2012

Aspan Alias: Kalau itu yang terbaik..teruskan



Di kalangan sahabat blogger ramai yang sudah menulis akan kemasukan blogger Aspan dan Sakmongkol ke dalam DAP. Aspan di dalam artikelnya berkata biarpun diasak secara teruk oleh media arus perdana dan blogger pro-BN akibat daripada tindakannya itu berasa bersemangat kerana mendapat rangsangan daripada rakyat di luar sana.

Sebenarnya, tidak ada apa pun yang perlu diresahkan dengan tindakan saudara Aspan. Jika keputusan itu yang dirasakan terbaik oleh Aspan apalah perlunya kita keluh kesah dengan tindakan itu. Sesungguhnya, menyertai UMNO dan Barisan Nasional bukanlah suatu kemestian yang tidak boleh tidak harus dilaksanakan. Menyertai mana-mana parti politik adalah atas dasar 'kepercayaan' bahawa parti itulah yang terbaik buat mereka.

Aspan bukanlah suatu nama kecil dalam dunia blogging lantaran itu tentunya ada pihak yang ingin menyunting beliau apatah lagi dengan pengalaman beliau yang luas dalam dunia politik. Menyebut tentang perkataan menyunting pada kebiasaanya seperti di dalam majlis perkahwinan tentulah sedikit sebanyak mempunyai nilai yang seharusnya diutamakan. Biarpun sekadar adat tetapi adat itulah yang dijunjung manusia kerana Melayu sudah sepakat bahawa 'biar mati anak jangan mati adat'. Lagipun tidak ada Santa yang sekadar 'suka-suka' membawa guni untuk memberikan hadiah kepada rakyat teramai.

Politik adalah sesuatu yang berkisar kepada soal survival.Kehidupan harian adalah politik yang membutuhkan soal survival yang maksima dan optima. Tidak boleh tidak dan tanpa sebarang alasan, perut tidak boleh dibiarkan berkeroncong. Rakan-rakan di dalam PKR adalah cebisan daripada ahli-ahli UMNO yang penuh dengan rajuk dan nafsu marah. UMNO bukanlah suatu parti yang dapat menjamin kehidupan selesa seseorang individu secara khusus tetapi adalah sebuah parti pemerintah yang diamanahkan rakyat untuk mentadbir negara secara keseluruhan secara baik dan bijaksana dan alhamdulillah kita sudah mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain.

Berbalik kepada soal survival, jika saudara Aspan mendapati bahawa survival hidup beliau akan tidak menunjukkan titik akhir dengan menyertai DAP itu adalah tindakan yang lumrah kepada seseorang yang mencari nafas baru.Talian hayat. Jika ada peluang kepada saudara Aspan untuk menjadi calon di dalam pilihanraya kelak atas kerusi DAP itu juga dikatakan sebagai suatu kebaikan kepada saudara Aspan yang harus kita sokong kerana tidak ada manusia di atas mukabumi ini termasuklah DAP untuk membantu saudara Aspan secara total selain daripada Aspan sendiri yang mencari jalan bantu untuk survival beliau. Dan tindakan ini mungkin sahaja berkisar kepada soal survival. Tidak ada yang perlu disesal dan dikesalkan.

Manusia memang terlalu lambat untuk memerhati lantaran kerana hijab yang menebal. Bertahun lamanya bersama-sama UMNO baru kini Aspan 'terpandang' apa yang didakwa sebagai kebusukkan yang terkandung di dalam UMNO. Apakah dahulunya Aspan tidak terpandang atau terhidu segala kebusukan itu?Mungkin sahaja keadaannya sama seperti seseorang yang duduk di coffee house di hotel yang tidak pernah terbau segala kebusukan yang berada di dapur hotel tersebut kerana terlalu selesa dengan pendingin udara yang nyaman.

Apapun kita doakan yang terbaik buat saudara Aspan. Kecelaruan minda memang ada kalanya berlaku dan doakan sahaja ada sinar di hujung terowong buat saudara Aspan.Jika gelap hujungnya saudara Aspan ingatlah bahawa Kedai Rakyat 1 Malaysia ada menjual lilin buat saudara Aspan menerangkan kegelapan.

Kembalilah kepada laluan asal kerana laluan asal sudah anda tahu buruk baiknya dan ramai rakan-rakan yang dahulunya meninggalkan UMNO dan membuat pusingan U  hari ini berjaya mendapat tempat yang selesa. Kebusukan pada kita belum tentu pada yang lainnya.

Saudara Aspan lebih tahu dengan tindakannya dan mulut yang berkata belum tentu selari dengan apa yang sedang bersarang di dalam hati.

Thursday, December 8, 2011

Ini dunia ana yang punya- Godfather




Semasa Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari, orang-orang UMNO sudah sebulat suara memberi kuasa mutlak kepada Presiden untuk menentukan siapakah yang akan dinobatkan sebagai 'winnable candidate' bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.

Tentunya sukar kepda Presiden UMNO untuk menamakan calon-calon itu kerana jumlah orang-orang UMNO bukan sedikit jumlahnya. Tetapi atas dasar muafakat di dalam UMNO, orang-orang UMNO akan akur kepada pilihan Presiden. Tahniah.

Kalau sebelum ini, DAPigs sering berkata bahawa orang-orang UMNO gila kuasa dan mengamalkan kronisme, lihat sahaja apa yang berlaku kepada DAPigs sekarang ini. Untuk menentukan calon yang bakal di Penang pun sudah menggemparkan seluruh Malaysia. Bayangkan DAPigs yang hanya memerintah sebuah negara kecil seperti Pulau Pinang pun menjadi kalut dengan soal calon bayangkan kalau mereka menjadi kuasa pemerintah kerajaan  pusat. Tentunya akan lebih kalut dan berlumba-lumba menjawat jatawan Menteri.

Baru mahu menjadi calon dalam Pilihanraya sudah mendatangkan kekecohan kepada DAPigs. Siapa kata di dalam Pakatan Rakyat tidak ada cah keting, tidak ada kem sana dan kem sini?

Kapal Sing dan Lim Aerokit Sial Siang Malam rasanya tak perlu bercakap soal ketelusan dan kronisme. Begitu juga dengan Brader Anuar. Gobind Republik, Khalifah Guan Eng Maharaja Cina, Nurul Ijjah Anak Papa Anugerah Tuhan semua adalah bukti yang Pakatan Rakyat adalah parti anak-beranak.

Cuma masih ada Melayu yang cetek akal yang tidak nampak apa yang sedang berlaku di dalam Pakatan Rakyat sekarang. Kalau hijab sempudal dengan kebusukkan tentulah mata hati menjadi buta. Bilalah Melayu nak sedar.....

Wednesday, December 7, 2011

Kenapa DAPigs dikatakan menghina Sultan?



Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Berfikir sebelum berkata dan sarang tebuan jangan dijolok.

Setelah memanggil Menteri Besar Perak dengan gelaran Hitam Metalik timbul pula gelaran baru kepada negeri Perak. Kali ini DAPigs mengambil pendekatan menyeluruh dengan menggelar seluruh negeri Perak sebagai Darul Kartun. Negeri Perak yang rasminya di panggil Perak Darul Ridzuan terus-terusan dicalar burukkan oleh DAPigs.

Mungkin DAPigs sendiri kurang arif dengan negeri Perak lantaran menyebabkan mereka dengan mudah membahasakan apa sahaja pada negeri Perak termasuklah yang buruk-buruk.

Jebat asal dari Melaka, tidak punya sultan tetapi sukalah Jebat menerangkan maksud yang terkandung di dalam bendera negeri Perak.




Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam.

Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.

   a.   Warna putih : melambangkan kebesaran Duli Yang Maha    Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

   b.   Warna kuning : melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.

   c.   Warna hitam : melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

Dengan mengambil kira maksud-maksud yang terkandung di dalam warna bendera negeri Perak tentulah Baginda Sultan dan kerabatnya merupakan tunjang yang membawa kepada pembentukkan negeri Perak.

Apabila DAPigs menggelar negeri Perak sebagai Darul Kartun tentulah sedikit sebanyak atau mungkin keseluruhan mencemar institusi DiRaja Perak yang mulia.

Siapa yang rasis di sini? Bukankah DAPigs sebelum ini lantang mahu mewujudkan negara republik buat Malaysia? 

Selagi adanya Sultan di Malaysia mana mungkin Malaysia menjadi sebuah negara republik. Itu yang menjadi sawang di dalam kepala DAPigs.

Rakyat Perak jika anda bercadang menyokong DAPigs tentunya anda sedang bercadang untuk mencemar institusi yang menjadi tunjang dan tulang belakang untuk orang-orang Melayu.

Monday, November 14, 2011

Penjawat awam haruslah lebih bijak



Ada orang yang berkata penjawat awam yang berjawatan tetap tidak pernah ambil peduli dengan senario politik negara kerana apa jua keadaan politik dan siapa juga yang menjadi pemerintah penjawat awam tetap akan menerima gaji dan imbuhan mereka.

Mungkin fakta itu boleh dikatakan betul suatu ketika dahulu tetapi mungkin kini ada penjawat awam yang sudah mula berkerut kening apabila ada pihak yang berkata bahawa mereka akan mengurangkan bilangan penjawat awam jika mereka menjadi kerajaan.

Putrajaya, suatu lubuk yang dianggap kubu kuat BN kerana di sana rata-rata pengundinya adalah penjawat awam. Dek kerana falsafah siapa pun yang menjadi kerajaan, penjawat awam tetap menerima gaji dan imbuhan maka keputusan PRU ke 12 yang lalu tidak 100 peratus berpihak kepada BN.


BAHAGIAN PILIHAN RAYANAMA CALONPARTIBILANGAN UNDISTATUS
P.125-PUTRAJAYAMOHAMAD NOOR BIN MOHAMADPAS1,304
TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSORBN4,038MNG
JUMLAH PEMILIH :6,608
KERTAS UNDI DITOLAK :38
KERTAS UNDI DIKELUARKAN :5,416
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :36
PERATUSAN PENGUNDIAN :81.96%
MAJORITI :2,734


Apakah di dalam PRU ke 13 akan datang, penjawat awam akan terus menegakkan falsafah 'biar ribut melanda' mereka akan tetap menerima gaji dan imbuhan?

Jika benarlah penjawat awam tidak pernah khuatir dan risau akan periuk nasi mereka, penjawat awam bolehlah mengundi dan mengekalkan keputusan PRU seperti di atas.

Adakah penjawat awam akan terus menyokong BN yang tidak pernah bercadang mengurangkan jumlah penjawat awam atau penjawat awam akan memilih kerajaan baru yang secara terus terangnya berkata akan mengurangkan jumlah penjawat awam jika menjadi kerajaan?

Pilihlah yang mana anda suka. Jika hobi anda sebagai penjawat awam menjadi pengunjung tegar warung-warung kopi nescaya anda akan menjadi golongan yang akan menjadi mangsa pembuangan kerja oleh kerajaan yang tidak pernah memikirkan periuk nasi anda. Seburuk mana sekalipun kerajaan BN di mata penjawat awam ingatlah bahawa kerajaan BN tidak pernah memasukkan pasir ke dalam periuk nasi anda.

Tidakkah penjawat awam harus bersyukur dengan kerajaan BN atau penjawat awam sudah rela menggadaikan periuk nasi mereka dengan memilih kerajaan yang terlalu ingin menghumban mereka sebagai penganggur terhormat?

Tepuk dada tanyalah selera!!!

Sunday, October 30, 2011

Profesor bukan tahu semua perkara



Kalau dahulu majalah humor (komik) Gila-Gila ada menyelitkan ruangan Profesor Serba Tahu (gambar di atas) kini zaman itu sudah pun berlalu.

Ruangan Profesor Serba Tahu di dalam komik itu adalah sekadar suatu jenaka kerana jawapan kepada persoalan di dalam ruangan itu tidak masuk akal sama sekali. Dan yang lebih jauh lebih penting daripada itu ruangan itu lebih bersifat 'perli' kepada golongan-golongan yang berlagak bijak seolah-olah mereka tahu semua perkara.

Untuk mana-mana Profesor yang cuba menunjukkan bahawa anda tahu serba-serbi sebenarnya hanya menunjukkan bahawa anda adalah golongan Profesor Serba Tahu di dalam komik Gila-Gila.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan setinggi-tinggi ilmu adalah ILMU TIDAK TAHU.

Sunday, October 23, 2011

Beza antara blogger...



Siapa yang ramas payudara siapa? Siapa yang dapat merasa besar dan gebunya payudara itu?

Kenapa pula Pakatan harus menggesa Timbalan Perdana Menteri untuk memohon maaf kerana dakwa mereka TPM ada mengeluarkan watikah menyokong tindakan blogger pro-kerajaan berhubung skandal meramas payudara itu?

Jahil benar bunyi dakwaan itu, jika benarlah dakwaan itu keluarkan bukti bahawa TPM sememangnya ada mengeluarkan watikah itu. Janganlah berperangai seperti anjing yang sekadar menyalak..

Jika ada bukti itu silalah pimpinan Pakatan edarkan kepada blogger-blogger tersohor mereka seperti Milosuam dan Topeng Perak. Jangan pula diarahkan blogger-blogger itu membuat fitnah yang tidak berasas.

Rendah dan cetek benar pemikiran pimpinan Pakatan sehingga mengatakan akan kewujudan watikah itu. Apa  perlunya TPM mengeluarkan watikah itu jika benar sekalipun beliau menyokong tindakan blogger pro-kerajaan. Tidakkah arahan lisan  daripada TPM sudah memadai untuk mengarahkan blogger pro-kerajaan bertindak terhadap isu meramas payudara itu.

Ingin diingatkan kepada pimpinan Pakatan bahawa blogger pro-kerajaan tidak akan sesekali tunduk kepada mana-mana kemahuan dan arahan termasuklah daripada pimpinan Barisan Nasional sendiri jika kami merasakan apa yang berlaku adalah perkara yang tidak baik. Pimpinan Barisan Nasional sendiri menjadi bahan hentaman jika mereka melakukan kesalahan.

Inilah yang membezakan blogger pro-kerajaan dan blogger Pakatan. Yang benar tetap benar kepada kami dan kami tidak akan tunduk kepada sebarang arahan jika kami di pihak yang benar.

Jika ada pimpinan Barisan Nasional yang melanggan China Doll juga akan tetap kami dedahkan. Beranikah blogger Pakatan bertindak seperti blogger pro-kerajaan?

Tuesday, October 18, 2011

Jaga payudara anda..Apa komen Guan Eng?



Jika sebelum ini, Guan Eng yang tidak pandai jaga mulut dan biadab dengan mengatakan bahawa Johor adalah negeri yang tidak selamat untuk dilawati apa pula komen beliau bilamana ada orang mendakwa berlakunya kejadian meramas payudara seorang pelajar Cina di negerinya?

Kita tidak mahu menunding jari mengatakan yang melakukan perkara itu adalah orang yang terlalu hampir hubungannya dengan Guan Eng tetapi kita ingin bertanya apakah keadaan di Penang tidak selamat untuk dikunjungi lebih-lebih lagi Penang terkenal dengan tarikan pelancong yang rata-rata berbikini bila di pantai.

Kalaulah mulut ini selancang mulut Guan Eng boleh sahaja kita berkata bahawa sebenarnya Penang adalah tempat yang tidak selamat untuk dikunjungi oleh mana-mana anak gadis berbanding Johor tetapi kita sedar bahawa kelancangan mulut seperti yang dilakukan Guan Eng hanya akan membantutkan pertumbuhan eknonomi terutamanya industri pelancongan bukan sahaja kepada Penang malahan se entario Malaysia.

Biarpun Penang di bawah pemerintahan DAPigs, kita masih sedar bahawa memburukkan Penang hanyalah seperti kita memburukkan Malaysia secara tidak langsung. Seharusnya Guan Eng berfikiran seperti itu di dalam mengutamakan kepentingan negara apabila berkata-kata. Lain lah halnya jika Guan Eng memang memaksudkan apa yang beliau katakan berhubung negeri Johor.

Apa yang Guan Eng dan DAPigs akan rasakan jika ada pimpinan Barisan Nasional akan berkata ' jaga-jaga jika ke Penang kerana orang di sana kuat meraba payudara'. Tentulah keadaan ini akan membangkitkan kemarahan Guan Eng bahkan sesiapa sahaja anak kelahiran Penang tetapi percayalah pengikut-pengikut Barisan Nasional tidak akan selancang itu bila berkata-kata kerana kita sedar Penang adalah sebahagian daripada Malaysia dan atas nama Gagasan 1 Malaysia itulah kita akan mempertahankan Malaysia termasuklah Penang. Tiada kompromi.

Pesan kepada Guan Eng, jangan jadi seperti peribahasa ' paku dulang paku serpih, mengata orang negeri awak yang lebih'.

Thursday, October 13, 2011

Bakti Guan Eng DAPigs buat Pulau Pinang





Gambar di sekitar Gurney Drive tempat tumpuan pelancong dan warga Pulau Pinang.
Mana pi slogan Cleaner Greener Penang?
Macamana MPPP buat kerja ni?
Masa di bawah BN dulu kawasan ni diselenggara dengan cukup baik.
Jadual pembersihan pantai berjalan dengan cukup teratur.

Pembangunan Gurney Drive dirancang oleh kerajaan BN dengan cukup sempurna dan penuh terancang!
Dapat kat Guan Eng jahanam ni, habih punah!
Cacamarba jadinya!


Selanjutnya di SINI garapan cerita oleh Anak Seberang


Jebat kata : Jangan salahkan Guan Eng tak pandai jaga Penang, dia kan orang Melaka!! Orang Melaka pun tak mau dia, itu pasal terpelanting ke utara. 

Saturday, October 1, 2011

Menjunjung kasih Tuanku dari rakyat Melaka



Benar pepatah Melayu apabila berkata 'terajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padanhnya'. Itu yang berlaku kepada Guan Eng apabila memperlekehkan kemampuan negeri Johor.

Jika benar sekalipun ada kebenaran di dalam kata-kata Guan Eng, siapa beliau hendak berkata demikian? Beliau tidak ada kena mengena dengan urusan pentadbiran kerajaan negeri Johor. Bahkan jika ada kebenaran kepada kata-kata Guan Eng itu, orang yang selayaknya menegur ialah Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan Pusat. Tetapi harus barang diingat, bahawa negeri Johor mempunyai Sultan sebagai Ketua Negeri dan akibat kealpaan dan kelancangan mulut Guan Eng itulah beliau lupa akan kewujudan Sultan di negeri Johor.

Sesungguhnya adalah amat memalukan seluruh rakyat negeri Melaka kerana Guan Eng yang datang dari Melaka berkata demikian. Jangan sesekali gunakan alasan bahawa Melaka tidak bersultan maka adab untuk menjaga adab dan menjunjung kasih kepada Sultan diperkotak-katikkan begitu sahaja. Bagi rakyat Melaka, biarpun tidak bersultan, kami tetap menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Negeri, bayangkan sahaja kalau negeri kami bersultan.

Permohonan maaf Guan Eng kepada Sultan Johor dan rakyat Johor keseluruhan jelas menggambarkan ketidakikhlasan beliau apabila menyalahkan media kerana didakwa memutar belitkan keadaan. Biar serapat mana dan tersembunyi mana kenyataan Guan Eng itu dilafazkan beliau tetapi 'kerosakan tetap berlaku'.

Mungkin kerana kesungguhan dengan slogan 'Malaysian Malaysia' Guan Eng terlupa bahawa Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu tidak mungkin menjadi sebuah REPUBLIK.

Menjunjung kasih Tuanku dari rakyat Melaka!!

Thursday, September 29, 2011

Hudud: HamPAS lebihkan Buku Jingga dari Al-Quran?



Segala teki teki berkenaan pelaksanaan hukum hudud yang dicadang hendak dilaksanakan oleh HamPAS sudah terjawab malam tadi. Seperti yang diduga, HamPAS hanya tertarik untuk menggunakan perkataan hudud untuk kepentingan politik tetapi tidak benar-benar hendak melaksanakannya.

Sebenarnya, menjadi suatu persoalan yang harus difikirkan bersama ialah mengapa HamPAS sebagai sebuah parti yang mendakwa menjunjung Islam sebagai asas perjuangan terpaksa tunduk kepada bantahan DAPigs yang tentunya, hukum hudud tidak terguna pakai. Umum tahu, hudud adalah hukum Islam dan secara automatiknya, DAPigs dan ahli-ahlinya yang bukan Islam terkecuali.

Antara lain gagalnya persepakatan di dalam Pakatan untuk melaksanakan hudud adalah kerana ia tidak terkandung di dalam isi kandung Buku Jingga. Adalah amat pelik dan sedikit bingung jika HamPAS tidak dapat membedakan kandungan Buku Jingga dan hukum hakam. Jika benarlah HamPAS sedar bahawa hukum hakam Islam adalah yang terbaik mengapa pula HamPAS terpaksa tunduk kepada kandungan Buku Jingga? Tambah membingungkan, kegagalan kepada pelaksanaan hukum hudud adalah disebabkan desakan sebuah parti yang langsung tidak ada kena mengena dengan Islam.

Anuar Berahim yang sebelum ini berkata yang akan menyokong hudud turut dilihat sebagai seorang yang gagal mempertahankan pendiriannya. Selemah-lemah Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri, beliau tidak pernah tunduk kepada mana-mana desakan di dalam soal agama. Dan selemah-lemah Najib, tidak pula pernah kedengaran beliau tunduk kepada desakan mana-mana parti komponen. Atau adakah Nuar Berahim sekadar menggunakan perkataan hudud untuk kelihatan memperjuangkan Islam bagi membersihkan namanya dengan persoalan moral yang kian membarah?

Sejajar dengan itu, wajarkah dan mampukah kita untuk menobat Anuar Berahim sebagai seorang Perdana Menteri yang gagal membedakan antara kepentingan politik dan kepentingan untuk mempertahankan hukum-hakam agama?. Tiada kompromi di dalam agama dan hukum hakam itu akan kekal selamanya.

Dosa tetap dosa dan pahala akan kekal sebagai pahala..Tolaklah formula itu nescaya negara akan ditimpa musibah dari Allah s.w.t dan janganlah kita menjadi sebahagian daripada pembawa bala...

Wednesday, September 28, 2011

Perlawanan persahabatan HamPAS - DAPigs di Bukit Jalil



Pasukan bolasepak DAPigs malam semalam sekali lagi berjaya menumbangkan pasukan HamPAS di dalam pertandingan persahabatan yang berlangsung di Bukit Jalil.

Penjaga gol pasukan bolasepak HamPAS, Nik Ajis The Liar gagal mendakap kemas bola rembatan Kapal Karam Sing. Pengadil perlawanan yang menurut penonton berat sebelah, Nuar Jub Gila Lubang memberi gol kemenangan itu kepada pasukan DAPigs biarpun pemain-pemain HamPAS cuba memprotes keputusan itu kerana mereka mendakwa Kapal Karam telah menjaringkan gol itu dengan terjahan keras terhadap Nik Ajis.

Pengurus pasukan HamPAS, Arsene Awang yang kecewa dengan keputusan itu berkata pasukannya telah berusaha bersungguh-sungguh dan segala teknik huduh yang dipelajari oleh pasukan mereka gagal dipratikkan oleh pasukannya.

Pasukan DAPIgs, khabarnya agak diberi ganjaran oleh pengurus pasukannya, Kit Sial Siang dan Malam dengan membawa mereka melancong ke Singapura bagi meraikan kejayaannya. Ada sumber mengatakan yang mereka akan dihidangkan dengan babi panggang seorang seekor bagi memperingati kejayaan manis ini.

Berita Menipu Satu Ibadah Melaporkan.

DAPigs hadiah 'peluru' kepada HamPAS



DAPigs sudah diuji kekuatannya dan sayapnya jelas berjaya menerbangkan roket ke angkasa dengan didokong oleh pengundi-pengundi Cina. Lihat saja bagaimana DAPigs berjaya menawan Sibu semasa Pilihanraya Kecil tempoh hari dan lihat bagaimana DAPigs terus mendominasi kerusi yang ditandinginya di dalam Pilihanraya Negeri Sarawak. Pendek kata, nama DAPigs sudah terpahat kemas di dalam jiwa pengundi Cina yang terkesima dengan permainan politik DAPigs yang secara jelas seolah-olah menjadi hero kepada kaum Cina. MCA harus mengimbangi perkembangan kemampuan politik DAPigs.

Untuk tidak melupakan sumbangan sekutu di dalam Pakatan, DAPigs memberikan batu kepada HamPAS supaya batu itu boleh menjadi bom yang akan meletus dan menyedarkan pengundi-pengundi Melayu dan batu itu adalah pelaksanaan hukum hudud. Di dalam tidur dan di dalam jaga, Nik Ajis sedar bahawa dalam apa jua keadaan HamPAS tidak akan mampu melaksanakan hudud . Justeru, HamPAS hanya mengambil hudud atas dasar nama. Hudud boleh diguna pakai oleh HamPAS sebagai satu daya tarikan kepada pengundi Melayu untuk kembali menyokong HamPAS. Dengan melaungkan untuk melaksanakan hudud, HamPAS tampak seperti sebuah parti pejuang Islam dan HamPAS tahu pengundi Melayu di Malaysia yang beragama Islam amat sensitif dengan persoalan agama. Lantaran, hudud sebagai satu daya penarik kepada pengundi HamPAS  untuk melihat HamPAS sebagai satu platform yang membawa ke syurga.

PKR yang terus diasak dengan masalah moral mengambil pendekatan mudah untuk 'membasuh' pekung yang semakin terpalit ke muka mereka dan pendekatan mudah itu adalah dengan menyokong hudud. Minda pengundi disogokkan dengan persoalan bagaimana mungkin orang yang menyokong hudud melakukan hubungan seks luar tabie dan melanggan pelacur Cina seperti yang didakwa. Hudud, ibarat serampang dua mata yang dapat membantu HamPAS dan PKR menarik perhatian pengundi Melayu.

Agenda dan susunan perjalanan cerita hudud ini adalah suatu skrip yang terancang dan diolah dengan begitu baik menjelang Pilihanraya umum ke 13 nanti. Jika kaum Cina sudah memahat dan memaku minda untuk menyokong DAPigs , hudud pula mungkinkah akan dapat menarik perhatian kaum Melayu untuk cenderung kepada HamPAS dan PKR yang tumpang sekaki dalam menyokong hudud?

Akhir kepada pengolahan skrip itu adalah, jika sekalipun BN tidak dapat ditumbangkan, majoriti 2/3 BN sekali lagi akan terusik. Itu adalah matlamat terakhir yang dirancangkan di dalam pertelingkahan lidah antara DAPigs dan HamPAS berhubung hudud.

Barang perlu diingat bahawa pertelingkahan  HamPAS dan DAPigs ibarat carik carik bulu ayam, pasti bertaut semula. Jika hati Cina sudah didakap dan hati Melayu sudah dipopok, apapun yang berlaku tidak akan mengubah pendirian pengundi untuk mengundi Pakatan. Ular menyusur akan tidak akan hilang bisanya.

Ini adalah harapan Pakatan di dalam merencana perjalanan ke Putrajaya atau setidak-tidaknya mempertahankan negeri yang sedang diperintah.