Tuesday, October 18, 2011

Jaga payudara anda..Apa komen Guan Eng?



Jika sebelum ini, Guan Eng yang tidak pandai jaga mulut dan biadab dengan mengatakan bahawa Johor adalah negeri yang tidak selamat untuk dilawati apa pula komen beliau bilamana ada orang mendakwa berlakunya kejadian meramas payudara seorang pelajar Cina di negerinya?

Kita tidak mahu menunding jari mengatakan yang melakukan perkara itu adalah orang yang terlalu hampir hubungannya dengan Guan Eng tetapi kita ingin bertanya apakah keadaan di Penang tidak selamat untuk dikunjungi lebih-lebih lagi Penang terkenal dengan tarikan pelancong yang rata-rata berbikini bila di pantai.

Kalaulah mulut ini selancang mulut Guan Eng boleh sahaja kita berkata bahawa sebenarnya Penang adalah tempat yang tidak selamat untuk dikunjungi oleh mana-mana anak gadis berbanding Johor tetapi kita sedar bahawa kelancangan mulut seperti yang dilakukan Guan Eng hanya akan membantutkan pertumbuhan eknonomi terutamanya industri pelancongan bukan sahaja kepada Penang malahan se entario Malaysia.

Biarpun Penang di bawah pemerintahan DAPigs, kita masih sedar bahawa memburukkan Penang hanyalah seperti kita memburukkan Malaysia secara tidak langsung. Seharusnya Guan Eng berfikiran seperti itu di dalam mengutamakan kepentingan negara apabila berkata-kata. Lain lah halnya jika Guan Eng memang memaksudkan apa yang beliau katakan berhubung negeri Johor.

Apa yang Guan Eng dan DAPigs akan rasakan jika ada pimpinan Barisan Nasional akan berkata ' jaga-jaga jika ke Penang kerana orang di sana kuat meraba payudara'. Tentulah keadaan ini akan membangkitkan kemarahan Guan Eng bahkan sesiapa sahaja anak kelahiran Penang tetapi percayalah pengikut-pengikut Barisan Nasional tidak akan selancang itu bila berkata-kata kerana kita sedar Penang adalah sebahagian daripada Malaysia dan atas nama Gagasan 1 Malaysia itulah kita akan mempertahankan Malaysia termasuklah Penang. Tiada kompromi.

Pesan kepada Guan Eng, jangan jadi seperti peribahasa ' paku dulang paku serpih, mengata orang negeri awak yang lebih'.

3 comments:

  1. bro,

    memang sedang main tetek ni. aku sedia bagi tetek aku kat LGE kalau dia nak!

    besau punya hawau!

    ReplyDelete
  2. Moga moga anak you satu hari nanti akan jadi macam itu jika benar dan bersedia la Jebat Berkokok,,,malu jadi manusia !

    ReplyDelete
  3. yang pentingnya kita tak memburukkan mana-mana negeri. cermin cermin diri sendiri dahulu

    ReplyDelete