Sunday, October 2, 2011
Bukti DAPigs tersenyum riang?
"Pimpinan DAP jelas kita tak setuju dengan hudud. Umno pun tak setuju dengan hudud. Tetapi tak kan kerana DAP tak setuju Umno tak setuju, DAP dan Umno nak kerjasama.
"Kita terus akan bekerjasama dengan PAS kerana kita masih banyak persamaan. Kita sama-sama lawan rasuah, sama-sama lawan kebatilan, sama-sama lawan BN," tegasnya disambut tepukan dan laungan takbir hadirin.
Dua ayat di atas adalah petikan daripada kata-kata Guan Eng.
Aduh..hipokrit benar rasanya apa yang terpacul keluar dari mulut Guan Eng..Selepas berjaya 'menang besar' di dalam menidakkan keinginan HamPAS untuk melaksanakan hudud (sekadar omong politik) hari ini Guan Eng kembali berikrar untuk merapatkan simpuh untuk sebaris dengan HamPAS di dalam perjuangan.
Sejauh mana kata-kata Guan Eng di atas boleh digunapakai dan dipratikkan jika HamPAS tetap bertegas mahu melaksanakan hudud? Adakah masih ada simpulan kemas di antara HamPAS dan DAPigs jika hudud dilaksanakan?
Yang nyata, DAPigs sudah dapat merasakan kekuatan yang ada pada mereka sehinggakan HamPAS terpaksa tunduk kepada desakan mereka. Dan apalah salahnya jika Guan Eng berkata demikian kerana Guan Eng tahu sejauh mana pun HamPAS terbang, batu-batu lastik DAPigs pasti tidak akan membenarkan HamPAS untuk terbang lebih tinggi daripada mereka.
Dan adalah amat malang jika HamPAS terus diperlakukan seperti anak-anak yang dipijat telinganya lantas dimasukkan di dalam roket DAPigs yang terlalu jelas kemudinya adalah hero-hero DAPigs.
Sampai bila HamPAS terpaksa menumpang roket DAPigs di dalam misi untuk terbang mencapai bulan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment