Tuesday, October 11, 2011
Semua rakyat Malaysia ber 'bin' kan Altantuya
Dek kerana kemaruknya seorang yang bernama Dato' Seri Omega Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri jika boleh semua orang yang cuba menghalang kemahuan gila itu akan dilabel dan digelar Altantuya.
Hanya secara kebetulan, Perdana Menteri sekarang, Dato' Sri Najib menjadi Perdana Menteri maka bibir Dato' Seri Omega tidak lekang daripada 'berzikir' dengan sebutan Najib Altantuya. Jika Tun Mahathir masih lagi menjadi Perdana Menteri pada hari ini, tidak boleh kita nafikan jika nama Mahathir pula disebut dengan Mahathir Altantuya.
Nama Altantuya hanya digunakan untuk kepentingan politik. Jika Guan Eng menyertai MCA dan menghalang kemahuan gila Dato Seri Omega Ibrahim, Guan Eng pasti menjadi Guan Eng Altantuya. Semuanya hanya kerana mahu memberikan label yang cukup buruk kepada sesiapa jua yang menghalang keinginan Datuk Seri Omega itu.
Najib sudah bersumpah yang dia tidak ada hubungan dengan Altantuya, Yang Berhormat Zulkifli Nordin juga sudah menceritakan kronologi berhubung isu Altantuya, trio Datuk T sudah menayangkan video lakonan Datuk Seri Omega Ibrahim dan rakyat Malaysia hanya menunggu satu sahaja detik iaitu detik Datuk Seri Omega Ibrahim menjunjung Quran menafikan dirinya adalah pelaku di dalam video seks itu.
Jika keinginan gila Datuk Seri Omega Ibrahim itu tidak tercapai, janganlah kita terkejut jika semua rakyat Malaysia akan dilabel sebagai ALTANTUYA dan GOMO Altantuya masih ternanti-nanti bila Datuk Seri Omega Ibrahim mahu menyamannya. Bilakah video kedua akan dikeluarkan oleh GOMO Altantuya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment