Kalau dahulu majalah humor (komik) Gila-Gila ada menyelitkan ruangan Profesor Serba Tahu (gambar di atas) kini zaman itu sudah pun berlalu.
Ruangan Profesor Serba Tahu di dalam komik itu adalah sekadar suatu jenaka kerana jawapan kepada persoalan di dalam ruangan itu tidak masuk akal sama sekali. Dan yang lebih jauh lebih penting daripada itu ruangan itu lebih bersifat 'perli' kepada golongan-golongan yang berlagak bijak seolah-olah mereka tahu semua perkara.
Untuk mana-mana Profesor yang cuba menunjukkan bahawa anda tahu serba-serbi sebenarnya hanya menunjukkan bahawa anda adalah golongan Profesor Serba Tahu di dalam komik Gila-Gila.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan setinggi-tinggi ilmu adalah ILMU TIDAK TAHU.
Blog Tendang Terajang -
ReplyDeleteUndang-undang bukan milik mereka yang pakar sahaja.