Thursday, October 13, 2011

Syiah di Pusat Pengajian Tinggi Malaysia?

Segala puji bagi Allah..

Petang tadi berpeluang bertemu dengan seorang sahabat di salah sebuah pusat pengajian tinggi di Malaysia. Runsing benar air muka yang terlihat di muka sahabat tersebut. Beliau memaklumkan ajaran Syiah sedang diterapkan di beberapa pusat pengajian tinggi di Malaysia melalui pensyarah-pensyarah yang datang dari Iran.

Sebagai seorang yang bukan arif di dalam bidang agama, rasanya tidak selayaknya untuk memberi komen apa-apa jua dalam hukum agama tetapi jika mendengar daripada apa yang sahabat tadi terangkan banyak kecelaruan yang timbul seperti dalam soal nikah mutaah, tidak perlu bersembahyang Jumaat sehingga turunnya Imam Mahadi dan macam-macam lagi yang tidak pernah didengari dan tidak pernah dimaklumkan oleh sesiapa jua sebelum ini. Amat pelik.

Sahabat tersebut menyuruh untuk mendengar azan bagi golongan Syiah. Ada kelainan daripada azan yang selalu kita dengar di negara kita.

Dengar azan oleh golongan Syiah seperti yang terdapat di You Tube memang jelas berbeda.



Mohon sesiapa yang arif untuk memberikan penjelasan dan jika ianya melibatkan soal keterpesongan akidah pihak berkuasa tolonglah pantau-pantau pusat pengajian tinggi tersebut.

Wallahuallam..Allah jua Maha Mengetahui..

No comments:

Post a Comment