Sunday, October 23, 2011
Beza antara blogger...
Siapa yang ramas payudara siapa? Siapa yang dapat merasa besar dan gebunya payudara itu?
Kenapa pula Pakatan harus menggesa Timbalan Perdana Menteri untuk memohon maaf kerana dakwa mereka TPM ada mengeluarkan watikah menyokong tindakan blogger pro-kerajaan berhubung skandal meramas payudara itu?
Jahil benar bunyi dakwaan itu, jika benarlah dakwaan itu keluarkan bukti bahawa TPM sememangnya ada mengeluarkan watikah itu. Janganlah berperangai seperti anjing yang sekadar menyalak..
Jika ada bukti itu silalah pimpinan Pakatan edarkan kepada blogger-blogger tersohor mereka seperti Milosuam dan Topeng Perak. Jangan pula diarahkan blogger-blogger itu membuat fitnah yang tidak berasas.
Rendah dan cetek benar pemikiran pimpinan Pakatan sehingga mengatakan akan kewujudan watikah itu. Apa perlunya TPM mengeluarkan watikah itu jika benar sekalipun beliau menyokong tindakan blogger pro-kerajaan. Tidakkah arahan lisan daripada TPM sudah memadai untuk mengarahkan blogger pro-kerajaan bertindak terhadap isu meramas payudara itu.
Ingin diingatkan kepada pimpinan Pakatan bahawa blogger pro-kerajaan tidak akan sesekali tunduk kepada mana-mana kemahuan dan arahan termasuklah daripada pimpinan Barisan Nasional sendiri jika kami merasakan apa yang berlaku adalah perkara yang tidak baik. Pimpinan Barisan Nasional sendiri menjadi bahan hentaman jika mereka melakukan kesalahan.
Inilah yang membezakan blogger pro-kerajaan dan blogger Pakatan. Yang benar tetap benar kepada kami dan kami tidak akan tunduk kepada sebarang arahan jika kami di pihak yang benar.
Jika ada pimpinan Barisan Nasional yang melanggan China Doll juga akan tetap kami dedahkan. Beranikah blogger Pakatan bertindak seperti blogger pro-kerajaan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
'elo...bukan semua blogger pro UMNO atau kjaan pendirian hentam guan eng dlm hal ni, la...
ReplyDelete