Tuesday, October 25, 2011

Mahasiswa jangan rasa diri anda bagus



Khabarnya ada puak-puak pelajar yang berdemo bilamana Perdana Menteri hadir di sebuah pusat pengajian tinggi.

Inilah masalahnya bila orang yang menggelarkan diri mereka MAHASISWA dan MAHASISWI merasakan yang diri mereka terlalu bijak dan boleh mentadbir sesebuah negara dengan lebih baik.

Agak malang bila mahasiswa dan mahasiswi terlupa yang tugas utama mereka adalah belajar dan menimba ilmu bukan melolong menentang kerajaan. Tidakkah otak mahasiswa dan mahasiswi yang telah terasuh di pusat pengajian tinggi telah mendidik mereka untuk menjadi seorang yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beretika?

Di dalam berdemo itu alangkah baiknya jika mahasiswa boleh berfikir untuk beberapa ketika bahawa universiti yang mereka belajar itu juga didirikan oleh kerajaan dan PTPTN yang disediakan juga hasil inisiatif kerajaan.

Paling tidak sekalipun mahasiswa dan mahasiswi, ingat-ingatlah bahawa ibu bapa berhabis duit untuk menghantar anda ke universiti. Tujuannya hanya untuk anda menjadi manusia yang berguna dan boleh dibanggakan ibu bapa anda.

Sedarlah diri, bahawa nasi yang anda makan juga masih disuap ibu bapa dan tugas anda adalah belajar. Jika mahu menjadi pemimpin pun lunaskan dulu tanggungjawab anda pada ibu bapa.

Jika gagal dalam pelajaran nanti, apa yang anda akan beritahu pada ibu bapa anda? Salahkah kerajaan jika anda gagal? Kalau hidung masih berhingus jangan bicara soal mentadbir negara. Memimpin keluarga kelak pun anda masih belum tentu mampu.!!!

2 comments:

  1. Lagipun pelajar pelajar skrg ni tak secemerlang mana berbanding kemudahan yang ada... idup menjadi hamba handphone, internet dan gadjet. Point 2.++ je, BI hancur.. Tok sah le nak belagak sangat.


    Elect. Com. Eng. UCLA, US (1992)
    CREST ENGINEERING

    ReplyDelete
  2. MAJORITI SISWAZAH MELAYU LAH YANG POINTER CUKUP2 MAKAN...NAK BERCINTA LAGI,NAK BERPOLITIK LAGI,KAWAN2 LAGI.......KAUM2 LAIN?

    ReplyDelete