Monday, October 3, 2011

Koh Tsu Koon: Lari bukan menyelesaikan masalah



Khabar angin Koh Tsu Koon mahu bertanding di luar Pulau Pinang dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti semakin bertiup kencang.

Kita menjangkakan Koh Tsu Koon adalah ibarat seekor harimau cedera yang akan mengaum selepas kecundang di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Sebagai seorang pahlawan, sepatutnya 'membalas dendam' haruslah dilakukan di gelanggang yang sama dan dengan lawan yang sama. Itu tradisi seorang pahlawan. Melawan hingga ke 'titisan darah terakhir'.

Jika benarlah khabar angin ini, tidaklah keterlaluan jika kita katakan harimau yang kita ibaratkan adalah sebenarnya kucing siam yang manja. Yang mencari teduh di rumah tuan yang lain untuk terus menjaga bulunya yang kembang lembut dan menarik.

Sebagai orang nombor 1 Gerakan. Tsu Koon seharusnya membuktikan semangat melawan kepada anak-anak buahnya bukan lari dengan rajuk seperti anak dara tua yang menunggu pinangan tak kunjung tiba.

Kewibawaan Gerakan yang sering dipersoalkan adalah tanggungjawab yang harus diselesaikan oleh Tsu Koon untuk membuktikan bahawa Gerakan masih relevan sebagai komponen Barisan Nasional.

Jika mandat diberikan untuk Gerakan terus mentadbir Pulau Pinang maka itulah gelanggang kepada Tsu Koon untuk membuktikan bahawa beliau masih gagah dan mampu bertempur dengan siapa sahaja di bumi yang dipertanggugjawabkan kepadanya.

Lari daripada kekalahan dan bertanding di gelanggang yang lain, hanya akan menampakkan kelemahan Tsu Koon dan pastinya orang akan berkata Tsu Koon mencari kawasan selamat kerana ingin mempertahankan kedudukannya  dan sekadar ingin membutikan Gerakan masih mendapat tempat di hati rakyat.

Sebagai Menteri yang menjaga KPI, Pulau Pinang adalah KPI kepada Tsu Koon. !!!!!

No comments:

Post a Comment