Wednesday, October 19, 2011

Kalau dah benci apa boleh buat



Jika pasangan bercinta gagal mengakhirkan cinta mereka ke jinjang pelamin maka orang akan berkata tidak ada jodoh di antara mereka dan jika pasangan yang sudah berkahwin gagal mempertahankan perkahwinan mereka orang akan berkata bahawa jodoh mereka tidak panjang.

Desas desus yang mengatakan bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat akan meninggalkan parti itu dan menyertai parti pembangkang sudah semakin kuat menggegarkan gegendang telinga seperti yang di laporkan STOPTHELIES dan BUJAI . Mungkin kerana sudah tidak serasi atau Tee Keat sudah menemui 'cinta' baru yang menjanjikan bulan dan bintang kepada beliau.

Entah apa yang berlegar di kepala Tee Keat hingga menyebabkan beliau ingin mengambil keputusan untuk meninggalkan MCA (jika benar) tidaklah kita ketahui. Tetapi kita harus sedar, tewasnya Tee Keat di dalam perebutan kerusi Presiden kepada Soi Lek memungkinkan Tee Keat akan turut terlepas kerusi Parlimen Pandan yang disandangnya.

Mungkinkah Tee Keat akan mengikuti jejak langkah Chua Jui Meng menyertai PKR? Kita akan sama-sama tunggu sejauh manakah kesetiaan Tee Keat kepada MCA dan Barisan Nasional.

Adakah Tee Keat akan mengutamakan perjuangannya bersama MCA atau akan lebih mengutamakan kepentingan politik peribadi?

Kita tidak mengharapkan apa-apa kepada mana-mana pemimpin yang mengutamakan kepentingan peribadi dan sesuailah jika kita katakan kepada mereka 'Datangmu tidak pernah diundang dan pergimu tak pernah dihalau'

Tepuk dada tanya selera!!!

2 comments:

  1. Harapnya Datuk Seri Ong Tee Kiat tidak meninggalkan Barisan Nasional kerana saya sebagai bumiputera melihat Datuk Seri Ong Tee Kiat terainaya oleh puak-puak kiasu dalam MCA, Chua Soi Lek dan kuncu-kuncunya memainkan sentimen perkauman untuk menumbangkan Datuk Seri Ong Tee Kiat semasa pemilihan presiden MCA yang lalu, itu kira kaedah kotorlah nak dapat jawatan presiden MCA oleh Chua Soi Lek.

    Datuk Seri Ong Tee Kiat mungkin kecewa dengan sikap pimpinan MCA yang bukannya nak perkuatkan parti dan Barisan Nasional, tapi sibuk memperkuatkan diri presiden dan kuncu-kuncu mereka dalam parti. Keadaan begini akan menyebabkan MCA akan bertambah tenat dan akan tersungkur dengan teruk selepas ini. Selepas itu baru puas hati Chua Soi Lek dan kuncu-kuncunya. Pimpinan parti dalam komponen Barisan Nasional banyak yang jadi beban kepada Barisan Nasional, Najib jadi masalah kepada UMNO, Palanivel jadi beban kepada MIC, Koh Tsu Koon jadi masalah kepada Gerakan, dan lain-lain pimpinan macam Pak Lah kaki tidor, Khairy kaki demontrasi liar, Hishammuddin menteri amaran, Nazri Aziz bapak angkat Namewee, Wee Ka Siong timbalan menteri melampau (perkauman), dan beberapa lagi terutama dalam pemuda Barisan Nasional yang banyak cakap, tapi pandir dan merosakkan air muka Barisan Nasional dengan pemikiran cetek mereka itu. Ramai yang kecewa dengan keadaan Barisan Nasional sekarang ini, tindakan perlu diambil oleh ahli-ahli untuk menyingkirkan 'biawak-biawak hidup' yang menjadi beban kepada parti komponen dalam Barisan Nasional, perlu diingat, parti perlukan pemimpin yang boleh buat kerja macam Datuk Seri Ong Tee Kiat dan beberapa pemimpin lain dalam parti komponen Barisan Nasional, bukannya macam Najib, Chua Soi Lek, Nazri Aziz, Hishammuddin, Khairy, Wee Ka Siong, Pak Lah Kaki Tidor dan beberapa lagi pimpinan terutama dalam Pemuda Barisan Nasional yang berlagak pandai, tapi pandir dalam tindakan. Jangan ubah pemerintah Malaysia sekarang ini, tapi ubah pemimpin bermasalah seperti di atas itu.

    Yang benar,


    Encik Mohamad.

    ReplyDelete
  2. encik mohamad, wee ka siong bukan dalam bn. beliau adalah mp bebas yg keluar pkr bersama zul mp kulim. yg lain, saya setuju dgn anda. mungkin ong tee kiat dpt menghidu bahawa mca akan bungkus dlm pru13 nanti & beliau juga mungkin tidak tercalon dlm pru tersebut. so, apa yg perlu beliau buat? semua dlm pertimbangan. nk masuk pas? nk masuk umno? semua kena reject. paling bagus beliau join dap, supaya cepat kena bungkus hidup2 oleh anak beranak karpal & lims family...

    ReplyDelete