Showing posts with label Chua Soi Lek. Show all posts
Showing posts with label Chua Soi Lek. Show all posts
Wednesday, October 19, 2011
Kalau dah benci apa boleh buat
Jika pasangan bercinta gagal mengakhirkan cinta mereka ke jinjang pelamin maka orang akan berkata tidak ada jodoh di antara mereka dan jika pasangan yang sudah berkahwin gagal mempertahankan perkahwinan mereka orang akan berkata bahawa jodoh mereka tidak panjang.
Desas desus yang mengatakan bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat akan meninggalkan parti itu dan menyertai parti pembangkang sudah semakin kuat menggegarkan gegendang telinga seperti yang di laporkan STOPTHELIES dan BUJAI . Mungkin kerana sudah tidak serasi atau Tee Keat sudah menemui 'cinta' baru yang menjanjikan bulan dan bintang kepada beliau.
Entah apa yang berlegar di kepala Tee Keat hingga menyebabkan beliau ingin mengambil keputusan untuk meninggalkan MCA (jika benar) tidaklah kita ketahui. Tetapi kita harus sedar, tewasnya Tee Keat di dalam perebutan kerusi Presiden kepada Soi Lek memungkinkan Tee Keat akan turut terlepas kerusi Parlimen Pandan yang disandangnya.
Mungkinkah Tee Keat akan mengikuti jejak langkah Chua Jui Meng menyertai PKR? Kita akan sama-sama tunggu sejauh manakah kesetiaan Tee Keat kepada MCA dan Barisan Nasional.
Adakah Tee Keat akan mengutamakan perjuangannya bersama MCA atau akan lebih mengutamakan kepentingan politik peribadi?
Kita tidak mengharapkan apa-apa kepada mana-mana pemimpin yang mengutamakan kepentingan peribadi dan sesuailah jika kita katakan kepada mereka 'Datangmu tidak pernah diundang dan pergimu tak pernah dihalau'
Tepuk dada tanya selera!!!
Monday, January 10, 2011
Sudah tenang mari kita fokus ke Tenang

Alhamdulillah selesai sudah kemelut yang melanda Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Rasanya tidak perlu diungkit atau dibahaskan lagi.
Perlu kita sedar ada 'medan tempur' yang sedang menunggu kita di Tenang. Daripada kita bergolak sesama sendiri alangkah eloknya jika kita bergerak sederap seirama memperjuangkan kemenangan Barisan Nasional sekaligus membentuk keyakinan di dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.
Isu-isu yang berbangkit pada masa ini adalah 'modal ciptaan' puak sebelah sana sebagai bahan kempen murahan di dalam menarik perhatian pengundi Tenang. Perlu kita tangani setiap isu ini dengan bijak dan waras.
Sebut sahaja setiap apa yang berlaku dewasa ini pastinya puak Pakatan jelmakan dengan agenda politik yang akan menguntungkan mereka. Apa sahaja yang berlaku seolah-olah Barisan Nasional punya angkara. Jangkaan mereka cukup jauh di dalam merencanakan agenda politik murahan mereka.
Ibarat tin kosong, puak Pakatan haruslah sentiasa 'membunyikan dan menyanyikan' sebarang lagu untuk terus kekal di hati rakyat jika tidak momentum pergerakan mereka akan lenyap di telan masa. Justeru itulah, Pakatan terpaksa menyanyi dan terus menyanyi sebelum mereka tersembam ke bumi.
Kita sama-sama hadapi mainan politik murahan ini dan jangan kita turut sama mengalunkan lagu sumbang nyanyian Pakatan.
Ayuh..kita lakar sejarah seterusnya di Tenang..Insyaallah Barisan Nasional akan tenang-tenang saja di Tenang..
Thursday, August 27, 2009
Kongkek langsung terjubok

Betul kata orang tua..'ikut nafsu, lesu..ikut kata hati, mati'. Nasib ko le Chua Soi Lek. Kes kes kongkek ni boleh bawak orang politik ke jalan 'mati'. Cuma aku nak nasihatkan kalau nak kongkek juga kongkek macam Nuar Berahim..kongkek jubo orang akan sanjung sampai jadi Ahli Parlimen. Tak cukup dari tu nak jadi pulak Perdana Menteri biarpun esok lusa orang akan panggil Perdana Menteri jubo.
Subscribe to:
Posts (Atom)
