Monday, January 10, 2011
Sudah tenang mari kita fokus ke Tenang
Alhamdulillah selesai sudah kemelut yang melanda Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Rasanya tidak perlu diungkit atau dibahaskan lagi.
Perlu kita sedar ada 'medan tempur' yang sedang menunggu kita di Tenang. Daripada kita bergolak sesama sendiri alangkah eloknya jika kita bergerak sederap seirama memperjuangkan kemenangan Barisan Nasional sekaligus membentuk keyakinan di dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.
Isu-isu yang berbangkit pada masa ini adalah 'modal ciptaan' puak sebelah sana sebagai bahan kempen murahan di dalam menarik perhatian pengundi Tenang. Perlu kita tangani setiap isu ini dengan bijak dan waras.
Sebut sahaja setiap apa yang berlaku dewasa ini pastinya puak Pakatan jelmakan dengan agenda politik yang akan menguntungkan mereka. Apa sahaja yang berlaku seolah-olah Barisan Nasional punya angkara. Jangkaan mereka cukup jauh di dalam merencanakan agenda politik murahan mereka.
Ibarat tin kosong, puak Pakatan haruslah sentiasa 'membunyikan dan menyanyikan' sebarang lagu untuk terus kekal di hati rakyat jika tidak momentum pergerakan mereka akan lenyap di telan masa. Justeru itulah, Pakatan terpaksa menyanyi dan terus menyanyi sebelum mereka tersembam ke bumi.
Kita sama-sama hadapi mainan politik murahan ini dan jangan kita turut sama mengalunkan lagu sumbang nyanyian Pakatan.
Ayuh..kita lakar sejarah seterusnya di Tenang..Insyaallah Barisan Nasional akan tenang-tenang saja di Tenang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mana boleh dilupakan...dosa tetap dosa..si pesalah mesti dibawa kemuka pengadilan..inilah puak-puak umno..kalau bersalah mudah dilupakan..kalu kesalahan org lain nampak walaupun macam semut kecik nya..
ReplyDelete