Friday, January 14, 2011

Dialog isu azan?




Kecoh apabila ada orang bukan Islam yang komplen isu azan yang dikatakan terlalu kuat sehingga mengejutkan tidurnya..Kalau tak mahu tidur diganggu sumbatlah telinga tu dengan kapas..


Tak mengapalah kalau dah namanya pun bukan Islam apalah yang dia faham dengan hukum hakam..


Yang menarik bila PAS berkata perkara itu harus dirundingkan dengan cara yang baik dan bukan dengan emosi..Wah sejak bila pulak PAS boleh berlembut lidah?


Di dalam pilihanraya biasanya puak-puak penyokong totok PAS tidak pulak berlaku lembut seperti yang dicadangkan untuk isu azan..Setakat memaki hamun seperti sebati dengan mereka. Di dalam demonstrasi jalanan tidak pula pimpinan PAS kata bahawa demonstrasi adalah bukan perkara yang elok di dalam mencari jalan penyelesaian.


Di dalam mencari jalan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan sesama Melayu pelbagai syarat pula yang PAS letakkan..bahkan ada yang lebih angkuh kata PAS tidak perlu bekerjasama dengan UMNO.


Pelik..sebagai sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, PAS boleh mengkafirkan rakan-rakan Islam di dalam UMNO..seolah-olah tidak ada ruang untuk perbincangan sesama Islam..tetapi apabila orang bukan Islam mengatakan suara azan terlalu kuat sehingga mengganggu tidur mereka, PAS buka ruang seluas-luasnya untuk perbincangan..Mana logik dan asas pertimbangan PAS.


Inilah yang menyukarkan keadaan bila mana agenda politik mengatasi segala-galanya..


Adakah PAS ibarat lalang yang akan condong ke mana angin bertiup?

2 comments:

  1. kamu perlu belajar lagi cara islam ygn sebenarnya...baru komen..inilah mereka yg tidak faham islam..

    ReplyDelete
  2. Inilah susahnya bila puak PAS menghalalkan cara untuk kepentingan politik mereka. Semua pandangan baik dari sudut agama dan pandangan peribadi akan dianggap tidak benar jika tidak menguntungkan kepentingan politik mereka.Seolah-olah cuma puak PAS yang alim dan mengetahui.

    ReplyDelete