Setelah puas mendoakan rakan sesama Islam pecah perut dan berhajat agar blogger BN ditimpa bala kali ini, dia berdoa lagi supaya UMNO dihancurkan.
Puas dan rasanya sudah banyak kali wali mangkuk tingkat ini berdoa tetapi tidak satu pun yang dimakbulkan. Orang yang didoakan supaya ditimpa bala itu terus sihat segar bugar dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Kenapa doanya tidak dimakbulkan..Banyak sebab doa tidak dimakbulkan:
"Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :
"Ya Abu Ishaq, Allah berfirman bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan. Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !". Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara". 1. Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya. 2. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya. 3. Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya. 4. Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunnahnya. 5. Kamu mengatakan dirimu akan masuk Syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke Syurga. 6. Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya. 7. Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati. 8. Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri. 9. Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepada-Nya. 10. Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka. " Fikirkan di mana seharusnya wali mangkuk tingkat ini diklasifikasikan!!!! |
Minta kebenaran menceduk entri tuan!
ReplyDeleteartikel yang baik
ReplyDeleteRakan blogger bingai..tidak ada masalah untuk digunapakai..rakan sungai rapat..terima kasih..
ReplyDeleteinilah tanda-tanda akhir zaman..ulamak dihina..org yng tidak amalkan islam disanjung-sanjung dan dipuja-puja....dinasihatkan janganlah menghina terlampau kepada ulamak-ulamak..siapa kita???..siapa kamu???sekurang-kurangnya mereka mengamalkan kehidupan islam...tetapi kamu ada apa yg nak dipersembahkan kepada Allah swt kelak..
ReplyDeleteAnon..siapa kamu hendak menabalkan dia sebagai ulamak? siapa kamu hendak menilai sama ada seseorang itu mempunyai amal atau tidak untuk dipersembahkan di akhirat kelak? Jika beramal sekadar untuk menunjuk-nunjuk dan tidak ikhlas hanya akan mengundang riak dan riak hanya akan menyebabkan menyekutukan Allah..fikirkan..
ReplyDeleteIni lagi sedih..antara ulamak dan bukan ulamak pun tidak dapat dezakan..kan ulamak itu ada ilmu agama dan dia mengamalkannya...soal ikhlas itu hak Allah swt...takkanlah kamu pun nak jadi tuhan utk menentukan amalan sesseornag...sekurangnya-kurangnya kita dapat melihat dan boleh membezakan yg mana benar-benar amal islam atau tidak...laianlah puak-puak umno..yng paling kecil perintah Allah pun TIDAK DAPAT DILAKSANAKNNYA seperti tutup aurat..jadi macam mana nak memperjuangkan agama Allah. Iniyg perlu difikirkan
ReplyDeleteKEPADA Anonymous 2:16 AM, KAWE NOK TANYO... MASO DULU PAS PIS... KATO CALON PEMPUAN TOK LEH... LO NI ,, BULE PULOK DOH... LAGU GAPO NI... HE HE
ReplyDeleteYa Allah ya Tuhanku. Ampunilah dosa pemimpin-pemimpinku. Bukakanlah pintu hati mereka agar mereka dapat menyatupadukan umat Islam dan kaum Melayu. Semoga dengan bersatupadunya kaum Melayu pasti agama-Mu akan terpelihara di bumi Malaysia ini. Amin
ReplyDeleteAlangkah bagus jika doa untu kebaikan.
Pas...Pas... ulamak yang suka berdoa perkara-perkara yang buruk.
Adakah patut doa pecah perut untuk DS Najib?
ReplyDeleteSepatutnya mohon doa begini...
Ya Allah ya Tuhan kami, jika duit royalti minyak itu baik untuk rakyat Kelantan, maka Kau bukalah pintu hati DS Najib membayar royalti petrolium kepada kerajaan yang memerintah Kelantan.
Jika duit itu tidak baik untuk kami maka janganlah diberi kepada kami. Hanya Engkau Tuhan yang maha mengetahui. Amin.