








Selagi lagi wali besar temberang yang syafaatnya mampu memberi jaminan masuk ke syurga mendoakan yang pelik-pelik kepada rakan sesama Islam."Ya Abu Ishaq, Allah berfirman bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan. Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !". Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara". 1. Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya. 2. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya. 3. Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya. 4. Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunnahnya. 5. Kamu mengatakan dirimu akan masuk Syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke Syurga. 6. Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya. 7. Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati. 8. Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri. 9. Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepada-Nya. 10. Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka. " Fikirkan di mana seharusnya wali mangkuk tingkat ini diklasifikasikan!!!! |


Saudara Mohd Azahar bin Ibrahim telah diumumkan sebagai calon Barisan Nasional di dalam pilihanraya kecil DUN Tenang.



Ampun seluruh kerabat di Raja Johor dan mohon maaf seluruh rakyat Johor yang pastinya sedang berdukacita di atas kemangkatan Al-Marhum Baginda Sultan. Jebat berhasrat untuk tidak mencoretkan apa apa malam ini atas dasar menghormati istiadat berkabung seluruh negeri Johor. Tetapi apabila terpandang apa yang Jebat jumpa di http://adukataruna.blogspot.com/ hati Jebat tiba tiba jadi membara. Bangsat dan gampang itulah perkataan yang sesuai Jebat bagi kepada anak bangsat seperti Adukataruna. Bagaimana mungkin seorang anak Melayu seperti Adukataruna (kalau betullah dia Melayu atau mungkin Melayu yang dah makan babi) melontarkan bait bait perkataan seperti di atas di ketika seluruh rakyat Johor khasnya dan rakyat Malaysia amnya sedang berdukacita di atas kemangkatan baginda Sultan. Jebat serahkan adukataruna kepada rakyat Johor. Mohon ampun kiranya Jebat tersalah adab memanggil gelaran kepada kerabat di Raja Johor kerana Jebat berasal dari negeri tidak berSultan. Mohon maaf dan merafak sembah kepada seluruh kerabat di raja Johor dan rakyat Johor. Alfatihah...