
Monday, July 21, 2014
Makin hari telur makin kecik!!

Wednesday, July 24, 2013
Hati Jebat terharu dengan video ni!!
Friday, March 2, 2012
Betul ke LGBT nak dibawa ke PBB?
Setakat mana kesahihan berita itu tidaklah pula Jebat tahu.
Jika benarlah perkara ini terjadi tentunya aib besar akan terpalit ke muka kita orang-orang yang beragama Islam yang duduk di negara yang agama resminya adalah agama Islam.
Tentu industri pelacuran dan maksiat akan tambah berleluasa di Malaysia. Dalam pada kerajaan sibuk menguatkuasakan undang-undang membenteras maksiat pun industri maksiat ini boleh berkembang bayangkan sahaja apa akan berlaku kalau industri maksiat ini tidak lagi menjadi salah di sisi undang-undang.
Bukan sahaja orang muda malah yang sudah berkahwin pun akan terlibat sama. Maka akan kedengaranlah nanti suami orang 'merembat' isteri orang. Dan tentulah si suami tidak akan lagi dapat membawa samseng seramai 20 orang untuk membelasah lelaki yang 'merembat' isterinya.
Tentulah lelaki-lelaki Malaysia tidak akan ketinggalan jam tangan mereka di hotel setelah 'merembat' ayam-ayam mahupun kekasih kerana tidak lagi perlu risaukan akan serbuan yang dibuat oleh Jabatan Agama.
Tentulah gadis-gadis tidak lagi segan silu tidur mengangkang untuk gambar kemaluannya di rakamkan oleh teman lelakinya.
Tentulah kejadian 'merembat' isteri orang di dalam kabin keretapi tidak lagi menjadi isu besar.
Tentulah tidak perlu bersumpah laknat lagi selepas ini kerana semuanya telah menjadi halal.
Tentulah tidak ada lagi manusia yang bergelar Anugerah Tuhan kerana antara kita sama sahaja.
Dan yang tentunya, kita tidak lagi perlu kepada pemegang kunci syurga kerana semua manusia dan rakyat Malaysia akan masuk syurga tidak kiralah bagaimana tingkah dan lakunya.
Sunday, February 19, 2012
Politik, isteri dan GRO
Saturday, December 17, 2011
Ada apa pada gambar ni?Profesor tolong jawab!!!
Apa yang anda pelikkan dengan gambar di atas? Jika sudah namanya manusia tentulah perangainya macam-macam dan sukar ditafsirkan.
Kita komen dulu gambar yang sedang bercumbu rayu macam anak gampangan ini.
KOMEN: INI ADALAH MANUSIA GILA
Sekarang kita komen pula gambar yang di atas yang menampakkan seorang lelaki sedang bercakap di pembesar suara.
KOMEN: INI ADALAH TINDAKAN GILA
Jom kita komen pula gambar di bawah ini.
KOMEN: INI GAMBAR YANG MEMBUAT KITA GILA DAN KEMUDIANNYA KELUAR PULA KENYATAAN YANG LEBIH GILA 'NAMEWEE ADALAH SEORANG ANAK MUDA YANG KREATIF DAN BERFIKIR DENGAN CARA YANG BERBEDA'.
Kita sama-sama tunggu adakah akan keluar kenyataan yang lebih gila bunyinya daripada pucuk pimpanan?
Malaysia Baru..Kali ini betul-betul kena selamatkan Malaysia.
Tranform beb transform..Jangan pelik!!!!
Thursday, November 17, 2011
Bolehkah rakyat Malaysia sepakat seperti rakyat Indonesia?
Tahniah kepada skuad Harimau Muda kerana berjaya membenam pasukan Garuda yang begitu angkuh dengan puluhan ribu penyokongnya.
Melihat kepada gelagat rakyat Indonesia yang tidak langsung menunjukkan hormat kepada lagu Negaruku membuatkan hati menjadi mendidih tetapi apabila dikenangkan bahawa skuad Harimau Muda sedang beraksi di Indonesia, kepala secara automatik mengangguk tanda faham mengapa keadaan menjadi sebegitu rupa.
Persetan dengan soal penyokong Indonesia kerana Indonesia tetap dengan Indonesianya tetapi semangat kenegaraan yang terpancar di wajah penyokong Indonesia jelas kelihatan. Apabila tiba masa untuk mempertahankan maruah negara, warga Indonesia membulatkan tekad dan duduk dalam satu pasukan yang kelihatan tidak mungkin boleh dirungkaikan.
Bolehkah rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan negara seperti mana yang dilakukan rakyat Indonesia?Bersatu hati seia sekata.
Mungkin sahaja slogan 1 Malaysia sebenarnya menjurus kepada soal pemuafakatan rakyat Malaysia tetapi untuk menterjemahkan pemuafakatan itu haruslah terlebih dahulu di ketepikan soal RAKYAT PAS, RAKYAT PKR DAN RAKYAT DAP.
Jika Kedai Rakyat 1 Malaysia pun dipertikaikan oleh Rakyat Pakatan mana mungkin pemuafakatan yang kita inginkan akan menjadi kenyataan.
Yang kita cuma belajar daripada rakyat Indonesia hanyalah berdemo di jalanraya..memalukan!!!
Wednesday, October 12, 2011
Rakyat untung bila oposisi kuat?
Benarkah rakyat akan sentiasa untung jika parti oposisi kuat? Itu antara persoalan yang harus kita fikirkan bersama apabila disuarakan oleh lidah rasmi HamPAS DI SINI
Jika di fikir seimbas lalu ada benarnya dengan kenyataan itu tetapi apabila difikirkan secara mendalam, kekuatan yang ada pada parti oposisi hanya akan merencatkan perencanaan negara dan membantutkan daya urus negara yang baik.
Tidak dapat lari daripada nama 'PEMBANGKANG' parti oposisi secara mutlaknya membangkang sesuatu usaha yang dilakukan oleh parti pemerintah biarpun ianya suatu usaha yang murni untuk kesejahteraan rakyat. Kenyataan 'rakyat untung bila oposisi kuat' itu boleh dikatakan sebagai tepat jika parti oposisi membangkang di dalam kaedah atau cara yang membina dan bukan membinasa. Dengan perkembangan politik Malaysia selepas tsunami politik 2008, jelas dan nyata tiada sebarang 'tindakan membangkang' yang membawa kepada kebaikan daya urus Malaysia. Ianya lebih bersifat merumitkan dan ada kalanya merugikan pihak tertentu.
Bayang sahaja berapakah ruginya ahli-ahli Yang Berhormat apabila elaun yang seharusnya dinaikkan tersekat begitu sahaja apabila pimpinan parti oposisi merasakan yang mereka begitu berkuasa sehingga berhak menentukan perlu atau tidak seseorang itu menerima laba. Jangan kita terlupa pada demonstrasi haram BERSIH 2.0 yang juga disebabkan oleh kuatnya parti oposisi.
Di dalam keadaan menjadi sebuah parti oposisi pun mereka sudah 'mengganggu' banyak perencanaan parti pemerintah yang menggalas amanah rakyat bayangkan sahaja jika kekuatan yang ada pada mereka di tambah dengan menukarkan status mereka kepada parti pemerintah. Apakah mereka akan bersedia untuk mendengar dan menerima pandangan rakyat? Ambil sahaja contoh, orang yang sudah bertahun kebuluran tiba-tiba disogokkan dengan ribuan hidangan? Atau ambil saja contoh seperti beruk mendapat bunga?
Oposisi perlu kuat tetapi kuatnya biarlah membina. Kita perlukan oposisi yang dapat sama-sama membantu parti pemerintah di dalam meningkatkan daya urus negara. Keadaan parti oposisi yang tidak langsung nampak akan kebaikan yang sedang dibina oleh parti pemerintah adalah sebuah parti yang tidak selayaknya dipanggil parti oposisi yang matang. Gariskanlah atau sebutkanlah di mana pernah wujudnya Pakatan berkata ' INILAH KEBAIKAN YANG DIBAWA OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL'.
Malaysia akan lebih untung jika mempunyai rakyat yang kuat iaitu 'bersatu-padu' dan senada seirama di dalam menyokong segala niat baik parti pemerintah. Tegur Melayu dalam santun dan adab dan itulah formula kepada kejayaan Malaysia selama ini.
Apakah kita masih memerlukan oposisi yang cukup kuat untuk merobohkan formula kejayaan ini?
Wednesday, July 13, 2011
Rakyat PAS atau rakyat Malaysia??
Betul ke PAS berjuang atas tiket rakyat? Lu biar betul bhai..Gua rasa tak semua rakyat Malaysia sokong lu orang. Yang sokong lu orang adalah rakyat PAS dan bukan menggambarkan rakyat Malaysia keseluruhan.
Rakyat Melaka adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia dan kami di Melaka majoriti rakyat tak terima BerShit yang lu orang buat. Kalau ada yang bersetuju pun mereka jugak adalah rakyat PAS.
Sebab apa gua kata rakyat PAS? Sebabnya mudah..pasal undang-undang Malaysia tak benarkan rakyatnya menyertai perhimpunan haram macam BerShit cuma undang-undang rakyat PAS yang menghalalkan BerShit.
Jadi lepas ni kalau lu orang nak buat benda-benda yang tak mengikut undang-undang Malaysia lu orang harus sebut rakyat PAS akan berdemo untuk menentang apa yang lu orang rasa tak betul. Gua tak kisah kalau lu orang gunakan ayat 'rakyat PAS' kerana gua tak termasuk dalam ayat tu. Lu suka lah kalau mahu guna ayat rakyat PAS.
Gua sebagai rakyat Malaysia tak setuju dengan apa yang lu orang buat..Lu jangan pandai-pandai kata lu orang bertindak atas suara rakyat. Suara gua ada lu dengar? Gua pun rakyat..rakyat yang tahu undang-undang Malaysia.
Sunday, January 16, 2011
Tenang: Kau kencing lagi
Nuar Berahim dah mula jual temberang di Tenang..Di stesen Tenang Nuar Berahim kata soal harga barang adalah disebabkan oleh BN. Kawan aku yang tinggal di Selangor kata harga barang-barang naik juga..Kerajaan yang memerintah Selangor adalah kerajaan Pakatan jadi kenapa harga barang-barang terus naik di Selangor kalau benarlah kerajaan Pakatan di Selangor benar-benar membela nasib rakyat?
Harga gula dan minyak masak di Selangor terus naik seperti di negeri-negeri lain..Jangan hanya pandai menuduh kerajaan BN yang menyebabkan harga barang naik..Perbetulkan apa yang ada di Selangor dulu kemudian baru boleh menuding jari kata kerajaan BN yang menaikkan harga barang.
Intai-intailah diri tu dulu..Kalau di negeri sendiri pun tak boleh nak dikawal harganya jangan membuta tuli menyalahkan orang lain.
Di Selangor bil air tak perlu bayar?Lawak bangang apa yang Nuar Berahim jaja? Seharusnya Nuar Berahim dinobatkan sebagai juara Raja Lawak seperti Nabil, Sepah dan lain-lain..Tiap-tiap rakyat Selangor tetap bayar bil air di Selangor..mana ada percuma di Selangor? Mungkin di Selangor ada Santa Claus yang bawak guni suka-suka kasi air percuma di Selangor..Berapa punya bodoh rakyat jika percaya apa yang Nuar Berahim cakapkan. Dalam ceramah tidak ada agenda pembangunan untuk membela rakyat yang diutarakan..yang ada cuma agenda mengatakan dirinya dianiaya semasa tuduhan kes liwat yang terdahulu dan yang ada cuma segala keburukan BN..rasanyalah dalam tempoh 50 tahun merdeka tidak adakah secebis kebaikan yang BN lakukan untuk rakyat Malaysia?Ada mata silalah gunakan dengan bijak untuk menilai..Jangan jadi lembu yang dicucuk hidung...Otak untuk berfikir...
Jangan terpedaya dengan manis mulut Nuar Berahim..
Friday, January 7, 2011
Rubingah tidak diperkosa
Alhamdulillah..segala teka-teki berhubung kes ini telah dijelaskan dengan sejelas-jelasnya.
Alangkah hinanya pihak-pihak yang membawa cerita palsu ini.
Tetapi aku cukup yakin dan percaya bahawa 'yang hak pasti melenyapkan yang batil'.
Cuma yang agak mendukacitakan kenapa harus ada yang bercerita tanpa ada usul periksa..
Berita lanjut sila ke blog sahabat gerakan-anti-pkr.blogspot.com
Friday, December 31, 2010
Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru kepada seluruh rakyat Malaysia..Moga kehadiran tahun baru ini akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju dan sejahtera.
Segala keburukan yang berlaku sepanjang tahun 2010 sama-sama kita jadikan pedoman moga kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Kepada yang sudah jauh terpesong, kembalilah ke pangkal jalan untuk sama-sama menjadikan Malaysia sebuah negara yang benar-benar aman.
Moga tidak akan ada di antara kita yang akan terus memburuk-burukkan negara di mata dunia dan jangan ada lagi anak-anak kecil yang akan terus diseret ke jalanan untuk agenda politik.
Moga tidak akan ada yang mendoakan mana-mana pihak agar pecah perut. Moga tidak ada pihak yang akan mengkafirkan sesama Islam.
Moga masjid dan surau tidak dicemari dengan sebarang kegiatan politik dan jangan ada yang bukan Islam yang sesuka hati mencemarkan rumah ibadat ini.
Jangan ada pihak yang sesuka hati mencemarkan lagu Negaraku dan jangan pula ada pihak yang mencari keburukan sesama kita.
Berjuang atas nama dan nama itulah yang harus kita pertahankan. Kenal lah siapa tuan dan siapa lawan. Jangan jadi duri dalam daging dan gunting dalam lipatan..
Menjunjung Duli Tuanku..Raja lambang kekuatan Melayu.
Selamat Tahun Baru..
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa
Tuesday, December 28, 2010
Indon berdemo lagi

Khabarnya penyokong-penyokong bolasepak Indonesia berdemo di hadapan hotel pasukan bolasepak negara menginap di Jakarta. Semuanya gara-gara tidak puashati pasukan mereka dibenam di Bukit Jalil.
Pasal dakwaan sinaran laser mengganggu penjaga gol mereka hanyalah alasan yang sengaja dicipta. Siapa yang tidak kenal dengan Indon yang memang suka berdemo.
Dalam bolasepak mungkinkah seorang penjaga gol tidak bergerak mengejar bola sehinggakan sinaran laser yang sekecil itu mampu mengejar anak mata penjaga gol? Semuanya alasan dan sememangnya Indon memang suka berdemo.
Apabila pasukan bolasepak kita dibelasah dengan jaringan yang cukup besar di Jakarta, anak-anak Indon ini diam seribu bahasa bahkan apabila mereka bertandang di tempat kita, mereka dilayan dengan penuh semangat kesukanan.
Kalau bendera negara kita pun mereka tergamak bakar mana mungkin mereka dapat menerima kekalahan ini. Mungkin benar bila ada orang yang berkata, penyokong mereka lebih rela pasukan mereka tumpas di tangan pasukan lain selain daripada pasukan Malaysia.
Apapun kita harap pasukan negara kita tidak akan lemah semangat dengan provokasi yang tidak ada semangat kesukanan ini.
Sama-sama kita panjatkan doa moga pasukan kita beroleh kejayaan.
Rakyat Malaysia pastinya merestui perjuangan anak-anak muda ini..Malaysia boleh!!!!!
Sunday, December 26, 2010
Tahniah Malaysia

Tahniah kepada skuad bolasepak Malaysia di atas kejayaan membenam pasukan Indonesia dengan jaringan yang besar.
Semangat Malaysia Boleh jelas dijelmakan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Siapa pernah terduga dengan kemerosotan mutu bolasepak negara sebelum ini, Malaysia kini sudah bangkit!!!
Tambah membanggakan, skuad Malaysia 100 peratus anak jati Malaysia dan kita tidak perlu mengambil mana-mana pemain luar dengan memberi taraf kerakyatan.
Sekalung tahniah kepada Menteri Belia dan Sukan di atas kejayaan ini. Lu memang best!!!
Monday, December 13, 2010
Terdedahkah Malaysia pada bahaya?

Jangan terlalu gembira dengan apa yang Wikileaks dedahkan berhubung Nuar Berahim. Jangan terlalu memandang perkara itu sebagai satu kelebihan yang boleh digunapakai yang membolehkan kes Nuar Berahim boleh dilondehkan dengan mudah.
Bertahun lamanya kita telah sedar bahawa Nuar Berahim seorang yang cukup licik dalam permainan politik. Di dalam politik segalanya mungkin. Bertahun lamanya juga Nuar Berahim seperti yang dilaporkan oleh banyak pihak sering ke luar negara menghebahkan pertuduhan kes liwatnya di luar negara. Dan apabila ada pihak luar negara yang tiba-tiba, seperti yang didedahkan Wikileaks 'tahu' dengan apa yang berlaku di dalam negara ini secara 'mendalam' adakah ini boleh dipandang ringan oleh kita?
Bagaimana mungkin Singapura boleh mengatakan Nuar Berahim terlibat di dalam kes liwat itu jika tiada pengamatan dan asas yang kukuh? Sedangkan di dalam Malaysia sendiri pendapat rakyat berhubung kes liwat ini terbahagi dua..
Mungkinkah ada 'agen-agen' luar yang berkeliaran di Malaysia dan menjadi 'James Bond' kepada negara mereka? Jika benarlah perkara ini, ianya pasti menjadi sesuatu perkara yang seharusnya membimbangkan kita.
Terdahulunya, perkhidmatan Blackberry yang didakwa terdedah kepada soal 'kebocoran' rahsia sama ada rahsia peribadi mahupun negara telah menyebabkan kerajaan Malaysia berfikir untuk mengharamkan penggunaan Blackberry di dalam Malaysia. Kalau perkhidmatan telefon pun merungsingkan kita, apakah jika benar banyak 'agen-agen' berkeliaran di dalam Malaysia tidak menjadi kerungsingan dan kebimbangan kita???
Ada pula pihak yang berkata. melihat kepada populariti Nuar Berahim sudah makin menurun di dalam Malaysia, maka ada pihak yang merasakan kebolehbergantungan kepada Nuar Berahim sudah tidak boleh digunapakai...'habis madu sepah dibuang' dan 'sudah dapat gading bertuah, tanduk sudah tidak berguna'.
Langkah sebaiknya, jangan terlalu leka dan mengambil mudah perkara ini. Lama sudah kita sedar bahawa hubungan Malaysia-Singapura tidaklah sentiasa setenang air di kolam. Jerat tidak pernah lupa pada pelanduk...!!!!
Wednesday, December 1, 2010
Takkan Melayu hilang di dunia
Dulu Nik Ajis mengatakan beliau tidak berbangga menjadi Melayu..Sekarang, Nuar Berahim pulak seperti menolak ketuanan Melayu. Benar, ada Melayu yang masih menjadi pencuci longkang tetapi tidak semua Melayu yang merempat di tanahair sendiri. Dalam jutaan rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu adalah mustahil untuk semua mencapai kekayaan. Itu lumrah dan di dalam lumrah itu adanya takdir Allah s.w.t. Telah ditentukan sama ada seorang itu menjadi Perdana Menteri mahupun pencuci longkang. Baik Dato' Sri Najib bahkan Nuar Berahim sendiri tidak akan mampu mengubah takdir. Jangan Nuar ingat dia mampu mengubah takdir..jalan ke Putrajaya juga semakin kelam kerana takdir Allah.
Tak cukup dengan itu..ada pulak suara yang mencadangkan Lim Kit Siaang untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri..idea dan cadangan gila apakah ini?Rakyat Malaysia masih tidak lupa apabila ada puak yang mencadangkan untuk dibawa balik Chin Peng..bapak komunis..ada pulak Melayu yang menyokong cadangan itu. Apa sudah jadi dengan Melayu?
Jangan hanya kerana merasakan sokongan pengundi Melayu sudah semakin berkurangan kita harus tunduk kepada segala jenis kegilaan..Jangan hanya menang sorak kampung tergadai...
Mujurlah Melayu masih ada Sultan dan jawatan Sultan tidak boleh dipertandingkan..Kalau tidak mungkin lebih buruk akibatnya..
Pengundi dan rakyat Malaysia di luar sana...jika tidak mahu berjuang sekalipun..ingat-ingatlah dan kasih lah pada ketuanan Melayu...
Thursday, September 16, 2010
Ini baru betul

Ini bukan cubaan, ini betul betul. Nuar Berahim kencing satu Malaya kata nak tubuhkan kerajaan pada 16 September. Sampai sekarang bayang pun tak ada. Kain rentang yang puak Pakatan buat yang tertera perkataan 'menuju ke Putrajaya' pun dah naik reput agaknya. Takpelah, kepada puak Pakatan yang masih nak termakan dengan omongan kosong tu, simpanlah kain tu. Setidak-tidaknya boleh buat selimut tidur malam, buat lap air liur basi.
Berbeza benar dengan Perdana Menteri kita yang ketika ini berada di Sabah untuk merealisasikan Hari Malaysia. Tak perlu cakap banyak, terus buat dan inilah pemimpin yang kita mahukan. Cakap sikit tapi kerjanya tetap terlaksana.
Kepada puak Pakatan, bolehlah tulis dalam diari, sama ada nak tulis 16 September adalah Hari Malaysia ataupun Hari Dikencing Hidup Hidup.
Monday, July 5, 2010
PERKASA: Ekstrimis celaka?
Kenyataan yang di atas tu bukan aku atau atuk aku yang cakap dan tulis tapi aku terbaca di http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10909 Kau orang boleh klik untuk baca lebih lanjut.
Kalau ye pun marah sama Ibrahim Ali dan PERKASA takkan sampai nak keluar perkataan celaka. Bagi orang Melayu perkataan celaka tu satu perkataan yang cukup menyakitkan halwa telinga bila didengar.
Kenapa harus Pemuda MCA mengeluarkan kenyataan terbuka yang jelas akan memporak porandakan. Kenyataan Ibrahim Ali adalah bersifat pandangan peribadi dan tidak seharusnya Pemuda MCA melenting secara terbuka. Jika Pemuda MCA mahukan supaya kerajaan mengambil kira sensitiviti Pemuda MCA, maka sewajarnya Pemuda MCA juga mengambil kira sensitiviti di dalam penggunaan bahasa. Tidakkah secara matangnya di dalam politik, Pemuda MCA menggunakan pendekatan perbincangan bersama Pemuda UMNO untuk menasihati PERKASA jika sekiranya PERKASA di dapati bersalah di dalam mengeluarkan kenyataan.
Apa yang Pemuda MCA lakukan ini hanya akan menambahkan kejengkelan rakyat terhadap Barisan Nasional. Sama ada Pemuda MCA sedar akan keadaan ini atau tidak, tidaklah kita ketahui. Hakikatnya tidak salah jika Pemuda MCA mempertahankan ketuanya tetapi biarlah dengan perkataan yang sempurna..soalnya sehingga ke hari ini..kita masih belum nampak Pemuda UMNO mempertahankan UMNO. Siapa yang separuh masak?
Wednesday, May 19, 2010
Sampai ke mana tunduk kita?
Sekali lagi kita dapat melihat bagaimana kerajaan menganggukkan kepala tanda setuju biarpun amat jelas anggukkan itu akan merugikan rakyat Malaysia bilamana majikan terpaksa membenarkan orang orang gaji mereka memegang pasport. Ya..aku berbicara soal kemahuan pekerja pekerja pembantu rumah Indonesia. Adalah amat malang bila pembantu rumah dibenarkan memegang pasport mereka kerana selama ini pun telinga ini selalu dirobek apabila mendengar majikan terpaksa menanggung akibat kerana pembantu rumah melarikan diri biarpun pasport mereka dipegang oleh majikan. Bayangkan apa yang mampu Indon Indon ini mampu buat bila mereka diberikan hak dan mandat untuk memegang pasport mereka?
Amat pelik bilamana kita sebagai majikan terpaksa mendengar kemahuan pekerja. Adalah amat mendukacitakan kita sebagai negara yang melimpahkan rezeki kepada mereka harus tunduk dengan segala kemahuan mereka. Jika ini tindakan kita, akhirnya jangan hairan sekiranya suatu ketika nanti rakyat Malaysia yang terpaksa mencari rezeki di tempat orang. Benakkah kita sekiranya kita terpaksa membenarkan majikan di Malaysia membayar RM 800 sebulan kepada pembantu rumah Indon? Lembab sangatkah kita dalam perkiraan matematik bila majikan berpendapatan RM 1500 sebulan dikerah untuk membayar RM 800 sebulan kepada pembantu rumah Indon? Siapa yang berkuasa di dalam hal ini? Majikan atau pembantu rumah Indon yang berkuasa?
Selepas dicap sebagai Malingsia dan berbagai kata cerca, wajarkah kita terus tunduk dan tunduk. Kita bukan mahukan sebarang pergeseran, cuma yang kita mahukan dan harapkan biarlah ada sikap hormat menghormati dan tidak terlalu menekan mana mana pihak. Biarlah ada situasi 'menang menang'.
Kerajaan haruslah sedar bahawa rakyat Malaysia tidak lupa akan peribahasa 'kera di hutan disusukan anak dirumah mati kelaparan'. Jangan sampai orang memandang kita seperti 'lembu dicucuk hidung'. Sesekali sekala perlu bertegas jangan sampai kaduk naik junjung!!
Monday, May 10, 2010
Sibu: 1 Malaysia di hati calon DAP

Sunday, March 21, 2010
Pusing-pusing, tangguh tangguh...
Riuh rendah yang sedang berlaku ini sebenarnya tidak ada asas kerana Speaker Dewan telah membuat keputusan supaya Nuar Berahim diberikan tempoh untuk dia menjelaskan tentang apa yang dikatakan berkenaan dengan isu APCO dan 1 Malaysia. Cuma yang agak pelik mengapa Ahli Ahli Parlimen Pakatan tidak mahu menerima keputusan Speaker Dewan yang telah bersetuju untuk memberikan ruang dan masa kepada Nuar Berahim untuk menjelaskan kekeliruan itu..Pada pendapat aku tepat dan benar keputusan yang dibuat oleh Speaker Dewan kerana cuma Nuar Berahim yang tahu apa yang dia maksudkan dengan ucapan dia semasa membahas titah Di Raja tempoh hari.
Beria-ia benar Ahli-Ahli Parlimen Pakatan mempertahankan Nuar Berahim..Mungkin semua nak cari publisiti kot kotlah boleh jadi Menteri kalau Nuar Berahim jadi Perdana Menteri.
Apa yang lebih menarik mungkin ini satu kaedah untuk melengahkan ucapan Ibrahim Ali yang dijangka akan membawa isu panas yang pasti meresahkan Pakatan....Londeh jangan tak londeh...






