Monday, December 13, 2010

Terdedahkah Malaysia pada bahaya?


Jangan terlalu gembira dengan apa yang Wikileaks dedahkan berhubung Nuar Berahim. Jangan terlalu memandang perkara itu sebagai satu kelebihan yang boleh digunapakai yang membolehkan kes Nuar Berahim boleh dilondehkan dengan mudah.

Bertahun lamanya kita telah sedar bahawa Nuar Berahim seorang yang cukup licik dalam permainan politik. Di dalam politik segalanya mungkin. Bertahun lamanya juga Nuar Berahim seperti yang dilaporkan oleh banyak pihak sering ke luar negara menghebahkan pertuduhan kes liwatnya di luar negara. Dan apabila ada pihak luar negara yang tiba-tiba, seperti yang didedahkan Wikileaks 'tahu' dengan apa yang berlaku di dalam negara ini secara 'mendalam' adakah ini boleh dipandang ringan oleh kita?

Bagaimana mungkin Singapura boleh mengatakan Nuar Berahim terlibat di dalam kes liwat itu jika tiada pengamatan dan asas yang kukuh? Sedangkan di dalam Malaysia sendiri pendapat rakyat berhubung kes liwat ini terbahagi dua..

Mungkinkah ada 'agen-agen' luar yang berkeliaran di Malaysia dan menjadi 'James Bond' kepada negara mereka? Jika benarlah perkara ini, ianya pasti menjadi sesuatu perkara yang seharusnya membimbangkan kita.

Terdahulunya, perkhidmatan Blackberry yang didakwa terdedah kepada soal 'kebocoran' rahsia sama ada rahsia peribadi mahupun negara telah menyebabkan kerajaan Malaysia berfikir untuk mengharamkan penggunaan Blackberry di dalam Malaysia. Kalau perkhidmatan telefon pun merungsingkan kita, apakah jika benar banyak 'agen-agen' berkeliaran di dalam Malaysia tidak menjadi kerungsingan dan kebimbangan kita???

Ada pula pihak yang berkata. melihat kepada populariti Nuar Berahim sudah makin menurun di dalam Malaysia, maka ada pihak yang merasakan kebolehbergantungan kepada Nuar Berahim sudah tidak boleh digunapakai...'habis madu sepah dibuang' dan 'sudah dapat gading bertuah, tanduk sudah tidak berguna'.

Langkah sebaiknya, jangan terlalu leka dan mengambil mudah perkara ini. Lama sudah kita sedar bahawa hubungan Malaysia-Singapura tidaklah sentiasa setenang air di kolam. Jerat tidak pernah lupa pada pelanduk...!!!!

2 comments:

  1. aku tak nafikan negara kita ramai perisik dari kebanyakan negara lain..sebab..kita pon ada kat negara diorang :)

    ReplyDelete
  2. Rasanya Malaysia tidak ada kepentingan di negara orang.Mungkin itu yang membezakan antara kita dan mereka

    ReplyDelete