Tuesday, December 28, 2010

Setiausaha Politik: Wujudkah lagi?


Orang yang paling kanan di dalam Pejabat Menteri adalah Setiausaha Politik atau gelarannya SUPOL.

Kalau Menteri tidak ada di Pejabat dengan SUPOL lah orang ramai berurusan. Soalnya masih relevankah SUPOL pada masa ini?

Aku masih ingat sewaktu aku kecil di kampung, SUPOL Tan Sri Aishah Ghani, Datuk Basri Bajuri telah melawat kampung aku. Masa itu, seluruh kampung aku riuh memperkatakan tentang Datuk Basri. Dah macam Menteri pula taraf SUPOL pada masa itu. Sehingga ke hari ini aku masih ingat nombor plate,warna dan jenis kereta yang dipandu oleh SUPOL itu. Begitulah gahnya SUPOL pada masa itu. Penuh dengan karisma.

Sekarang ni SUPOL sudah semakin tenggelam. Di dalam Pilihanraya Kecil, penglibatan SUPOL macam hidup segan mati tak mahu. Kalau tak silap aku masa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, SUPOL ada buat 'bilik gerakan' dan aku sempat meninjau bilik gerakan tersebut. Kosong dan longlai tidak ada pengisian dan gerakan.

Jadi apa fungsi SUPOL pada masa ini? Sekadar mengangkat sumpah di hadapan Perdana Menteri? Sekadar menjadi tukang angguk kepada Menteri? Atau sekadar bergaya melaram dengan Perdana V6?

Aku jadi keliru dengan fungsi SUPOL..Tidak pernah kelihatan SUPOL menghiasi pentas-pentas ceramah di dalam mana-mana pilihanraya. Suka tak suka aku kena akui, Ezzam Mohd Nor bekas SUPOL Nuar Berahim memang hebat dan selayaknya menjadi SUPOL. Sayangnya, boss beliau pula hanyut.

SUPOL SUPOL yang lain mana arah tujunya. Persatuan SUPOL masihkah wujud lagi? Kalau boleh, kita minta bapak-bapak Menteri pilihlah individu yang benar-benar layak menjadi SUPOL. Kalau rakyat tidak kenal SUPOL kita masih boleh terima tetapi kalau pengundi kawasan Menteri sendiri tidak kenal SUPOL Menteri tersebut...PARAH!!!

4 comments:

  1. Salam bro,
    pembetulan: lazimnya di panggil Setpol @ setiausaha politik

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas pandangan..sebenarnya banyak gelaran yang diberikan..Setpol..SUPOL..Polsec..apapun kita tagihkan khidmat daripada mereka untuk membantu..Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Saya secara tidak sengaja terbaca posting saudara yang kebetulan menulis tentang arwah "my favourite uncle" (Dato' Hj Basri b Bajuri). Saya sayu dan tiba-tiba rindu kepadanya.. Beliau memang seorang yang berkarisma bukan sahaja sebagai ahli politik, malahan juga sebagai seorang bapa saudara.. Al FAtihah buat arwah "Paman Wik" (panggilan kami buat Dato' Basri)..

    ReplyDelete
  4. and he was funny too... masih teringat Arwah menyanyi lagu 'Masihkah kau ingat'
    the one and only bapa saudara yg ingat tarikh lahir saya..

    ReplyDelete