Wednesday, December 29, 2010

Tahniah Malaysia!!!!!!!

Tahniah..Tahniah..Tahniah..90 minit yang cukup mendebarkan..90 minit yang cukup menguji mental...

Apa lagi yang mampu kita katakan setelah pasukan bolasepak Malaysia berjaya menjuarai Piala Suzuki buat kali pertama. Pastinya piala dan kejuaraan yang mengubat luka dan penantian peminat bola sepak tanahair.

Sekalung tahniah kepada para pemain kita..Biarpun diasak, ditekan oleh peminat bolasepak Indonesia..jelas pemain kita telah bersedia bukan sahaja dari segi fizikal malah bersedia dari segi mental..Segala tekanan berjaya diserap.

Tahniah kepada penjaga gol kita yang beraksi begitu cemerlang..Safee Sali dan semua pemain kita. Aku kagum dan bangga..Tak terkata..

Biarlah isu sinaran laser atau apa sahaja..Malaysia telah membuktikan kemenangan adalah milik mutlak Malaysia..

Tahniah Rajagopal..Datuk Shabery Cheek dan semua pimpinan FAM..Lu orang memang best dan ajaib....Malaysia Boleh!!!!

No comments:

Post a Comment