Wednesday, December 22, 2010

Antara sebab Tun Mahathir bersara


Semua orang tidak akan lupa bagaimana Tun Mahathir menitiskan airmata ketika mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO sekaligus melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Orang Melayu ketika itu agak bingung memikirkan siapakah yang akan mampu untuk menggantikan wira terulung orang Melayu itu jika beliau melepaskan jawatan.

Di sebalik keperitan pengumuman itu rupanya terkandung sebuah pengorbanan yang cukup besar beliau lakukan untuk orang-orang Melayu.

Semasa menjawat jawatan Perdana Menteri beliau acapkali berkata bahawa orang Melayu terlalu berpaut kepada tongkat atau subsidi dan segala bentuk bantuan yang kerajaan sediakan untuk mengecap kesenangan hidup. Dan akibat dari itulah Melayu menjadi terlalu manja dan berada di zon selesa kerana sering diberikan tongkat. Biarpun sudah senang, Melayu masih mengharapkan tongkat yang kerajaan sediakan apatah lagi yang masih susah kehidupannya.

Di sebalik ingatan Tun Mahathir kepada orang Melayu supaya jangan terlalu bergantung kepada 'tongkat', beliau telah tersedar bahawa beliau ibarat tongkat kepada orang Melayu. Justeru atas sebab itulah beliau telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.

Itulah antara pengorbanan yang beliau lakukan untuk orang Melayu. Melepaskan jawatan semata-mata untuk menyedarkan orang-orang Melayu.

Tetapi hari ini orang-orang Melayu pula bercakaran sesama sendiri. Yang lebih memeritkan apabila ada pula orang Melayu sendiri yang mahu menjahanamkan Melayu. Bukan dikata hendak menyumbang kepada kebajikan Melayu bahkan keistimewaan orang Melayu sendiri hendak dihancurkan. Melayu jenis apa yang sanggup menginjak-injak bangsanya sendiri??

Tidakkah Melayu sedar...Sedar-sedarlah diri tu.!!

-Sumber: Dato' Mukhriz Mahathir

6 comments:

  1. melayu seperti peliwat, memang tak akan sedar...


    follow u~

    ReplyDelete
  2. Melayu buat empayar Melayu jugak robohkan

    ReplyDelete
  3. Melayu jenis keturunan si Kitol pengkhianat bangsa memang manusia tak sedar diri.

    Melayu macam ni patut diISAkan cepat-cepat dan biar mampus dalam jel.

    ReplyDelete
  4. NAK TANYA SIAPA PUNYA PUNCA KEMARUK POLITIK LA NI ? JGN LUPA PADA DOLLAH N MENG"HANTU" DIA..MULA2 NAK HANCURKAN KERAJAAN DIA BANTAI POLIS TUBUH SURUHAJAYA PEMBAIKAN PENGURUSAN (PADA HAL ITU AGENDA PEMBANGKANG SECARA HALUS, SEBAB POLIS MENJAMIN KESELAMATAN KEHIDUPAN SEHARIAN, BILA POLIS LEMAH DI BANTAI, MORAL JATUH JENYAH BERLUAS-LUASA , MENINGKAT, RAKYAT AKAN SALAHKAN KERAJAAN JUGAK, BN KALAH PRU12 INGAT ? ).. HINGGA KINI POLIS MASIH DI TAHAF TU JUGAK...TANYA ANGGOTA POLIS APA YG MEKA DAPAT ? PERUNTUKAN SELALU POKAI BILA NAK BAIKI AIR CON BALAI PUN TAK ADA DUIT, TANYA LAH MANA2 POLIS JAWAPAN PIHAK ATASA TAK ADA DUIT !!APA KE JADAHNYA SURUHANJAYA ITU ? UNDI POLIS DAN SAUDARA MARA SEMUA PERGI KE PAKATAN , ITU TAK MASUK KAWAN2 MEKA..POLIS NI CAKAP ORG MASIH LEH PERCAYA...

    ReplyDelete
  5. tak payah nak salahkan sesapa. muhasabah je jalan yg terbaik. Yg namanye BANGKANG, memang keje depa. Buat baik dibangkangnye, apatah lagi jika silap. Sememangnyer sesuatu peristiwa tu perlukan pengorbanan. Kita yg dah terkorban ni, sama-samalah berpegangan tangan, rapatkan hubungan. Insya Allah..

    ReplyDelete
  6. mahathir ler yg sebenar berslh..sorry to say ler sahabat...

    ReplyDelete