Wednesday, December 8, 2010

Sabarkah pihak polis?

Adilkah kita pada mereka?

Ada yang kata PDRM ambil tindakan di luar tabie semasa demo penyerahan memo ke Istana Negara oleh Pakatan tempoh hari lalu. Benarkah?

Baik..aku teringat semasa peristiwa demo Gerakan Mansuhkan ISA di ibukota tidak lama dahulu di mana aku hadir secara langsung di situ.

Sepanjang hari aku berada di situ, aku dapati tidak ada sebarang tindakan yang PDRM ambil pada mana-mana pihak bahkan PDRM telah memohon secara baik dan berhemah supaya penjerit-penjerit jalanan itu beredar dari tempat tersebut.

Soalnya..adakah PDRM robot atau manusia? Kalau dah dinamakan manusia pastinya tahap kesabaran ada penghujungnya. Bolehkah pihak PDRM bersabar jika mereka diherdik dan dicemuh dengan perkataan-perkataan yang maha kesat oleh penjerit-penjerit jalanan?

Perkataan seperti ANJING KERAJAAN yang terhambur keluar semasa demo itu jelas menidakkan kesabaran pihak PDRM..sesiapa yang dihamburkan dengan perkataan anjing pastinya merah telinga dan menghapuskan kesabaran. Kalau aku juga begitu..bayangkan kalau perkataan serupa dihamburkan oleh penyokong BN kepada penyokong Pakatan..sendiri mahu ingat dan sendiri boleh fikir.

Perlu diingat anggota PDRM juga manusia seperti kita..punya hati perut..punya perasaan dan punya anak bini..Kalau kita mahu orang hormat dan santun pada kita begitulah juga harusnya santun kita pada orang.

Yang menariknya...bila sebarang musibah berlaku PDRM juga yang ditagih bantuannya..Adilkah kita kepada PDRM?

Sarang tebuang jangan dijolok..Sabar manusia ada hadnya...

4 comments:

  1. SALAM !
    Begitulah keadaan bila berhadapan dengan pendemotrasi jalan tersebut.Polis terpaksa menahan sabar sambil dihujani dengan kata2 nista.
    Dek kekangan undang2,mereka pendamkan saja..
    Kena bertugas walaupun pahit.

    link me.

    ReplyDelete
  2. Teringat cerita bukit kepong. Orang Melayu sudah lupa pengorbanan polis

    ReplyDelete
  3. Polis sudah terlalu banyak difitnah , dicaci ..dimaki hamun dengan pelbagai kata nista , mereka melemparkan segala kata paling jijik dalam kamus kepada pihak Polis hanya kerana PDRM menjalankan tugasnya !

    Kenapa para pendemo haram itu marahkan polis ? kerana polis menghalang niat jahat mereka ! kerana polis tidak mahu orang lain yang tdk berkenaan terganggu urusannya ,

    pendapat saya , dilain masa sekiranya puak2 ni buat demo haram lagi , tak payah berlembut ! sembur je dengan air tahi !
    kalau dengan gas pemedih mata mereka boleh bertahan , apa kata sembur dengan air najis ! tengok setakat mana mereka boleh bertahan ..

    ReplyDelete
  4. Saja mengada-ngada nak tunjuk keras kepala

    ReplyDelete