Showing posts with label demonstrasi. Show all posts
Showing posts with label demonstrasi. Show all posts

Tuesday, December 27, 2011

Demo 901 dipercepatkan tarikhnya



Jebat baru menerima panggilan daripada seorang sahabat yang mengatakan bahawa demo untuk membela individu tertentu yang dituduh meliwat yang dijadualkan pada 9 Januari ini dipercepatkan tarikhnya kepada 29 Disember, esok.

Sebenarnya esok tidak ada kena mengena dengan hal peliwat tersohor cuma seorang sahabat Jebat  akan diadili di mahkamah berkenaan hutang keretanya yang tertunggak.

Persoalan yang ingin sahabat Jebat berikan di sini ialah bolehkah peserta-peserta demo yang akan berarak 9 Januari ini tampil membantu sahabat Jebat itu?

Bolehkah kita katakan hutang kereta tertunggak itu adalah suatu konspirasi pihak tertentu untuk menjatuhkan sabahat Jebat? 

Entah dari mana datangnya idea yang terlalu dangkal untuk mengaitkan mana-mana pihak dengan kesalahan yang kita sendiri lakukan.

Siapa yang memandu kereta dan siapa pula yang memancutkan maninya ke dalam dubur orang tertentu? Mana mungkin seorang lelaki tidak akan tersedar dari lena apabila 'anunya' yang tidak boleh tidak mesti disentuh untuk mengeluarkan mani.

Konspirasi apakah yang dimaksudkan? Sepanjang pemerhatian Jebat konspirasi yang dimaksudkan di sini ialah KONSPIRASI UNTUK MEMBUSUKKAN NAMA UMNO DAN KERAJAAN.

Takkanlah rakyat Malaysia mahukan seorang Perdana Menteri yang terlalu cetek dan dungu akal fikirannya. Jika beginilah minda dan cara fikir Perdana Menteri, renung-renungkan apa akan jadi pada ekonomi Malaysia dan tidaklah mustahil Malaysia akan melahirkan Perdana Menteri Mat Jenin yang menang sorang kampung tergadai.

Sunday, December 25, 2011

Berani kerana salah..suatu kegilaan



Nampak caranya peribahasa berani kerana benar takut kerana salah sudah tidak boleh digunapakai.

Khabarnya akan diadakan demo untuk membantah keputusan tentang kes liwat yang hanya akan diputuskan pada 9 Januari 2012 ini. Soalnya, belum lagi diputuskan siapa yang salah dan siapa yang benar di dalam keputusan kes itu.

Tetapi dek kerana sudah 'merasakan' dirinya bersalah, dihasutnya pula segala tali barut yang sememangnya bersikap membuta tuli untuk memperjuangkan dirinya yang berselindung di atas nama memperjuangkan demokrasi dan cubaan meyakinkan dirinya teraniaya.

Memang pelik benar bunyinya dengan demo awal untuk membantah keputusan pengadilan yang tidak diketahui akan memihak kepada pihak mana. Apakah kerana diri sudah sedia maklum yang sememangnya terpalit dengan perlakuan yang sumbang maka empunya diri sudah boleh menjangka bahawa akan terperosok ke rumah besi yang menakutkan.

Memang dunia akhir zaman, tali barut yang bersikap membuta tuli telah berjaya mengubah peribahasa yang sekian lama terguna pakai 'berani kerana benar takut kerana salah' kepada berani kerana salah.

Apakah mereka menjangkakan dengan tindakan berani kerana salah itu akan mengubah keputusan pengadilan?

Ketawalah sepuasnya kerana rakyat sedang memerhatikan bahawa ada manusia yang secara tidak sengaja mengaku melakukan kesalahan dengan memberontak keputusan adil yang belum diputuskan.

Baik juga tindakan berani kerana salah kerana kita akan dapat mengetahui keputusan pengadilan sebelum diumumkan.

Yang hak pasti akan menenggelamkan yang batil!!!

Wednesday, November 2, 2011

Seksualiti Merdeka: Kenapa hamPAS jadi malu-malu kucing



Raja Demonstrasi Negara, HamPAS jadi bagai anak dara sunti yang malu-malu kucing apabila dipinang.

Tidak mungkin rakyat Malaysia lupa bagaimana jantannya rakyat HamPAS berdemo di dalam Gerakan Mansuhkan ISA, PPSMI dan yang terbaru BERSIH 2.0.

Jika benarlah perjuangan Islam menjadi tunggak pegangan HamPAS, mengapa program Seksualiti Merdeka 2011, HamPAS tidak bersuara garau bagaikan jantan yang berkokok untuk turun berdemo membantah program yang jelas memperlekehkan hukum Islam?

Adakah HamPAS takut dan gusar untuk berdepan dengan 'orang-orang kuat' penganjur Seksualiti Merdeka 2011 kerana orang yang sama jugalah menjadi tok dalang kepada Bersih 2.0 atau HamPAS serba salah kerana tunggak harapan mereka sedang dibicarakan kerana faktor seks luar tabiee?

Ataupun adakah rakyat HamPAS tidak pernah peduli dengan orang-orang yang cuba memperlekehkan hukum Islam kerana apapun yang terjadi syurga sudah tergenggam kemas di dalam tangan?

Monday, July 11, 2011

BerShit Eksklusif: Gambar perbualan antara polis dan anggota BerShit


BerShit kata: Polis menggunakan kekerasan kepada kami dan mereka memang anjing kerajaan.

Dan mereka mahu polis jawab: Ye abang-abang semua..Kami memang anjing anjing kerajaan dan abang-abang adalah hero Malaysia.Silalah merusuh..Kami akan relakan dan kami akan sokong abang-abang semua.

BerShit kata: Kami akan lawan polis..Mereka ingat kami takut kepada mereka? Kami ada beberapa ketul batu yang boleh kami baling kepada mereka.

Dan mereka mahu polis jawab: Tak mengapa..silalah baling kepala kami dengan batu yang abang bawa tu. Kalau tak cukup silalah ketuk kepala kami dengan tukul besi. Kami relakan dan kami memang pondan yang takkan buat apa-apa bila abang ketuk kepala kami.

BerShit kata: Kami nak buktikan kepada pelancong bahawa kerajaan Malaysia zalim dan kejam. Dan rakyat Malaysia bangkit menentang keganasan itu.

Dan mereka mahu polis jawab: Ye ye..memang polis Malaysia penakut. Kami buat-buat berani je ni walhal kami takut. Para pelancong boleh balik ke negara masing masing dan cakap pada polis anda di sana bahawa kita memang penakut. Budaya orang Malaysia memang berdemo hari-hari. Pagi petang siang malam kami berdemo. Lagipun di Malaysia banyak sangat MLM mereka sudah biasa dengan demo...errr...demo buat kek lapis..demo tupperware..Malaysia mana ada undang-undang. Kalau pelancong nak demo pun boleh juga..jangan malu-malu.

BerShit kata: Polis menggunakan gas pemedih mata dan air gatal kepada kami.

Dan mereka mahu polis jawab: Minta maaf banyak-banyak..Kami tersilap gunakan air masa tu. Biasanya kami gunakan air pewangi semasa melakukan semburan, selalunya kami gunakan Hugo Boss dan Dunhill untuk sembur. Sepatutnya kami gunakan gas macam aroma terapi entah macam mana gas tu bertukar pulak dengan gas pemedih mata. Kami mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Selamat Hari Raya abang. Maaf zahir batin.

Keadaan lain di tempat lain pada hari yang sama:

Adik saya diperkosa dan diragut kenapa polis tak ambil sebarang tindakan? Lembab dan macam pondan polis ni.. Adakah perlu menunggu bukti lagi sedangkan gambar perogol itu pun kami ada.

Polis kata: Pulak dah..kata mahu polis gunakan kelembutan semasa berdepan dengan orang salah.

Gua kata: Memang susah nak puaskan hati semua orang. Kalau gua jadi polis bukan setakat gua tembak macam tu tapi gua tembak gas pemedih dan air gatal tu betul-betul dalam mata dan mulut lu orang.

Dasar bangang BerShit. Tabik abang polis..Lu orang memang handal. Pergi jahanam mampus apa BerShit mahu cakap...

Monday, June 20, 2011

Pemuda UMNO: Bertindak biarlah kena pada tempat



Pemuda UMNO kenapa harus menari mengikut gendang yang sedang dipalu oleh BERSIH?

Sebaiknya, Pemuda menyerahkan tanggungjawab untuk mengawal keadaan perhimpunan BERSIH kepada pihak polis.

Jika Pemuda merasakan bahawa tindakan BERSIH ini akan membawa kepada pelbagai implikasi yang buruk tidakkah Pemuda merasakan bahawa kehadiran mereka akan menjadi 'nasi tambah' kepada keadaan yang sememangnya sudah buruk itu?

Sememangnya rakyat Malaysia sudah bijak di dalam menilai dan rasanya rakyat Malaysia pasti tidak bersetuju dengan tindakan BERSIH ini tetapi apa pula tanggapan rakyat Malaysia kepada Pemuda jika kelibat ahli-ahli mereka turut kelihatan di dalam perhimpunan itu?

Benar, Pemuda ingin menzahirkan pendirian mereka sebagai anti keganasan tetapi bayangkan apa akan berlaku sekiranya terjadi pertembungan di antara ahli Pemuda dan BERSIH? Bukankah ini akan menambah burukkan lagi keadaan?

Kita tidak mahu rakyat di luar sana mengambil pendekatan dan kefahaman yang mudah bahawa Pemuda turut berperangai seperti BERSIH kerana turut berarak di jalanraya.

Kita jangan lupa kepada pepatah 'Seperti ketam mengajar anak berjalan lurus'.

Apapun tahniah kepada semangat ahli-ahli Pemuda UMNO cuma biarlah kewarasan mendahului emosi.

Monday, June 13, 2011

Pakatan Rakyat dan kerajaan Pasir Dua Butir


Bagaimanakah cara untuk menubuhkan kerajaan? Caranya adalah parti yang bertanding haruslah melalui proses pemilihan yang dinamakan Pilihanraya dan harus pula menang di dalam pilihanraya tersebut dengan mencapai majoriti 2/3 atau setidak-tidaknya majoriti mudah.

Di Malaysia siapakah yang bertanggungjawab di dalam menyelaraskan proses Pilihanraya? Jawabnya tentulah Suruhanjaya Pilihanraya atau SPR.

Tidak teluskah SPR di dalam menyelaraskan proses pilihanraya sehingga memaksa Pakatan Rakyat menimbangkan untuk mengadakan perhimpunan yang dinamakan sebagai BERSIH bagi menuntut proses pilihanraya yang adil dan telus? Ini dakwaan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu memperlihatkan betapa Barisan Nasional kehilangan 5 buah negeri yang tidak pernah dialami oleh Barisan Nasional sebelum ini. Dan kegagalan Barisan Nasional mengekalkan kuasa pemerintahan di negeri-negeri ini adalah kerana tewasnya calon-calon Barisan Nasional di dalam pilihanraya tersebut.

Keadaan ini sekaligus memperlihatkan kedangkalan hujah Pakatan Rakyat yang masih mempersoalkan ketelusan dan keadilan sistem pilihanraya Malaysia. Jika benarlah SPR tidak telus, bagaimana mungkin 5 buah negeri yang sebelum ini dan tradisinya diperintah oleh Barisan Nasional boleh rebah ke pangkuan Pakatan Rakyat?

Tentunya, perhimpunan BERSIH yang mahu diadakan ini jauh lebih menjurus kepada agenda politik yang terselindung dan hanya menggunakan platform ketelusan SPR yang dipersoalkan sebagai batu loncatan.

Tidakkah Pakatan Rakyat mengiktiraf kerajaan negeri-negeri yang berada di bawah kuasa pemerintahan mereka atau mungkin sahaja Pakatan Rakyat mengandaikan bahawa kerajaan pimpinan mereka setaraf kerajaan Pasir Dua Butir yang roboh akibat daripada kerakusan Menteri Fasola seperti yang berlaku di dalam filem P. Ramlee yang cuba membentuk kerajaan sendiri tanpa proses yang sah?

Tahniah awal kepada NGO-NGO yang khabarnya mahu menyekat perhimpunan BERSIH ini daripada berlangsung.

Thursday, May 19, 2011

Bertumbuklah puas-puas



Khabarnya esok anak-anak muda Melayu akan menyinsing lengan dengan berdemo di hadapan pejabat Utusan Melayu.Apa yang nak dihairankan dahulu pun anak-anak muda Melayu sudah biasa menyinsing lengan.

Cuma bedanya adalah..Dulu anak-anak muda Melayu menyinsing lengan bersatu hati menentang penjajah. Dan kini anak-anak muda Melayu mahu menyinsing lengan menghayunkan penumbuk sulung ke muka anak Melayu lain. Hebatnya Melayu.

Tak perlu susah payah puak-puak yang mahu melihat Melayu hancur menyusun strategi kerana Melayu sendiri sudah mahu menjahanamkan Melayu.

Bertumbuklah puas-puas kalau itulah yang membuatkan Melayu merasakan diri mereka hero. Melayu tak pernah ada Ultraman, Superman, Spiderman..Melayu cuma ada Cicakman. Mudah-mudahan esok akan ada yang menjadi Ultraman biarpun esok yang menjadi raksasanya adalah raksasa Melayu.

Melayu sekali lagi akan ditagih untuk berfikir..siapakah yang benar di antara Tuah dan Jebat?

Friday, February 11, 2011

Kehendak berhelah atau apa?


Dalam setiap demonstrasi yang Pakatan Haram lakukan antara yang paling teruk dicemuh adalah pasukan polis. Bermacam kata nista dan cerca yang dilemparkan pada anggota polis biarpun anggota polis hanya menjalankan tugas dan kewajipan mereka.

Tetapi apabila dikatakan kadar jenayah di Selangor adalah amat membimbangkan, pihak polis juga yang dipertanggungjawabkan di dalam menangani isu ini. Tidak cukup dengan itu, Selangor memohon kepada kerajaan pusat untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan.

Benarkah jenayah menjadi-jadi atau ada udang disebalik batu dengan permintaan itu? Adakah Selangor ingin menubuhkan Pasukan Polis Bantuan yang ahlinya adalah di kalangan ahli-ahli Pakatan yang sedia untuk ditindik hidungnya dan boleh dibawa berunding untuk kepentingan indvidu tertentu?

Atau adakah tindakan penubuhan Pasukan Polis Bantuan di Selangor ini sekadar mahu mempersoalkan integriti pasukan polis di peringkat pusat? Mungkinkah penubuhan Pasukan Polis Bantuan ini sekadar ingin membayangkan bahawa pasukan yang sedia ada tidak berupaya untuk memikul tanggungjawab untuk membendung kegiatan jenayah?

Tidak ada salahnya jika Selangor memohon kepada kerajaan pusat untuk ditambah bilangan anggota polis di Selangor dengan menempatkan anggota polis yang sedia ada.

Soalnya, adakah keinginan untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan di Selangor benar-benar dapat dan untuk membendung kegiatan jenayah di Selangor atau sekadar merencanakan kemahuan politik yang penuh tersirat?

Kita mahu, Kementerian Dalam Negeri dan PDRM mengkaji permintaan yang sukar untuk diterjemahkan maksudnya ini.

Sekadar ingin mengingatkan pepatah "Jerat tidak pernah melupakan pelanduk".

Tuesday, December 28, 2010

Indon berdemo lagi


Khabarnya penyokong-penyokong bolasepak Indonesia berdemo di hadapan hotel pasukan bolasepak negara menginap di Jakarta. Semuanya gara-gara tidak puashati pasukan mereka dibenam di Bukit Jalil.

Pasal dakwaan sinaran laser mengganggu penjaga gol mereka hanyalah alasan yang sengaja dicipta. Siapa yang tidak kenal dengan Indon yang memang suka berdemo.

Dalam bolasepak mungkinkah seorang penjaga gol tidak bergerak mengejar bola sehinggakan sinaran laser yang sekecil itu mampu mengejar anak mata penjaga gol? Semuanya alasan dan sememangnya Indon memang suka berdemo.

Apabila pasukan bolasepak kita dibelasah dengan jaringan yang cukup besar di Jakarta, anak-anak Indon ini diam seribu bahasa bahkan apabila mereka bertandang di tempat kita, mereka dilayan dengan penuh semangat kesukanan.

Kalau bendera negara kita pun mereka tergamak bakar mana mungkin mereka dapat menerima kekalahan ini. Mungkin benar bila ada orang yang berkata, penyokong mereka lebih rela pasukan mereka tumpas di tangan pasukan lain selain daripada pasukan Malaysia.

Apapun kita harap pasukan negara kita tidak akan lemah semangat dengan provokasi yang tidak ada semangat kesukanan ini.

Sama-sama kita panjatkan doa moga pasukan kita beroleh kejayaan.

Rakyat Malaysia pastinya merestui perjuangan anak-anak muda ini..Malaysia boleh!!!!!

Wednesday, December 8, 2010

Sabarkah pihak polis?

Adilkah kita pada mereka?

Ada yang kata PDRM ambil tindakan di luar tabie semasa demo penyerahan memo ke Istana Negara oleh Pakatan tempoh hari lalu. Benarkah?

Baik..aku teringat semasa peristiwa demo Gerakan Mansuhkan ISA di ibukota tidak lama dahulu di mana aku hadir secara langsung di situ.

Sepanjang hari aku berada di situ, aku dapati tidak ada sebarang tindakan yang PDRM ambil pada mana-mana pihak bahkan PDRM telah memohon secara baik dan berhemah supaya penjerit-penjerit jalanan itu beredar dari tempat tersebut.

Soalnya..adakah PDRM robot atau manusia? Kalau dah dinamakan manusia pastinya tahap kesabaran ada penghujungnya. Bolehkah pihak PDRM bersabar jika mereka diherdik dan dicemuh dengan perkataan-perkataan yang maha kesat oleh penjerit-penjerit jalanan?

Perkataan seperti ANJING KERAJAAN yang terhambur keluar semasa demo itu jelas menidakkan kesabaran pihak PDRM..sesiapa yang dihamburkan dengan perkataan anjing pastinya merah telinga dan menghapuskan kesabaran. Kalau aku juga begitu..bayangkan kalau perkataan serupa dihamburkan oleh penyokong BN kepada penyokong Pakatan..sendiri mahu ingat dan sendiri boleh fikir.

Perlu diingat anggota PDRM juga manusia seperti kita..punya hati perut..punya perasaan dan punya anak bini..Kalau kita mahu orang hormat dan santun pada kita begitulah juga harusnya santun kita pada orang.

Yang menariknya...bila sebarang musibah berlaku PDRM juga yang ditagih bantuannya..Adilkah kita kepada PDRM?

Sarang tebuang jangan dijolok..Sabar manusia ada hadnya...