Monday, June 13, 2011

Pakatan Rakyat dan kerajaan Pasir Dua Butir


Bagaimanakah cara untuk menubuhkan kerajaan? Caranya adalah parti yang bertanding haruslah melalui proses pemilihan yang dinamakan Pilihanraya dan harus pula menang di dalam pilihanraya tersebut dengan mencapai majoriti 2/3 atau setidak-tidaknya majoriti mudah.

Di Malaysia siapakah yang bertanggungjawab di dalam menyelaraskan proses Pilihanraya? Jawabnya tentulah Suruhanjaya Pilihanraya atau SPR.

Tidak teluskah SPR di dalam menyelaraskan proses pilihanraya sehingga memaksa Pakatan Rakyat menimbangkan untuk mengadakan perhimpunan yang dinamakan sebagai BERSIH bagi menuntut proses pilihanraya yang adil dan telus? Ini dakwaan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu memperlihatkan betapa Barisan Nasional kehilangan 5 buah negeri yang tidak pernah dialami oleh Barisan Nasional sebelum ini. Dan kegagalan Barisan Nasional mengekalkan kuasa pemerintahan di negeri-negeri ini adalah kerana tewasnya calon-calon Barisan Nasional di dalam pilihanraya tersebut.

Keadaan ini sekaligus memperlihatkan kedangkalan hujah Pakatan Rakyat yang masih mempersoalkan ketelusan dan keadilan sistem pilihanraya Malaysia. Jika benarlah SPR tidak telus, bagaimana mungkin 5 buah negeri yang sebelum ini dan tradisinya diperintah oleh Barisan Nasional boleh rebah ke pangkuan Pakatan Rakyat?

Tentunya, perhimpunan BERSIH yang mahu diadakan ini jauh lebih menjurus kepada agenda politik yang terselindung dan hanya menggunakan platform ketelusan SPR yang dipersoalkan sebagai batu loncatan.

Tidakkah Pakatan Rakyat mengiktiraf kerajaan negeri-negeri yang berada di bawah kuasa pemerintahan mereka atau mungkin sahaja Pakatan Rakyat mengandaikan bahawa kerajaan pimpinan mereka setaraf kerajaan Pasir Dua Butir yang roboh akibat daripada kerakusan Menteri Fasola seperti yang berlaku di dalam filem P. Ramlee yang cuba membentuk kerajaan sendiri tanpa proses yang sah?

Tahniah awal kepada NGO-NGO yang khabarnya mahu menyekat perhimpunan BERSIH ini daripada berlangsung.

No comments:

Post a Comment