Sunday, June 12, 2011

Benarkah Kamalanathan tidak turun padang?





Hari Sabtu lepas aku berpeluang menjejakkan kaki semula ke kawasan Parlimen Hulu Selangor.


Semasa bersantai di kawasan air terjun yang terletak di Teratak Riverview sempat aku bersembang dengan pengunjung dan peniaga yang berada di situ.


Antara soalan yang aku tanyakan ialah bagaimana kualiti dan mutu perkhidmatan yang diberikan oleh P. Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor.


Jawapan yang aku terima agak memeranjatkan kerana individu yang aku temui di situ berkata jarang benar kelibat Kamalanathan kelihatan di kawasan Parlimen Hulu Selangor. Individu itu berkata, Kamalanathan hanya tertumpu di kawasan pengundi India dan jarang benar beliau hadir di kawasan pengundi Melayu.


Benarkah dakwaan ini? Jika benarlah seperti apa yang aku dengar eloklah kiranya Kamalanathan membetulkan yang mana silap. Secara peribadi mengenali Kamalanathan, rasanya dakwaan ini bukanlah sesuatu yang tepat bahkan sesiapa juga yang mengenali beliau pasti tahu corak Kamalanathan menjalankan tugas. Boleh saja mengandaikan individu yang aku bertanya soalan itu adalah pengundi pembangkang.


Apapun, kita serahkan semuanya kepada Kamalanathan. Jika benarlah dakwaan ini, aku berharap Kamalanathan agar segera kembali untuk mendekati pengundinya dan jangan benarkan jentera BN bermandi keringat sebagaimana jerihnya memenangkan beliau di dalam Pilihanraya Kecil yang lalu.

9 comments:

  1. Salam Sejahtera, Salam Hormat dan Salam 1Malaysia,

    Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengunjung kawasan Parlimen Hulu Selangor.

    Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara kerana sudi memberi maklumat ini kepada saya.

    Baru pagi tadi saya melalui Tweet saya, saya memaklumkan bahawa saya sedari bahawa pada Bulan May 2011 saya berada di kawasan 30 hari daripada 31 hari. Dan untuk maklumat saudara, saya pergi ke seluruh Hulu Selangor.

    Saya tidak menafikan mungkin ada kawasan yang terlepas pandang, Hulu Selangor sebesar negeri Malaka, walau bagaimana pun, saya komited untuk menjalankan tanggung jawab saya sebagai Ahli Parlimen.

    Saya tak pernah memilih program ataupun acara yang saya suka untuk saya hadir, malah, saya menerima jemputan untuk semua acara - tanpa mengira agama, bangsa, latar belakang mereka yang menjemput saya.

    Malah, saya bersahur bersama penduduk dan juga rakan-rakan saya di Hulu Selangor. Kenduri, kematian kat kedai kopi atau mana-mana tempat saya hadir.

    Mungkin ada kekurangan, saya akan memperbaiki kelemahan saya, saya ucapkan terima kasih atas teguran ini dan saya akan gandakan usaha saya untuk mendekati rakan-rakan saya di Hulu Selangor.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih YB di atas komentar segera. Bukan niat untuk membuat sebarang teguran cuma sekadar mengingatkan jika terlupa. Sebenarnya, saya sendiri tidak pernah menganggap YB lupa kepada tanggungjawab malah saya kagum dengan cara YM bekerja dan saya melontarkan pandangan ini kerana khuatir jika keadaan ini benar-benar berlaku maka seluruh usaha YB selama ini akan menjadi sia sia dan terpencil. Apapun, saya percaya YB akan terus menjalankan tugas dengan penih komited. Seperti yang saya nukilkan di atas, mungkin yang memberi pandangan kepada saya bahawa YB tidak turun padang adalah pengundi pembangkang justeru saya merasa terpanggil untuk memohon YB memberi maklumbalas. Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  3. saudara jebat berkokok, kawan yang tweet pada dia tadi pasal entry saudara jebat berkokok ni..

    pokokakar.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Terima kasih saudara pokok..sekadar mengingatkan jika beliau terlupa..tiada niat lain..

    ReplyDelete
  5. hai bro, ambil hati isteri dan anak ke bersantai di sana? hulu selangor tu lebih kurang saiznya dengan negeri bro. orang kat kuala kubu mana tahu sekiranya kamalanathan berada di felda soeharto ataupun felda lain yang berhampiran. kalau tanya orang yang tak suka dia, itulah jawapan yang diterima.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.

    Saya mempunyai pengalaman sendiri berurusan dgn YB Kamalanathan. Beliau mengotakan janjinya utk membantu seorang tua membaiki bumbung rumahnya yg bocor selepas saya memaklumkan hal itu pd YB Hulu Selangor. Yg dok sembang tu mmg geng PR tu. Hanya kita yg ada pengalaman melihat YB Kamalanathan bekerja tahu akan kalibernya.

    ReplyDelete
  7. http://tinyurl.com/3z5ot2d

    Buktinya!

    ReplyDelete
  8. Ambil pandangan saudara Jebat sebagai positif bahawa wujudnya usaha untuk melemahkan kredibiliti YB Kalamanathan di Parlimen Hulu Selangor.

    ReplyDelete
  9. BERAPA RAMAI AHLI PARLIMEN ATAU AHLI UNDANGAN NEGERI BN YANG BERKERJA MACAM YB KAMAL NIE???DIHARAPKAN SEMUANYA MAMPU ATAU SEKURANG KURANGNYA HAMPIR DENGAN PRESTASI YB KAMAL NIE...TUE PUN KALAU NAK MENANG PRU 13 NANTI :)

    ReplyDelete