Monday, June 20, 2011
Pemuda UMNO: Bertindak biarlah kena pada tempat
Pemuda UMNO kenapa harus menari mengikut gendang yang sedang dipalu oleh BERSIH?
Sebaiknya, Pemuda menyerahkan tanggungjawab untuk mengawal keadaan perhimpunan BERSIH kepada pihak polis.
Jika Pemuda merasakan bahawa tindakan BERSIH ini akan membawa kepada pelbagai implikasi yang buruk tidakkah Pemuda merasakan bahawa kehadiran mereka akan menjadi 'nasi tambah' kepada keadaan yang sememangnya sudah buruk itu?
Sememangnya rakyat Malaysia sudah bijak di dalam menilai dan rasanya rakyat Malaysia pasti tidak bersetuju dengan tindakan BERSIH ini tetapi apa pula tanggapan rakyat Malaysia kepada Pemuda jika kelibat ahli-ahli mereka turut kelihatan di dalam perhimpunan itu?
Benar, Pemuda ingin menzahirkan pendirian mereka sebagai anti keganasan tetapi bayangkan apa akan berlaku sekiranya terjadi pertembungan di antara ahli Pemuda dan BERSIH? Bukankah ini akan menambah burukkan lagi keadaan?
Kita tidak mahu rakyat di luar sana mengambil pendekatan dan kefahaman yang mudah bahawa Pemuda turut berperangai seperti BERSIH kerana turut berarak di jalanraya.
Kita jangan lupa kepada pepatah 'Seperti ketam mengajar anak berjalan lurus'.
Apapun tahniah kepada semangat ahli-ahli Pemuda UMNO cuma biarlah kewarasan mendahului emosi.
Labels:
Ambiga,
BERSIH,
BN,
demonstrasi,
Ketua Pemuda UMNO,
PDRM,
PERKASA,
SPR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aku setuju bro
ReplyDeleteSalam,Jebat berkokok dunia hari ini kita bukan sekadar kena cerdik kita juga kena berani bukan berani seperti pengebom berani mati tetapi berani bertindak mengikut keadaan,pembangkang malaysia sekarang cukup berani kita juga kena berani jika mereka buat demontarasi jalanan menentang kerajaan kita kena buat sama menyokong kerajaan secara aman pada hari yang sama,inilah saja jalan untuk mengendurkan isu dan simpati rakyat kpd pembangkang yang sememangnya suka memfitnah demi mencari keuntungan sokongan politik,jika pemuda umno lembek,seperti dulu hindaf & seangkatan denganya akan lebih besar kepala.
ReplyDeleteBahasa sebenarnya Anon 11.07 am..tidak mahu Melayu berpecah belah lagi...tentunya kita kenal yg mana sawo matang, manggis dan kuning telur..
ReplyDeletejebat,
ReplyDeleteagak sukar dibezakan antara bodoh dan berani.
Anon 5:46 x sukar membedzakan yg bodoh & berani,bodoh merelakan hak2 istimewa bumiputera & agama islam diperkotak katekan,berani mempertahankan & memperjuangkanyan.
ReplyDelete