Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Friday, January 7, 2011

Rubingah tidak diperkosa

Terima kasih kepada sahabat blogger Gerakan-Anti PKR di atas berita yang mengatakan Rubingah yang didakwa dirogol telah membuat pengakuan bahawa beliau tidak pernah diperkosa oleh Menteri Malaysia.

Alhamdulillah..segala teka-teki berhubung kes ini telah dijelaskan dengan sejelas-jelasnya.

Alangkah hinanya pihak-pihak yang membawa cerita palsu ini.

Tetapi aku cukup yakin dan percaya bahawa 'yang hak pasti melenyapkan yang batil'.

Cuma yang agak mendukacitakan kenapa harus ada yang bercerita tanpa ada usul periksa..

Berita lanjut sila ke blog sahabat gerakan-anti-pkr.blogspot.com

Saturday, January 1, 2011

Rogol atau fitnah?




Apa sudah jadi? Lagi perbalahan antara sekumpulan bloggers mesra BN dan seorang Menteri..Sampai bila dan kenapa?

Suatu ketika timbul isu khabar angin yang seorang blogger mesra BN nukilkan di dalam blognya berhubung ada dakwaan yang mengatakan anak seorang Menteri terlibat dengan projek jutaan ringgit sehingga mengheret isu tersebut kepada laporan polis..Belum selesai...

Kini timbul pula 'perang dingin' Menteri tersebut dan sekumpulan bloggers.. isu rogol amah...Pendedahan Wikileaks? Jika benar..adalah amat berat tuduhan tersebut.. Ianya melibatkan soal maruah bukan sahaja Menteri tersebut tetapi juga melibatkan keluarganya..lebih buruk lagi..mungkinkah pasir akan dihumban ke dalam periuk nasinya?? Tamatkah karier politik beliau?

Tidak salah blogger tersebut menulis apa yang beliau 'dengar' dan apa yang beliau rasa..bahkan blogger tersebut tidak menulis nama Menteri itu..Cuma yang aku kesalkan..Api yang sedang marak kenapa harus terus disimbah minyak??

Lagi soalan...Khabarnya amah tersebut telah berkahwin..Kenapa suaminya tidak melenting? Tidak melenting sebagaimana melentingnya penyokong Indonesia bilamana mata penjaga golnya didakwa disuluh sinaran laser semasa Piala Suzuki tempoh hari...Selepas beberapa tahun isu ini menjadi isu yang meruntun banyak jiwa..Kenapa baru sekarang?? Lagi soalan dan aku terus keliru..

Sampai bila isu ini akan selesai? Adakah ini rentetan dari kemarahan blogger tersebut terhadap laporan polis yang Menteri lakukan terhadap beliau? Atau mungkinkah pendedahan Wikileaks itu adalah suatu fakta yang menuntut Menteri tersebut tampil memberi penjelasan?

Aku tidak berniat sama sekali untuk menyebelahi mana-mana pihak..baik blogger tersebut mahupun Menteri itu..Cuma rasanya jalan terbaik bawa saja amah tersebut ke dalam cerita ini..dengar penjelasan amah tersebut dan dalam masa yang sama kita beri ruang Menteri itu untuk beri penjelasan..Tidak adil untuk kita membuat penilaian sebelum mendengar perkataan yang keluar dari mulut kedua pihak-pihak..Kalau sebelum ini kita berjaya menghantar angkasawan ke angkasa lepas bukanlah suatu perkara yang sukar untuk kita mendapatkan penjelasan amah itu berhubung kes ini..

Jangan tunggu lama-lama..lama-lama akan jadi barah...Alangkah baiknya jika sebarang kenyataan berhubung kes ini berserta bukti..Tidaklah sesukar mana untuk ke Indonesia untuk mencari bukti..Beban pembuktian terletak di bahu siapa? Yang membuka pekung haruslah mengambil tanggungjawab...Yang di'tuduh' haruslah membela diri..Jangan kita ulangi sejarah lama..Tuah dan Jebat siapa yang benar?? Hanya akan mewujudkan pelbagai andaian.

Teringat aku kepada pepatah 'tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri'..Cubit peha kanan peha kiri turut merasa sakitnya..menarik rambut di dalam tepung..rambut tidak putus tepung jangan pula berselerak..Jangan sampai meludah ke langit muka sendiri tersapu air liur...

Aku akan terus menunggu akan kunjungnya bukti dan menunggu mulut pihak terbabit terbuka mengeluarkan kata..

Fitnah adalah besar dosanya..perbuatan terkutuk juga besar dosanya..Tidak akan menghukum sebelum mendapat bukti yang jelas..Bukti yang jelas sama-sama kita tagih dari pihak yang di 'dakwa dan mendakwa'...Bukanlah Islam menuntut kita untuk berlaku adil?

p/s: Laporan di atas tidak cukup jelas menggambarkan kejadian itu benar-benar berlaku. Wujud kemungkinan ianya ditokok tambah atau di olah..Jalan terbaik..cari amah itu dan minta beliau buat pengakuan secara lisan..Mungkinkah?

Tuesday, December 28, 2010

Indon berdemo lagi


Khabarnya penyokong-penyokong bolasepak Indonesia berdemo di hadapan hotel pasukan bolasepak negara menginap di Jakarta. Semuanya gara-gara tidak puashati pasukan mereka dibenam di Bukit Jalil.

Pasal dakwaan sinaran laser mengganggu penjaga gol mereka hanyalah alasan yang sengaja dicipta. Siapa yang tidak kenal dengan Indon yang memang suka berdemo.

Dalam bolasepak mungkinkah seorang penjaga gol tidak bergerak mengejar bola sehinggakan sinaran laser yang sekecil itu mampu mengejar anak mata penjaga gol? Semuanya alasan dan sememangnya Indon memang suka berdemo.

Apabila pasukan bolasepak kita dibelasah dengan jaringan yang cukup besar di Jakarta, anak-anak Indon ini diam seribu bahasa bahkan apabila mereka bertandang di tempat kita, mereka dilayan dengan penuh semangat kesukanan.

Kalau bendera negara kita pun mereka tergamak bakar mana mungkin mereka dapat menerima kekalahan ini. Mungkin benar bila ada orang yang berkata, penyokong mereka lebih rela pasukan mereka tumpas di tangan pasukan lain selain daripada pasukan Malaysia.

Apapun kita harap pasukan negara kita tidak akan lemah semangat dengan provokasi yang tidak ada semangat kesukanan ini.

Sama-sama kita panjatkan doa moga pasukan kita beroleh kejayaan.

Rakyat Malaysia pastinya merestui perjuangan anak-anak muda ini..Malaysia boleh!!!!!

Sunday, December 26, 2010

Tahniah Malaysia


Tahniah kepada skuad bolasepak Malaysia di atas kejayaan membenam pasukan Indonesia dengan jaringan yang besar.

Semangat Malaysia Boleh jelas dijelmakan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Siapa pernah terduga dengan kemerosotan mutu bolasepak negara sebelum ini, Malaysia kini sudah bangkit!!!

Tambah membanggakan, skuad Malaysia 100 peratus anak jati Malaysia dan kita tidak perlu mengambil mana-mana pemain luar dengan memberi taraf kerakyatan.

Sekalung tahniah kepada Menteri Belia dan Sukan di atas kejayaan ini. Lu memang best!!!