PAS buat U Turn. Biasa dan tidak mengejutkan.
Adakah Khalid akan bersendirian selepas PAS buat U Turn?
Adakah Khalid benar benar teraniaya di dalam isu ini atau semua ini adalah pelan terancang Pakatan haram?
Jika ini adalah pelan terancang...apakah motifnya?
Kalau mengenali gerak Pakatan..mereka tidak akan bertindak jika ianya tidak menguntungkan mereka..
Mustahil Bang Non merencana sesuatu tanpa sebarang persediaan rapi..Siapa di dalam Pakatan yang berani kata tidak pada rancangan Bang Non? Hadi Awang? Ahhh...lupakan saje..
UMNO BN perlu berhati hati di dalam soal ini. Jangan sokong membuta tuli.
Pakatan cukup licik dalam merencana sesuatu untuk kepentingan mereka. Mana war room UMNO yang digembar gemburkan? Tidak boleh menjangka apa pelan yang mungkin dicipta oleh Pakatan?
Tentunya mereka bergelak sakan bilamana Tan Sri Muhyiddin berkata ADUN ADUN BN akan menyokong Khalid di Selangor..! Mana penasihat penasihat yang mengaku bijak di dalam politik? Bukankah jika UMNO BN mengambil sikap berkecuali dan berdiam diri di dalam isu ini lebih bijak dan selamat?
Jika Khalid benar benar teraniaya nampaknya jalan terakhir yang beliau ada ialah mengadap Sultan dan mohon pembubaran DUN.
Jika tidak, sahlah ada pelan terancang di dalam Pakatan yang buat masa ini masih belum mampu kita terjemahkan...
Untuk UMNO BN..buat masa ini DIAM DAN JANGAN BERTINDAK adalah jalan paling selamat.
p/s: Anda percaya pada kemelut Selangor ini? Jebat satu sen pun tidak percaya pada gerombolan Pakatan ni...!!!! Tanyalah Ezam Md Nor..mana 6 kotak tu????