Showing posts with label polis. Show all posts
Showing posts with label polis. Show all posts
Thursday, September 22, 2011
Rumah gua nak kena bakar..Gila betul!!
Kalau rumah nak kena bakar gua nak call sapa? Tentulah call polis..Takkan nak call mak bidan pulak kan..
Kalau gua tak buat hal dan sejak dulu percaya polis tentu tak malu nak call polis keluarga Mat Sapu yang kata polis macam-macam pandai pulak buat laporan polis bila rumah dia nak kena bakar. Dasar tak tau malu.
Anak lelaki kata. ada unsur sabotaj dari polis yang didakwa cuba melakukan perkara tu tapi dalam yang sama anak perempuan dia (yang selalu potong stim bapak masa nak kongkek) pulak buat laporan polis..Kah Kah Kah..
Weh lu orang punya bapak kata dia kena langgar dengan kenderaan polis masa BERSHIT hari tu..Lu orang masih percaya kah pada polis?
Agak-agaknya polis nak percaya pada sapa? Nak percaya pada anak lelaki ke atau anak perempuan Mat Sapu? Kalau anak lelaki Mat Sapu cakap ada penglibatan polis dan laporan anak perempuan Mat Sapu di ambil kira maka polis akan menyiasat pasukan polis sendiri. Arghhh...Macam setan..Ini Mat Sapu punya keluarga macam keluarga 69 dowhhh...
Tapi Mat Sapu kata polis bukan hero..hero sebenar adalah Mat Indera. Gua rasa baik lu orang buat laporan pada keluarga Mat Indera..depa kan hero...Kah Kah Kah..
Betul-betul putar alam..BAU DIA LEKAT KAT MUKA ABANG MAH!!!! macam setan..
Thursday, July 21, 2011
BerSHit: Ramai-ramai makan taik
Polis kata Mat Sapu terjatuh sendiri semasa Bershit hari tu dan bukan kena langgar dengan kenderaan polis.Kah Kah Kah..Mat Sapu ni memang lawak..apa kelas nak langgar Mat Sapu ye tak...
Polis juga tayangkan video kepada media yang membuktikan polis tidak ganas seperti yang BerShit katakan. Apa lagi yang BerShit nak cakap lepas ni? Tak mau ke cakap polis gunakan meriam masa hari tu? Kah Kah Kah..Polis sekadar guna pistol air bhai..Nuar Berahim punya pistol air lagi merbahaya..Keras macam batu..Kah Kah Kah...
Taik BerShit cakap polis guna gas pemedih mata yang digunakan oleh Israel terhadap Palestin. Boleh menjejaskan paru-paru, sistem pernafasan, penyakit kulit..Kah Kah Kah..Apa punya bangang..Gua yang ada masa tu pun nampak polis sendiri terbatuk-batuk masa kena sembur..Lu ingat polis bangang macam lu, nak kasi mampus dia punya anggota..Kalau nak kencing pun agak-agak bhai..
Lim AeroKit Sial Siang Malam dah suruh Najib pecat pula mana-mana pihak yang dia kata bertindak bodoh masa Bershit hari tu. Kah Kah Kah..hari tu lu orang kecoh kata beratus ribu orang suruh Najib berhenti jadi PM sekarang bila polis dah tunjuk bukti yang dia orang tak ganas masa BerShit lu orang suruh Najib pulak pecat orang..Kah Kah Kah..
Kita minta kerajaan tubuhkan Suruhanjaya Makan Taik untuk kaji BerShit..Kah Kah Kah..
Friday, February 11, 2011
Kehendak berhelah atau apa?

Dalam setiap demonstrasi yang Pakatan Haram lakukan antara yang paling teruk dicemuh adalah pasukan polis. Bermacam kata nista dan cerca yang dilemparkan pada anggota polis biarpun anggota polis hanya menjalankan tugas dan kewajipan mereka.
Tetapi apabila dikatakan kadar jenayah di Selangor adalah amat membimbangkan, pihak polis juga yang dipertanggungjawabkan di dalam menangani isu ini. Tidak cukup dengan itu, Selangor memohon kepada kerajaan pusat untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan.
Benarkah jenayah menjadi-jadi atau ada udang disebalik batu dengan permintaan itu? Adakah Selangor ingin menubuhkan Pasukan Polis Bantuan yang ahlinya adalah di kalangan ahli-ahli Pakatan yang sedia untuk ditindik hidungnya dan boleh dibawa berunding untuk kepentingan indvidu tertentu?
Atau adakah tindakan penubuhan Pasukan Polis Bantuan di Selangor ini sekadar mahu mempersoalkan integriti pasukan polis di peringkat pusat? Mungkinkah penubuhan Pasukan Polis Bantuan ini sekadar ingin membayangkan bahawa pasukan yang sedia ada tidak berupaya untuk memikul tanggungjawab untuk membendung kegiatan jenayah?
Tidak ada salahnya jika Selangor memohon kepada kerajaan pusat untuk ditambah bilangan anggota polis di Selangor dengan menempatkan anggota polis yang sedia ada.
Soalnya, adakah keinginan untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan di Selangor benar-benar dapat dan untuk membendung kegiatan jenayah di Selangor atau sekadar merencanakan kemahuan politik yang penuh tersirat?
Kita mahu, Kementerian Dalam Negeri dan PDRM mengkaji permintaan yang sukar untuk diterjemahkan maksudnya ini.
Sekadar ingin mengingatkan pepatah "Jerat tidak pernah melupakan pelanduk".
Wednesday, December 8, 2010
Sabarkah pihak polis?
Adilkah kita pada mereka?Ada yang kata PDRM ambil tindakan di luar tabie semasa demo penyerahan memo ke Istana Negara oleh Pakatan tempoh hari lalu. Benarkah?
Baik..aku teringat semasa peristiwa demo Gerakan Mansuhkan ISA di ibukota tidak lama dahulu di mana aku hadir secara langsung di situ.
Sepanjang hari aku berada di situ, aku dapati tidak ada sebarang tindakan yang PDRM ambil pada mana-mana pihak bahkan PDRM telah memohon secara baik dan berhemah supaya penjerit-penjerit jalanan itu beredar dari tempat tersebut.
Soalnya..adakah PDRM robot atau manusia? Kalau dah dinamakan manusia pastinya tahap kesabaran ada penghujungnya. Bolehkah pihak PDRM bersabar jika mereka diherdik dan dicemuh dengan perkataan-perkataan yang maha kesat oleh penjerit-penjerit jalanan?
Perkataan seperti ANJING KERAJAAN yang terhambur keluar semasa demo itu jelas menidakkan kesabaran pihak PDRM..sesiapa yang dihamburkan dengan perkataan anjing pastinya merah telinga dan menghapuskan kesabaran. Kalau aku juga begitu..bayangkan kalau perkataan serupa dihamburkan oleh penyokong BN kepada penyokong Pakatan..sendiri mahu ingat dan sendiri boleh fikir.
Perlu diingat anggota PDRM juga manusia seperti kita..punya hati perut..punya perasaan dan punya anak bini..Kalau kita mahu orang hormat dan santun pada kita begitulah juga harusnya santun kita pada orang.
Yang menariknya...bila sebarang musibah berlaku PDRM juga yang ditagih bantuannya..Adilkah kita kepada PDRM?
Sarang tebuang jangan dijolok..Sabar manusia ada hadnya...
Subscribe to:
Posts (Atom)

