Dalam pada Gap Gap, Khalid akhirnya memecat exco exconya dari PKR dan DAP. Ceh..steady lah Khalid..anak jantan.
Kita ucap tahniah pada PAS kerana sudah berani buat keputusan sendiri dan tidak lagi sentiasa mendengar cakap Bang Non. Dalam banyak artikel terdahulu Jebat sudah maklum bahawa tanpa PKR dan DAP pun PAS sememangnya sudah kuat. DAP dan PKR hanya menumpang pada PAS. Kalau diikutkan pada kekuatan, PAS lah sepatutnya menjadi induk.
Di mana mana pilihanraya bahkan dalam mana mana demo yang mereka adakan pun, tanpa rakyat PAS pasti gerakan itu tidak akan ke mana. Apa perlu PAS pada DAP dan PKR?
Bertahun PAS memerintah Kelantan dan lantang di Parlimen..semuanya kerana usaha dan jerih perih rakyat PAS. Ketika itu mana ada sepakat PAS dengan DAP dan PKR. Memang jelas DAP dan PKR mengharapkan usaha dan kekuatan PAS.
Dengan apa yang berlaku, rakyat PAS lihatlah bahawa Bang Non yang sewaktu ketika dahulu anda agungkan sebenarnya tidak boleh berbuat apa apa pada kalian. Bang Non bukan sehebat yang anda sangkakan. Baru Bang Non tahu langit tinggi rendah..Baru Bang Non sedar bahawa dia sekadar bersandar harap pada rakyat PAS.
Kenapa balaci balaci PKR tidak mahu berdemo atas nama keadilan untuk Khalid Ibrahim seperti mana mereka berdemo bila Bang Non (hero kecundang) dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu? Kenapa hanya mencari keadilan pada Bang Non kononnya..? Kenapa tidak mencari keadilan kepada Khalid Ibrahim?
Red Bean Army dan tentera maya PKR dan DAP sudah kering idea. Mereka kata UMNO dan BN meleleh air liur kerana Khalid Ibrahim tidak melantik ADUN BN menjadi exco di Selangor. Mereka beranggapan UMNO dan BN kecewa.
Ini pandangan orang yang dungu seperti mana mereka dungu dalam mencongak bahawa rakyat PAS akan bosan pada Bang Non suatu ketika nanti. Sesungguhnya, kita orang orang-orang UMNO dan BN tidak pernah rasa terkilan, kecewa atau terliur untuk mengharapkan sesuatu daripada Khalid Ibrahim.
Cukuplah keadaan politik di Selangor kembali terurus dan berjalan lancar demi rakyat.
Alhamdulillah..rata-rata Exco di Selangor sekarang adalah orang orang Islam. Insyaallah..kami orang orang UMNO akan sentiasa mendoakan yang terbaik pada rakan rakan PAS demi memartabatkan sebuah agama.
Sekalung tahniah awal pada Khalid Ibrahim dan rakyat PAS. Ini adalah kemenangan di dalam perjuangan kalian dan ini adalah permulaan kepada pengakhiran perjuangan untuk kepentingan seorang individu yang kemaruk kuasa..
Salam perjuangan kepada sekelian rakyat PAS dan Khalid..Tahniah!!!