Khalid Gap Gap atau Wan Azizah si nenek kipas siapakah yang lebih layak menjadi Menteri Besar Selangor?
Ramai nujum yang buat cai termasuk orang orang UMNO. Sama macam nujum meneka rombakan kabinet Najib. Satu habuk pun tak kena.
Secara jujur..tak perlu kita sibuk sibuk dengan isu MB Selangor ni.
Pada Jebat ini tak lebih daripada sekadar menarik perhatian rakyat dan mencetuskan momentum populariti menerusi penciptaan isu.
Sudahnya nanti PAS, DAP dan PKR akan berkata..biar berdentum guruh di langit, biar mencurah hujan ke bumi kami akan kekal teguh dan setia atas nama Pakatan Rakyat!! Khaakkkk tuihhhh!!!
Satu sen pun Jebat tak percaya pada gerombolan ni..!!!
Sebelum kesudahannya nanti mereka akan ketawakan orang orang UMNO kerana percaya cerita dongeng mereka ini..lebih baik kita terus menguatkan saf kita di Selangor menjelang PRU ke 14 nanti.
Itupun kalau UMNO Selangor masih ada selera dan cita cita nak menjadi kerajaan negeri semula..
p/s: Dia orang tu semua totok Nuar Berahim..dah tentu tentu Nuar Berahim dah siapkan skrip untuk setiap seorang daripada mereka. Pelakon dan pengarah yang hebat..!!!
Setuju tak payah kita sibuk mengenai mereka PR ni biarkan sahaja apa ynag di hebohkan.
ReplyDelete