Adakah ayat di dalam gambar di atas tidak boleh digunapakai kepada pimpinan sekarang?
Pak Lah kena letak jawatan kerana tak dapat 2/3 dalam PRU ke 12.
Ramai menteri kabinet yang desak Pak Lah letak jawatan kerana katanya Pak Lah lemah dan selalu tidur. Pada ketika itu ramai menteri yang kelihatan cukup jantan. Blogger Parpukari juga hentam sakan suruh Pak Lah berundur.
Suka tak suka demi kecintaan kepada parti Pak Lah berundur. Tabie orang tua yang berfikir jauh..mengalah biarpun bukan kalah.
Bilamana PM Najib pun tak dapat 2/3 bahkan lebih teruk daripada Pak Lah, jantan jantan menteri kabinet senyap dan sunyi. Hilang taring. Tak lagi menyalak nyalak. Hairan.
Lebih hairan bila ada yang kata PM Najib sebenarnya handal dan jauh lebih bagus daripada Pak Lah. Di mana kayu ukur dan asas pengiraan seseorang itu bagus lebih lebih lagi seorang ahli politik seperti Najib dan Pak Lah?
Rakyat sudah tunjuk signal..UMNO BN semakin hilang taring. Banyak kerusi yang hilang dan banyak pula nama nama besar UMNO BN kecundang tersadung di medan juang. Ini signal dan tanda jelas.
Di kalangan sahabat blogger dan pengamal media sosial ramai yang menegur corak kepimpinan Najib.lebih lebih lagi desakan supaya Najib membersihkan dirinya daripada dikelilingi punahsihat punahsihat yang tidak langsung membantu Najib. Malangnya desakan kita semua seakan tidak memberi kesan kepada Najib. Ada Najib kisah?
Semalam Tun Mahathir The Legend tampil bersuara di dalam blognya menegur Najib. Apa yang Tun Mahathir tegurkan samalah intipatinya dengan apa yang kita tegurkan pada Najib. Nampaknya gayanya Tun Mahathir lebih mendengar suara rakyat berbanding Najib!!!
Jika teguran Tun Mahathir pun tidak berupaya merubah Najib, adalah dicadangkan semua menteri kabinet yang dulunya terlolong desak Pak Lah letak jawatan sudah boleh mencari kotak kotak kosong untuk mengosongkan pejabat di Putrajaya menjelang PRU ke 14.
Kita bukan desak Najib letak jawatan bak kata Tun Mahathir..tetapi kita desak supaya Najib berubah dan lebih tegas dalam hal hal tertentu.
Lumrahnya..orang suka pada sesuatu yang baru..bila Tun Mahathir serahkan tampuk pemerintahan pada Pak Lah..UMNO BN menang besar dalam PRU ke 11. Adakah Najib juga perlu serahkan tampuk pemerintahan kepada orang baru untuk menjamin kemenangan dan mengekalkan kuasa UMNO BN di Putrajaya?
Najib mesti berubah kerana kita semakin runsing jika akhirnya nanti rakyat membuat keputusan untuk merubah lambang parti pemerintah di Putrajaya!!
Ayuh PM Najib..Anda masih punya masa untuk berubah dan mengubah rangkaian penasihat penasihat anda!!
p/s: Jebat muak dengan ungkapan 'Sambutan pengundi kepada calon BN nampaknya semakin baik..Angin perubahan makin dirasakan dan pengundi Cina sudah kembali kepada BN' ...Choiii..inilah ayat punahsihat kepada Najib yang semakin melekakan Najib...!!! Kalau tak sayangkan Najib kita semua tak tegur Najib..Itupun kalau Najib nak dengar..!!
Transformasi yang disanjung hanyalah khayalan semata2. It is just a rebranding. Tun has put everything on track. DSN cume banyak membaca dan mengikut pandangan serta cadangan para penasihat 20% dan pengikut Tweeternya yang sebenarnya adalah penyokong pembangkang yang menyamar!! Sorry to say that. Initially DSN was quite on track but somehow somewhere along the way he has deviated. Tun felt that it is his responsibility to warn DSN openly after all other efforts failed.
ReplyDeleteRakyat bawahan terutama orang melayu penyokong BN amat berterima kasih kepada tun kerana mampu menegur pm najib aka presiden umno yang kebal ketika ini. Harapkan ahli majlis tertinggi umno, masa kempen pemilihan calon mkt saja yang berkokok ..lepas itu tidoooo.
ReplyDeletenajib jenis playsafe ..sampai jadi presiden umno dan pm pun masih nak playsafe juga..orang playsafe utamakan diri sendiri selamat..lagi ramai penyokong lgi glamour. kalau boleh bukan saja 1 malaysia malah 1 dunia sokong. tiada pendirian kerana takut akan kehilangan sokongan. sikap pemimpin sedemikian amat tidak sesuai dengan pentadbiran dan keadaan politik di malaysia malah peringkat antarabangsa pun begitu juga..bila sampai satu tahap tak boleh playsafe lagi, akhirnya rakyat sendiri pula yang kena main.
Anda tahu? Kebanyakan rakyat menyumpah seranah kepimpinan Najib! Bukan sekarang, tetapi sejak 1Malaysia dilancarkan! Najib hanya layak menjadi pemimpin PR bukannya UMNO. Saranan agar Najib menjadi MB Selangor menggantikan Khalid Ibrahim!
ReplyDelete
ReplyDeleteNah, klik disini dan lihatlah perancangan DAJJAL LAKNATULLAH untuk rakyat Malaysia demi sekelumit kuasa yang tidak kekal abadi.
Jahanamlah sesiapa yang sanggup bersekongkol dengan DAJJAL LAKNATULLAH tu.
Kenapalah .. BANYAK SANGAT MENTERI YANG BERBANGSA MELAYU .. TIDAK ADA VALUE ..NAZRI AZIZ .. ZAHID HAMIDI .. TENGKU ADNAN ..
ReplyDeleteMEREKA MEREKA INI LAH YANG MENYEBABKAN MARUAH PARTI UMNO TERCEMAR ..
BERUBAH .. TUAN TUAN PERLU BERUBAH ..
KALAU HITAM .. KATAKAN LAH HITAM .. JANGAN PULOK KATA DI DEPAN BOSS .. PUTIH
wang bukan segalanya..tetapi najib ada segalanya..termasuk penyokong pembangkang dibelanya.. najib kena ikut langkah dato onn ..tubuh parti 1Malaysia dan lupakan saja umno kerana anda tidak layak menjadi presiden umno yang memperjuangkan kepentingan masyarakat melayu dan bumiputra.
ReplyDeleteIni agenda Ketum PKR kerana nak tutup kes bini dia jadi Menteri Besar.
ReplyDeletealaa..ni munafiik..
ReplyDelete