Showing posts with label Tun Abdullah Ahmad Badawi. Perdana Menteri. Show all posts
Showing posts with label Tun Abdullah Ahmad Badawi. Perdana Menteri. Show all posts

Tuesday, August 19, 2014

Teguran pada PM Najib sampai kemuncak


Adakah ayat di dalam gambar di atas tidak boleh digunapakai kepada pimpinan sekarang?


Pak Lah kena letak jawatan kerana tak dapat 2/3 dalam PRU ke 12.

Ramai menteri kabinet yang desak Pak Lah letak jawatan kerana katanya Pak Lah lemah dan selalu tidur. Pada ketika itu ramai menteri yang kelihatan cukup jantan. Blogger Parpukari juga hentam sakan suruh Pak Lah berundur.

Suka tak suka demi kecintaan kepada parti Pak Lah berundur. Tabie orang tua yang berfikir jauh..mengalah biarpun bukan kalah. 

Bilamana PM Najib pun tak dapat 2/3 bahkan lebih teruk daripada Pak Lah, jantan jantan menteri kabinet senyap dan sunyi. Hilang taring. Tak lagi menyalak nyalak. Hairan.

Lebih hairan bila ada yang kata PM Najib sebenarnya handal dan jauh lebih bagus daripada Pak Lah. Di mana kayu ukur dan asas pengiraan seseorang itu bagus lebih lebih lagi seorang ahli politik seperti Najib dan Pak Lah?

Rakyat sudah tunjuk signal..UMNO BN semakin hilang taring. Banyak kerusi yang hilang dan banyak pula nama nama besar UMNO BN kecundang tersadung di medan juang. Ini signal dan tanda jelas.

Di kalangan sahabat blogger dan pengamal media sosial ramai yang menegur corak kepimpinan Najib.lebih lebih lagi desakan supaya Najib membersihkan dirinya daripada dikelilingi punahsihat punahsihat yang tidak langsung membantu Najib. Malangnya desakan kita semua seakan tidak memberi kesan kepada Najib. Ada Najib kisah? 

Semalam Tun Mahathir The Legend tampil bersuara di dalam blognya menegur Najib. Apa yang Tun Mahathir tegurkan samalah intipatinya dengan apa yang kita tegurkan pada Najib. Nampaknya gayanya Tun Mahathir lebih mendengar suara rakyat berbanding Najib!!!

Jika teguran Tun Mahathir pun tidak berupaya merubah Najib, adalah dicadangkan semua menteri kabinet yang dulunya terlolong desak Pak Lah letak jawatan sudah boleh mencari kotak kotak kosong untuk mengosongkan pejabat di Putrajaya menjelang PRU ke 14.

Kita bukan desak Najib letak jawatan bak kata Tun Mahathir..tetapi kita desak supaya Najib berubah dan lebih tegas dalam hal hal tertentu. 

Lumrahnya..orang suka pada sesuatu yang baru..bila Tun Mahathir serahkan tampuk pemerintahan pada Pak Lah..UMNO BN menang besar dalam PRU ke 11. Adakah Najib juga perlu serahkan tampuk pemerintahan kepada orang baru untuk menjamin kemenangan dan mengekalkan kuasa UMNO BN di Putrajaya?

Najib mesti berubah kerana kita semakin runsing jika akhirnya nanti rakyat membuat keputusan untuk merubah lambang parti pemerintah di Putrajaya!!

Ayuh PM Najib..Anda masih punya masa untuk berubah dan mengubah rangkaian penasihat penasihat anda!!

p/s: Jebat muak dengan ungkapan 'Sambutan pengundi kepada calon BN nampaknya semakin baik..Angin perubahan makin dirasakan dan pengundi Cina sudah kembali kepada BN' ...Choiii..inilah ayat punahsihat kepada Najib yang semakin melekakan Najib...!!! Kalau tak sayangkan Najib kita semua tak tegur Najib..Itupun kalau Najib nak dengar..!!

Tuesday, August 27, 2013

Cukup-cukuplah Tun M...


Siapa yang berani menafikan kehebatan Tun M?

Siapa yang berani menidakkan kemampuan Tun M?

Siapa yang berani menggelengkan kepala bahawa kemajuan Malaysia hari ini adalah kerana kebijaksanaan Tun M?

Tun M LEGEND..Tun M HERO MALAYA..Bukan sahaja di Malaya bahkan se-enterio dunia kenal siapa Tun M.

Orang luar lebih kenal Tun M daripada Malaysia.

Hebat Tun M bukan kepalang. Kita tahu bahkan semua orang tahu..Tak boleh nafi dan tak boleh pertikai.

Najib tak boleh tandingi Tun M..Bahkan Pak Lah lebih jauh daripada itu. Semua orang tahu.

Tun M..Ketahuilah..semua orang tahu bahawa Tun seorang yang cukup istimewa dan terbilang di Malaysia..Cukup tahu dan cukup sedar.

Tapi Tun M..Cukup-cukuplah hentam Tun Abdullah. Apa lagi yang tidak kena dengan Tun Abdullah. Kalau Tun M tak cakap pun kita semua tahu Tun Dollah lemah dan tidak sehebat Tun M. Bukan tandingan.

Jebat sampai simpati pada Tun Abdullah. Didesak untuk melepaskan jawatan Tun Abdullah akur. Terima dalam pahit.

Jadi apa lagi mahu Tun M dan apa lagi mahu kita semua? Gelakkan Tun Dollah sampai ke sudah? Cerca Tun Dollah sehingga Tun Dollah tak mampu angkat muka? Apa lagi mahu kita?

Cukup-cukuplah Tun M..Di usia sebegini rasanya cukuplah nak bercakaran dan mengkritik orang yang sudah dihukum. Apa lagi mahu kita?

Kedua-dua bekas Perdana Menteri dan kedua-duanya Tun..cukuplah..Jasa kalian tetap dihargai dan rakyat sudah cukup matang untuk menilai di antara kalian berdua siapa yang hebat. Tun M tak perlu gusar akan keadaan itu. Rakyat tak lupa jasa Tun M pada Malaysia.Selamanya!!

Satu sahajalah yang Tun M kena ingat bahawa Tun M yang melantik Tun Abdullah..!! 

p/s: Jebat hormati Tun M dan simpati pada Tun Abdullah..Cukuplah!!! 

Tuesday, August 13, 2013

Lagi-lagi Pak Lah..sudahlah!!!

 
Orang UMNO jangan dendam tak bertempat.
 
Pak Lah telah dihukum setelah BN gagal mendapat majoriti 2/3 di dalam PRU ke 12.  Hukumannya: LETAK JAWATAN.
 
Orang UMNO dan Malaysia cukup tebal dengan sifat tidak puashati. Harimau Malaya gagal menyinar di Jepun, Rajagobal dihenyak dan dikerah letak jawatan. Walhal Rajagobal lah yang telah membawa Harimau Malaya ke puncak gemilang suatu ketika dahulu. Dipuji kemudian di ludah.
 
Pak Lah pun begitu, PRU tahun 2004 Pak Lah dilambung sebagai hero dengan kemenangan besar BN tetapi dihenyak dan dikerah supaya meletakkan jawatan selepas PRU ke 12. Pak Lah pasrah dan melepaskan jawatan. Orang UMNO mahu apa lagi daripada orang tua dari Pulau Pinang ini?
 
Kini timbul soal buku. Pak Lah tampil kata buku itu bukan tulisan atau tajaan beliau. Orang UMNO masih tidak puashati. Orang UMNO mahu apa lagi daripada orang tua dari Pulau Pinang ini?
 
Apa lagi yang ada pada orang tua itu yang mesti orang UMNO hukum? Kenapa orang UMNO tidak mahu menghukum diri sendiri setelah gagal mendapat majoriti 2/3 dalam PRU ke 13 yang lalu? Mahu salahkan Pak Lah lagi dengan kegagalan di dalam PRU ke 13?
 
Adakah ceritera buku ini sengaja ditimbulkan untuk melemahkan kem menantu Pak Lah, KJ?
 
Kalau benar ada yang tidak kena dengan KJ apa yang perlu dilampiaskan amarah marah pada Pak Lah? Pukul anak sindir menantu?
 
Jebat pun kecewa dengan prestasi Pak Lah dalam PRU ke 12 tetapi cukuplah Pak Lah dihenyak dan dicerca. Cukuplah. Anggap sahaja Pak Lah orang tua yang harus dihormati. Jika tidak disanjung apalah salah kita memaafkan Pak Lah.
 
PRU ke 12: ZAMAN PAK LAH KITA PEROLEHI 140 KERUSI
 
PRU ke 13: ZAMAN TOK NAJIB KITA PEROLEHI 133 KERUSI
 
EH nak kena marah Tok Najib ke Pak Lah? Ahhhh!!! sudahlah orang UMNO..sudah-sudah cari salah orang lain untuk tutup lemah sendiri.
 
Kalau asyik nak marah dan tak puashati, apa kata orang UMNO semua dihukum supaya letak jawatan kerana prestasi buruk dalam PRU ke 13...ada berani?
 
Hidup biar bertanggungjawab..!!!!
 
p/s: Orang UMNO kata Pak Lah kuat tidur...tapi dalam PRU ke 13 yang lalu orang UMNO pun banyak yang 'tidur'. Bilik gerakan lengang macam di langgar garuda. Nak salahkan siapa? Pak Lah?