Showing posts with label seksualiti merdeka. Show all posts
Showing posts with label seksualiti merdeka. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

Parti politik Malaysia hanya hebat di gelanggang sendiri


Adakah Malaysia perlu mempunyai rakyat seperti ini?

Kalau menyentuh hal-hal politik, parti-parti politik yang tuannya adalah orang-orang Melayu a.k.a Melayu Islam sanggup menyinsing lengan baju menjadi jantan gagah mempertahankan manifesto perjuangan parti politik mereka.

Seksualiti Merdeka 2011 jelas menunjukkan bahawa parti politik Melayu hanya berani berkata-kata tanpa berani mengambil tindakan menghalang daripada program itu terus berlangsung.

UMNO kata tidak setuju? Tapi di mana tindakan sebagai menunjukkan TIDAK SETUJU yang datang daripada parti pemerintah? Adakah cukup sekadar dengan mengeluarkan kata TIDAK SETUJU secara automatiknya program itu akan terbatal?

Ahli-ahli PAS a.k.a rakyat PAS setelah diasak mengeluarkan kata bahawa mereka akan mengadakan demo untuk membantah program itu. Sekali lagi adakah cukup hanya dengan bantahan program itu akan terbatal dengan sendirinya?

Kita boleh terima jika rakyat kita hanya berdemo di jalan untuk menunjukkan tanda protes kekejaman Israel terhadap Palestin kerana jaraknya adalah jauh dan kita tidak mahu mencampuri urusan negara lain. Tetapi program Seksualiti Merdeka 2011 ini berlangsung di dalam negara kita sendiri. Adakah kita sekadar berpeluk tubuh mengharapkan tentera dari langit turun untuk membatalkan program itu daripada berlangsung tanpa sebarang tindakan yang munasabah daripada rakyat kita yang majoritinya beragama Islam?

Ke mana perginya anak-anak sabung Parti Keadilan Nasional (PKR)? Tidak perlu komen panjang tentang tindakan PKR kerana ianya akan menjadi seperti ketam mengajar anak berjalan lurus..Siapa yang ketam?

Seksualiti Merdeka: Kenapa hamPAS jadi malu-malu kucing



Raja Demonstrasi Negara, HamPAS jadi bagai anak dara sunti yang malu-malu kucing apabila dipinang.

Tidak mungkin rakyat Malaysia lupa bagaimana jantannya rakyat HamPAS berdemo di dalam Gerakan Mansuhkan ISA, PPSMI dan yang terbaru BERSIH 2.0.

Jika benarlah perjuangan Islam menjadi tunggak pegangan HamPAS, mengapa program Seksualiti Merdeka 2011, HamPAS tidak bersuara garau bagaikan jantan yang berkokok untuk turun berdemo membantah program yang jelas memperlekehkan hukum Islam?

Adakah HamPAS takut dan gusar untuk berdepan dengan 'orang-orang kuat' penganjur Seksualiti Merdeka 2011 kerana orang yang sama jugalah menjadi tok dalang kepada Bersih 2.0 atau HamPAS serba salah kerana tunggak harapan mereka sedang dibicarakan kerana faktor seks luar tabiee?

Ataupun adakah rakyat HamPAS tidak pernah peduli dengan orang-orang yang cuba memperlekehkan hukum Islam kerana apapun yang terjadi syurga sudah tergenggam kemas di dalam tangan?