Thursday, May 19, 2011
Bertumbuklah puas-puas
Khabarnya esok anak-anak muda Melayu akan menyinsing lengan dengan berdemo di hadapan pejabat Utusan Melayu.Apa yang nak dihairankan dahulu pun anak-anak muda Melayu sudah biasa menyinsing lengan.
Cuma bedanya adalah..Dulu anak-anak muda Melayu menyinsing lengan bersatu hati menentang penjajah. Dan kini anak-anak muda Melayu mahu menyinsing lengan menghayunkan penumbuk sulung ke muka anak Melayu lain. Hebatnya Melayu.
Tak perlu susah payah puak-puak yang mahu melihat Melayu hancur menyusun strategi kerana Melayu sendiri sudah mahu menjahanamkan Melayu.
Bertumbuklah puas-puas kalau itulah yang membuatkan Melayu merasakan diri mereka hero. Melayu tak pernah ada Ultraman, Superman, Spiderman..Melayu cuma ada Cicakman. Mudah-mudahan esok akan ada yang menjadi Ultraman biarpun esok yang menjadi raksasanya adalah raksasa Melayu.
Melayu sekali lagi akan ditagih untuk berfikir..siapakah yang benar di antara Tuah dan Jebat?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dulu berahimkatak kata nak keluar lawan demo bahasa melayu untuk maths dan sains,tapi bila sampai masanya jadi kecut dan seorang pun tak berani keluar!
ReplyDeleteesok pun Perkasa tak akan keluar,cakap aje teluq tak ada!
Ada hikmah disebalik perkara ini,insyaallah yang hak dan benar akan menang, yang batil dan salah akan kalah,,,jangan jadi pak kadok naik junjung menang sorak kampong tergadai,
ReplyDeleteInsaflah wahai anak bangsa ku..jangan kamu diperalat oleh nafsu amarah mu dan di perbodohkan oleh bangsa lain..mereka akan mentertawakan bangsa kita nanti jika kita terus bercakaran begini...bersatulah hapuskan penghianat bangsa dan negara malaysia ini...
mereka berselindung di sebalik senyum bibir yang manis ,tetapi sebenarya racun berbisa buat kita semua...