Wednesday, May 25, 2011

Menteri berkenaan tolonglah lebih bijak






Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana tidak menaikkan harga petrol RON 95.


Biarpun tidak ada kata putus oleh kerajaan bahawa harga bahan mentah itu pasti dinaikkan tetapi kenyataan oleh Menteri berkenaan tempoh hari jelas meresahkan dan menyemakkan kotak minda rakyat Malaysia.


Kenaikan harga bahan mentah itu adalah perkara yang amat menggerunkan rakyat Malaysia dan kesannya tidak seburuk kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilo tempoh hari.


Kenyataan Menteri berkenaan tempoh hari telah menyebabkan kecalaran kepada momentum keyakinan rakyat kepada kerajaan.


Kenapa harus diwar-warkan berita kemungkinan kenaikan harga bahan mentah itu sedangkan keadaan yang sepatutnya wujud dahulu adalah mengkaji dan menilai kesediaan rakyat untuk berhadapan dengan kenaikan harga bahan mentah itu.


Ketidaknaikkan harga bahan mentah yang diumumkan oleh kerajaan semalam bukanlah 'satu bonus' kepada rakyat kerana rakyat telah terbelenggu mindanya apabila Menteri berkenaan mewar-warkan kemungkinan harga bahan mentah itu dinaikkan.


Rakyat sudah terbiasa dengan mainan persepsi yang saban hari di didik oleh Pakatan Rakyat. Dan percayalah bahawa biarpun harga bahan mentah ini tidak dinaikkan tetapi Pakatan pasti akan menanamkan minda di kepala rakyat bahawa kenyataan Menteri itu adalah suatu penipuan kepada rakyat.


Dan lebih daripada itu, rakyat yang terpengaruh dengan persepsi ini akan berterima kasih kepada Pakatan kerana seolah-olah atas desakan dan kuasa politik Pakatan lah harga bahan mentah itu tidak dinaikkan.


Sayugia, biarlah kita sarankan kepada Menteri berkenaan. 'Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar'. Jangan sudah roboh baru hendak dicari di mana reputnya.


Jika tidak luka kenapa harus ditoreh dan dihiris..Aduhai Mail Sabri...

2 comments:

  1. Hanya puak2 dari pakatan yg mewar2kan kenaikan harga minyak....bukan dari kerajaan...
    Kerajaan hanya kata utk kaji balik subsidi...bukan nak naikan...!
    Mentaliti pakatan mmg mcm tue....suka buat publisiti utk mengelirukan rakyat...!dan aku dah imun dgn kerenah mereka...
    Cuma aku x suka dgn kelemahan kerajaan yg terlalu kononya x suka melihat keperitan hidup rakyat....tetapi yg sebenarnya rakyat Malaysia terlalu dimanjakan...

    WUDI

    ReplyDelete
  2. salam bro,
    kerja pembangkang memanglah membangkang, itulah namanya pembangkang dan bukannya pengangkang!
    kita nak tanya ni dan bro tolong tanya jk pemandu - apa sebenarnya jawatankuasa pemandu punya agenda hinggakan semua nasihat mereka semua pm dengar! hebat sangat ke si idris jala tu? dia tak tahu ke kesusahan orang-orang kampung (termasuk bro sendiri). jk pemandu dapat bonus 3 bulan, dah lah gaji sorang-sorang berbelas ribu tidak termasuk idris jala kerana dia taraf menteri (lagi lah hebat). semasa di mas dulu bukan dia promote mas, tetapi jual hartabenda mas dan suruh orang berhenti secara sukarela untuk kurangkan beban mas. kita pun boleh buat macam tu. apa yang orang ramai pertikaikan ialah kenaikan harga petrol,gula dan tarif letrik ada kaitan dengan kenaikan barangan lain - hinggakan dry cleaning pun naik harga! dry cleaning guna petrol ron 95 dicampur dengan gula barangkali! soal masyarakat kita terlalu dimanja ataupun lebih senang dipanggil masyarakat subsidi tidak timbul samasekali. kalau kena seperti 2 orang kawan kita tak dapat gaji hingga sekarang - dah 5 bulan, barulah tahu langit tinggi rendah! kesian betul pada kawan kita tu bro,buruh indon yang ramai di malaya ni pun dapat gaji bulanan dari majikan masing-masing. ok bro, selamat berjuang!

    ReplyDelete