Sunday, May 22, 2011

Politik Malaysia: Telur dan ayam






Dari dahulu sampai sekarang, masih lagi tidak terjawab persoalan yang mana dahulu antara telur dan ayam.

Ada yang berkata telur lah dahulu kemudiannya baru ayam tetapi kalau tiada ayam bagaimana keluarnya telur.

Samalah keadaannya dengan politik Malaysia hari ini. Siapa yang benar dan siapa yang salah. Masing-masing dengan persepsi yang berbeda.

Tetapi tidaklah sesukar menjawab persoalan telur dan ayam di dalam hal politik Malaysia.

UMNO lahir semasa era pembebasan membebaskan negara dari belenggu penjajah. UMNO mengorak langkah di dalam merencanakan pembangungan negara. Dan secara jelas, sudah dibuktikan bahawa UMNO lah yang menjadikan Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.

Akibat daripada kemajuan itulah, banyak pihak yang mahu menumpang tuah dan mengecap kemasyhuran nama sebagai perencana kepada kemajuan negara.

Sehinggalah kepada tertimbulnya slogan 'Selamatkan Malaysia'.

Sayugia mereka yang tidak pernah ambil tahu isu-isu politik pasti keliru dengan slogan 'Selamatkan Malaysia'.

Dan benarnya apabila ada yang mengatakan apa yang perlu diselamatkan di Malaysia.

Rakyat Malaysia boleh ke mana-mana di dalam Malaysia secara bebas dan tanpa halangan. Bahkan lebih daripada itu, bekas banduan yang sedang dibicarakan kesnya di mahkamah masih boleh terbang keluar negara. Tanpa sekatan. Boleh berceramah menghentam kerajaan dengan sesuka hati. Jadi apa sebenarnya yang perlu diselamatkan?

Bahasa mudahnya. Kalau hendak diibaratkan, boleh sahaja UMNO menjadi ayam yang menghasilkan telur dan kemudiaanya telur itu dieramkan. Dan pratikalnya ada telur yang akan menetas sebagai anak ayam dan tidak kurang pula ada yang menjadi telur tembelang yang pastinya membusukkan.

Dan telur tembelang yang dilahirkan oleh UMNO adalah PAS dan PKR kerana di dalam PAS dan PKR ada terdapat cebisan UMNO yang sememangnya busuk baunya.

Tutup hidung!!!!

1 comment:

  1. bro jebat,
    sebenarnya umno pernah menetas telor tembelang lama dulu. parti negara yang diterajui oleh dato' onn sendiri, diikuti oleh pas yang kemudiannya berpecah menjadi hamim dan akim, semangat 46, pkr dan parti KITA.inilah orang muda-muda seperti bro sendiri tak baca sejarah. sejarah tu penting bro. sebab itulah bro kena tulis supaya orang muda-muda tahu sejarah. kalau tak tahu sejarah, daya ketahanan diri tak kuat bro!

    ReplyDelete