Sunday, May 15, 2011
Kenapa harus UMNO?
Kata orang kalau hendak memikat anak dara haruslah bijak memikat ibunya terlebih dahulu.
Pesan guru dalam peperiksaan, cara menjawab soalan, buatlah soalan yang mudah dahulu.
Kata orang hendak menilai anak dara, lihatlah kemerahan tumitnya dulu.
Menyedari akan pepatah dan penilaian itulah, Pakatan Rakyat sedar bahawa untuk meruntuhkan Barisan Nasional haruslah diruntuhkan dahulu akar tunjang di dalam Barisan Nasional iaitu UMNO.
Dan atas sebab itulah di pentas ceramah Pakatan, setiap kali hendak memburukkan kerajaan nama yang disebut adalah UMNO/ Barisan Nasional dan tidak hanya Barisan Nasional.
Sama jualah pada suatu ketika dahulu, pendekatan yang diguna oleh sesetengah pihak di dalam memburukkan UMNO adalah dengan memburukkan nama Mahathir Mohammad.
Pada ketika itu, dengan adanya Mahathir Mohammad, UMNO begitu utuh dan mendapat kepercayaan rakyat di setiap kali pilihanraya dan akibat daripada itulah sesetengah pihak yang cemburukan kekuatan ini merasakan bahawa nama Mahathir Mohammad perlu diinjak-injak untuk melolosi kekuatan UMNO. Dan tidaklah menghairankan bila nama Mahathir disebut sebagai Mahafiraun dan sebagainya oleh sesetengah pihak.
Proses memburukkan karakter dan nama ini diteruskan semasa era pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi. Pendedahan oleh blogger Kickdafella bahawa beliau telah diupah untuk memburuk-burukkan nama Abdullah Ahmad Badawi jelas menunjukkan bahawa Pakatan sering menggunakan pendekatan memburukkan karekter dan nama untuk mendapat kepercayaan rakyat.
Proses memburukkan nama dan karekter ini diteruskan oleh Pakatan semasa era Najib. Siapa yang tidak biasa mendengar laungan nama Altantuya yang sememangnya umum mengetahui dikaitkan dengan siapa. Biarpun orang yang dikaitkan sudah membuat penafian malah bersumpah bahawa tidak mengenali Altantuya, Pakatan terus memainkan lenggok irama memburukkan nama dan karekter sebagai pendekatan merobohkan kekuatan lawan.
Hari ini Pakatan berdepan pula dengan nama dan karekter pimpinan mereka yang tercemar. Dan kerana sudah biasa dengan mainan memburukkan nama dan karekter yang diasuh oleh pimpinan mereka, telah menjadikan mereka sukar untuk membezakan di antara realiti dan persepsi.
Datuk Eskay dan Saiful bukanlah individu yang hampir kepada UMNO tetapi lebih hampir kepada Pakatan. Jadi wajarkah nama UMNO perlu dikaitkan kepada dua isu utama hari ini..liwat dan video seks?
Kebiasaan dan tabie memakan nasi lemak dengan timun terkadang akan terubah apabila manusia menggantikan timun dengan kobis dan kacang panjang. Selera manusia sentiasa berubah-ubah dan kadang kala selera lebih mengikut kepada nafsu lantaran perubahan kepada kebiasaan memang sukar untuk diterima..sama sahajalah dalam soal subisidi yang distruktur semula.
Apakah manusia hanya akan mempercayai kepada sesuatu yang jelas di depan mata? Video seks yang sudah terhidang di depan mata juga gagal meyakinkan manusia dan apakah kita akan terus hairan jika suatu masa nanti ada di kalangan manusia akan meragui kewujudan malaikat apatah lagi malaikat bukanlah sesuatu yang jelas di depan mata.
Aduhai manusia...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment