Tuesday, May 10, 2011
Benarkah rakyat Malaysia terbeban?
Apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga gula pasir sebanyak 20 sen, ramai rakyat Malaysia yang melenting dengan senario tersebut.
Yang peliknya:
Kereta mewah di jalanraya terus bertambah.
Kedai mamak tetap bersesak-sesak.
Kelab malam tidak kurang pengunjungnya.
Padang golf tetap penuh seawal pagi.
Panggung wayang tetap mencapai box office.
SMS program realiti tv tetap mendapat sambutan.
Rumah teres dan kondo mewah berharga ratusan ribu ringgit ibarat pisang goreng panas setiap kali dilancarkan.
Pelajar dan orang ramai bertolak-tolak dan sanggup beratur di kompleks membeli belah untuk mendapatkan Blackberry, Ipad, Samsung Galaxy dan segala macam kemudahan teknologi tercanggih.
Tiket penerbangan selalu 'sold out'.
Kedai mamak menaikkan harga secawan teh sebanyak 20 sen sama dengan kenaikan harga sekilo gula. Adakah untuk menghasilkan secawan teh perlu menggunakan sekilo gula?
Kereta mewah yang berada di jalanraya, ansuran bulanannya mencecah ribuan ringgit, berapakah nisbah ribuan ringgit dengan RM 2.30?
Dengan penstrukturan semula subsidi gula, kerajaan telah berjaya untuk menjimatkan RM 116.6 juta setahun dan penjimatan ini boleh diagihkan untuk pembangunan lain-lain prasarana.
Adakah benar rakyat Malaysia terbeban dengan kenaikan harga yang sekecil itu? Rakyat Malaysia tampak sudah berjaya mencapai keperluan hidup tetapi sekarang lebih berlumba-lumba untuk mengejar keinginan bermewah-mewah.
Orang kampung bagaimana? Orang kampung sekadar mentertawakan orang-orang di bandar yang tampaknya mewah tetapi merungut dengan beban 20 sen. Orang kampung tidak pernah memilih untuk kehidupan bermewah-mewah, memadailah keperluan hidup berjaya dipenuhi. Ukurlah baju di badan sendiri dan 'jangan papa asal bergaya'.
Atau adakah beban yang kononnya terpikul di bahu rakyat ini adalah merupakan beban persepsi yang sengaja direka cipta untuk melunturkan populariti kerajaan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tersenyum jap baca entry ni. sbbnya, sy x punya kereta (xde lesen pun ya juga), rumah (xde yg berkenan di ati! stakat nk share dinding/lantai/atap... baik xyah!) apatah lg harta benda yg dikira mewah. hp pun yg harga x sampai RM100 (tp bkn underwater punya ye!) namun, sy bertambah lebar senyum bila dgr kjaan tarik balik subsidi & akan ketawa besar bila subsidi terus dihapuskan krn sebagai rakyat biasa, sy cukup menyampah bila subsidi yg sedia ada disalahguna oleh mereka yg tidak lyk... apatah lg yg diseleweng oleh mereka yg tamak. apa2pun, sy bersyukur dpt idup di msia yg aman ini walaupun tanpa subsidi. dsy yakin sy bersedia menjd warga yg tidak menikmati subsidi. if generasi kita dahulu boleh idup tanpa subsidi, kenapa tidak kita??? pk2kanlah.
ReplyDeleteFuhh ..ayat Persepsi, Populariti....
ReplyDelete