Monday, May 2, 2011

Apabila manusia beriman kepada manusia



Sebagai seorang Islam, niat yang mencapai kemuncak adalah melakukan sesuatu hanya kerana Allah. Setiap perlakuan baik adalah diklasifikasikan sebagai satu ibadah biarpun ianya hanya merupakan aktiviti rutin seharian.

Untuk mencapai kemuncak niat itu, biasanya rumah ibadat akan diletakkan sebagai satu tempat untuk menzahirkan niat kemuncak itu, mengabdikan diri kepada Allah dan hanya melakukan sesuatu kerana Allah.

Terdengar di luar sana ada orang berkata, apabila menjejakkan kaki di perkarangan rumah ibadah, jiwanya hanya difokuskan kepada soal agama yang meletakkan iman kepada Allah sebagai objektif tunggal. Tiada niat lain dan menceraikan dirinya daripada urusan dunia setidak-tidaknya untuk suatu jangkamasa dan menyatukan dirinya dengan Pencipta.

Apa yang berlaku di masjid di Sentul baru-baru ini, jelas merosakkan niat hadir ke rumah ibadat yang sepatutnya terkhusus kepada soal beriman kepada Allah.

Memperjuangkan individu lain yang juga bernama manusia di dalam rumah ibadat samalah tarafnya dengan beriman kepada manusia itu sendiri. Tidakkah pelik apabila manusia yang sepatutnya beriman kepada Allah lebih cenderung untuk beriman kepada manusia?

Maka benarlah apabila ada di kalangan orang alim yang berkata, iman manusia pada zaman ini hanyalah setebal kulit bawang. Mudah benar syaitan memesongkan iman manusia sehingga lupa kepada maksud iman yang sebenar.

Iman adalah percaya dan sekiranya iman itu lebih percaya kepada perlakuan manusia berbanding kepada keEsaan Allah maka iman itu hanyalah lahir dari hati hitam yang dipanggil ISTANA SYAITAN..

Kembalilah mengimarahkan masjid.

7 comments:

  1. Kekadang rasa nak tergelak dengan puak-puak UMNO yang jahil tapi nak cakap pasal agama. CUba bagi sikit, part mana dalam al-quran yang ajar manusia bersumpah??? Sumpah ni hanya untuk mainan orang-munafiq. Yang sebetulnya laksanakanlah hukum Islam, hukum hudud... Ha..kalau dah rasa UMNO betul sangat, laksanakanlah Qazaf...kenapa tak berani??

    ReplyDelete
  2. PAS sudah lama memerintah Kelantan dan sejak dulu lagi teringin nak menjalankan hukum hudud tetapi kenapa sehingga hari ini tidak dijalankan? PAS harus menunjukkan teladan dulu kepada pihak lain jika benar mahu menjunjung Islam sebagai asas perjuangan..Beranikah PAS membuktikan untuk menjalankan hukum hudud di Kelantan?

    ReplyDelete
  3. HUKUM HUDUD
    MUNGKIN ADA YG SALAH GUNA

    YERLA..
    MUNGKIN ADA YANG TAK TAHU...

    SEANDAINYA YANG TERANIAYA
    MEMAAFKAN SESUATU PERBUATAN
    ATAU TIDAK KESAH BERLAKUNYA PERBUATAN ITU
    MAKA JADI LA SESUATU ITU HALAL
    DAN DI BOLEHKAN
    TANPA MENDAPAT HUKUM DUNIA

    HUKUM DUNIA DI LAKSANAKAN
    BAGI MENGINSAFKAN
    MENGINGAT2KAN ANDAI TERLUPA

    JANGAN LA MEMPERGUNAKAN AGAMA
    BAGI MEMUDAH2KAN HIDUP
    TANPA MENGAMBIL IKTIBAR

    ReplyDelete
  4. Satu lagi kebodohan puak UMNO bila mempertikaikan kenapa kelantan tak laksana hudud..buta undang-undang...

    Siapa yang tak lulus draf hudud PAS?? Bukankah Kerajaan Barisan Nasional????

    Gi belajar public sector management dulu sebelum nak komen...

    Kah...kah...kah...

    ReplyDelete
  5. biasalah...puak-puak umno mana tau bab-bab agama..kalau tau pun..buat -buat tak tau sbb yg penting bagi mereka habuan dunia...mau menghemtam biarlah dengan berilmu...hehehe

    ReplyDelete
  6. anon may 3...nampaknya ragu ttg hudud...anda beriman dgn al Quran? kalau ia jgn ade walau sedikit ragu terhadap perkara yg disuruhNya..nanti jadi kufur

    ReplyDelete
  7. Hudud sebenarnya bukan lah lebih kepada menghukum tetapi lebih kepada mencegah daripada berlakunya kerosakan dalam masyarakat. Sahabat saya pernah bertanya pada seorang ulama, kalau nak cari saksi tiga orang, sampai bila kita nak dapat hukum orang berzina? Kata ulama tersebut, inilah yang dikatakan pencegahan. Kalau nak buat dosa, sorok-sorok bukan depan orang ramai atau celah pokok bunga di taman-taman. Kalau buat sorok-sorok, didunia tak kena, akhirat tetap mendapat balasan. Ianya lebih kepada menghalang dosa dan maksiat dilakukan terang-terangan dalam masyarakat. Kalau macam skrg ni, tanpa hudud, asal kena tangkap khalwat atau zina, naik turun mahkamah, denda...abis cerita. Tapi kalau hudud, bila sorang kena... yang lain pasti gerun abis.. Belajarlah, fahamilah...Allah yang mencipta manusia, maka siapakah kita untuk mempersoalkan hudud yang di cipta Allah swt?

    ReplyDelete