Monday, May 2, 2011

Biarlah Box Lockman dengan illusi



Ramai kalangan artis khabarnya berang apabila Box Lockman mengatakan sebab beliau menyertai PAS dan meninggalkan dunia hiburan adalah kerana sudah bosan dengan dunia hiburan yang penuh dengan hipokrasi.

Box Lockman faham ke apa maksud hipokrasi? Adakah hanya dalam dunia hiburan sahaja wujudnya hipokrasi dan tidak dalam industri lain?

Hari ini politik juga sudah jadi sebahagian daripada industri. Jika tidak masakan berduyun-duyun dan berbondong-bondong manusia yang menawarkan dirinya untuk menjadi Yang Berhormat.

Di kalangan pemimpin pembangkang sendiri ada yang hipokrit. Semasa di Parlimen contohnya, ada di kalangan Yang Berhormat pembangkang sendiri yang tanpa segan silu berjumpa dengan Menteri Pengajian Tinggi untuk mendapatkan sokongan bagi pengundi di kawasannya berjaya memasuki pusat pengajian tinggi. Tetapi apabila di pentas ceramah politik, Menteri itu yang juga ahli UMNO dibusukkan dengan pelbagai tohmahan seolah-olah Menteri itu tidak pernah berjasa. Bukankah ini hipokrit namanya?

Di dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai tempoh hari, ada seorang artis yang tidak ternama telah menyertai parti pembangkang..katanya ingin berjuang atas nama Islam. Habis saja ceramah, artis itu mengeluarkan album nyanyiannya dan kemudian menjualnya kepada orang yang hadir di ceramah itu..tidakkah ini hipokrit namanya?

Box Lockman bukanlah nama besar di dalam industri hiburan. Kehadirannya di dalam dunia hiburan ibarat embun di waktu pagi. Datang mentari hilanglah ia. Datang tak menambah pergi tak mengurang. Mungkin yang dimaksudkan hipokrasi di sini ialah kerana kurangnya rezeki beliau di dalam industri hiburan lantaran mukanya yang tak seberapa biarpun disangka bakatnya jauh meninggalkan artis artis lain..Mungkin inilah yang dimaksudkan sebagai hipokrasi?

Aku nampak Box Lockman berbakat sebagai pemandu teksi. Saksikan sahaja bakatnya di dalam rancangan Teksi Cash. Mungkin bidang yang sesuai untuk Box Lockman adalah sebagai pemandu teksi kerana di situ beliau hanya perlu bercakap dengan stering kereta. Tidak ada hipokrasi kah di situ?

4 comments:

  1. ha ah aha aha a...wa setuju tuh...driver taksi memang sesuai...tapi gua rasa org penumpang nak naik pun seram jugak...takut tengok ...muka dah mcm puak pelampau ja...dgn janggut berserabai...dahi hitam ...entah terhantuk kat mana tah...

    ReplyDelete
  2. syarat masuk 'pas' dahi mesti ..wojik hitee
    tapi kopi-ah mosti putih
    hati belanar hasat dengki tak po itu lah 'PHD' syarat kelayakan pas ADA HOK NI,,,PETING NI ,,TRIMO SLALU ,,,KO BOLIH CRAMOH DO , SYARAT LEPAH ,,.OK,,,NASIB TOK BAIK KO LEH DUDOK SBELAH TUAK GUGU,,,TOK NIK Aaa

    ReplyDelete
  3. ini lagi puak-puak umno..yng kamu terlalu busy buat apa..jaga kubur masing-masing lah..dah orng nak jadi baik biarkanlah..yng kamu tu tiada arah tujuan lagi terukkkk...hehehehe

    ReplyDelete
  4. gitulah perangan golongan nasionalis..

    ReplyDelete