Sunday, May 8, 2011

Kasihan Nasharudin


Mat Sabu macam biskut di dalam politik..Sekejap ada sekejap tak ada. Wajah handsome Mat Sabu tidak dinafikan akan berjaya mencairkan hati mana-mana wanita yang memandangnya. Dan wajah handsome Mat Sabu sudah kembali mewarnai pentas-pentas ceramah Pakatan setiap kali diadakan Pilihanraya Kecil. Kenapa Mat Sabu kembali?

Kini, Mat Sabu sedang mendahului di dalam bilangan pencalonan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PAS dan yang lebih menarik Mat Sabu sedang mendahului Nasharudin Mat Isa.

Suatu tamparan yang kuat kepada Nasharudin, apabila beliau gagal mendapat sokongan daripada 13 kawasan di Kelantan.

Biarpun Nasharudin merupakan Ahli Parlimen Bachok yang terletak di Kelantan tetapi itu bukanlah suatu jaminan bahawa beliau akan mendapat pencalonan mudah dari Kelantan. Dan mungkinkah itu adalah petanda bahawa kata-kata Nik Aziz bahawa PAS akan mempertimbangkan anak-anak jati Kelantan sahaja akan bertanding di Kelantan di dalam Pilihanraya Umum akan menjadi kenyataan?

Mungkinkah idea berhubung Kerajaan Perpaduan yang dilagukan Nasharudin suatu ketika dahulu akan mengheret Nasharudin ke laluan sukar untuk mengekalkan jawatan nombor 2 di dalam PAS itu?

Tampaknya, Mat Sabu cukup bijak membaca senario politik di dalam PAS dan bijak mengambil kesempatan di dalam laluan berliku Nasharudin.

Apapun ini merupakan suatu mesej yang jelas kepada para perwakilan PAS bahawa jangan sesekali cuba melawan cakap 'Sivaji the Boss' di dalam PAS. Siapakah Sivaji the Boss di dalam PAS?

Yang lebih menakutkan jika akan ada pula doa-doa pecah perut jika melawan cakap Sivaji the Boss..

Aduhai..nasib kamulah Nasharudin...

No comments:

Post a Comment